omniture

Hamburg adalah Calon Jerman untuk Sukan Olimpik 2024

Hamburg Marketing GmbH
2015-03-23 23:10 100

HAMBURG, Jerman, 23 Mac 2015 /PRNewswire/ --Hari ini Perhimpunan Agung Konfederasi Sukan Olimpik Jerman (DOSB) telah mengundi Hamburg sebagai calon Jerman rasmi bagi kejohanan Olimpik dan Paralimpik 2024. Kota raya Hamburg di utara Jerman itu telah mengatasi Berlin dan menyasarkan untuk mempersembahkan sukan dengan jarak pendek, di atas air dan di tengah-tengah pelabuhan kedua terbesar di Eropah.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150321/735848-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150321/735848-b )

Datuk Bandar Pertama Hamburg Olaf Scholz mengulas: "Amat bagus sekiranya Jerman dapat menjadi tuan rumah Sukan Olimpik buat kali pertama sejak 1972. Bukan sahaja sektor sukan Jerman, malah Jerman secara keseluruhan akan mendapat manfaat yang hebat daripada menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik. Ia akan menjadi satu penghormatan besar buat kami untuk mengalu-alukan seluruh dunia ke Hamburg."

Konsepnya ialah lestari dan kompak: Satu tapak perindustrian di pelabuhan itu akan diubah menjadi "Bandar Olimpik", termasuk Kampung Olimpik dan Taman Olimpik. Kawasan baharu itu terletak hanya satu kilometer dari pusat bandar dan akan diubah menjadi kawasan kediaman tengah bandar selepas kejohanan Olimpik selesai. Dewan Olimpik akan diubah menjadi terminal pelayaran dan Stadium Olimpik akan dikekalkan untuk kegunaan selepas itu. Tambahan pula, Sukan Olimpik Hamburg akan bersifat neutral-iklim, memandangkan permintaan tenaga dan dasar pengangkutan akan menumpukan kepada keneutralan karbon dioksida (CO2). Kebanyakan tempat-tempat pertandingan akan berada dalam lingkungan jarak 10 kilometer sahaja, sesuai untuk penggunaan basikal. Bagi Hamburg, Sukan Olimpik merupakan projek pembangunan bandar perdana untuk masa hadapan, menghubungkan pusat bandar dengan kawasan pinggir bandar di selatan sungai Elbe.

Pada 2024, Hamburg menyasarkan untuk menganjurkan sukan yang dekat dengan masyarakat umum. Sepanjang minggu-minggu lalu penduduk Hamburg menunjukkan sokongan dan keterujaan mereka terhadap Sukan Olimpik dengan lebih 100 acara diadakan di seluruh kota raya tersebut. Bagi menyokong keputusan tersebut, DOSB mengadakan tinjauan perwakilan di bandar-bandar yang memohon: 64 peratus di Hamburg menyokong kejohanan tersebut dilangsungkan. Keputusan akhir akan diambil oleh para penduduk pada musim luruh dengan referendum ke atas permohonan rasmi.

Hamburg Marketing GmbH
Guido Neumann
Telefon:+49-160-97298302
guido.neumann@marketing.hamburg.de

Sumber: Hamburg Marketing GmbH

Source: Hamburg Marketing GmbH
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel