BARCELONA, Sepanyol, 24 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Rangkaian pengiklanan mudah alih China Youmi memperkenalkan platform iklan mudah alih global mereka yang baru dibangunkan, Adxmi, semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2015) tahun ini pada 2 Mac 2015 ketika hari pembukaan acara itu, menarik perhatian pemain industri internet seluruh dunia.
Menurut statistik rasmi, lebih 90,000 pengunjung dari lebih 200 buah negara dan seramai 1,000 syarikat pempamer telah menyertai MWC tahun ini, menjadikannya salah satu acara mudah alih terbesar dan paling berpengaruh di dunia. Ini merupakan penampilan pertama Adxmi di Eropah sejak penubuhannya dan platform pengiklanan itu mengorak langkah dalam bertemu dan berunding dengan pembangun aplikasi tempatan termasuk Tapxx dan Lemon Apps serta penyedia perkhidmatan mudah alih terkemuka, antaranya Tapjoy, Supersonic dan juga Millennial Media, untuk mewujudkan kerjasama merentasi sempadan bagi sumber pengiklanan, pertukaran lalu lintas, dan pembangunan produk.
Pengasas bersama Youmi, Donald Li, menyatakan, tahun lepas menyaksikan pembangunan pesat internet mudah alih, terutamanya di China, lalu menarik perhatian industri internet di seluruh dunia. Pengeluar perkakas dan permainan China yang menyertai kongres itu telah mendapat banyak perhatian. Tahun 2015 sepatutnya menyaksikan jumlah syarikat internet mudah alih China yang semakin meningkat, meluaskan sayap ke luar negara. Adxmi sudah pun mengumumkan yang ia komited dan bersedia untuk menyediakan mereka dengan perkhidmatan global berkualiti tinggi dalam pemasaran mudah alih dan pengewangan lalu lintas.
Sejak diperkenalkan secara dalam talian pada Januari 2015, Adxmi yang bergantung kepada teknologi dan sokongan sumber hebat yang disediakan oleh Youmi, memperluas perniagaannya bagi menyediakan liputan perkhidmatan di Hong Kong, Taiwan dan juga Asia Tenggara, serta merentasi Amerika Utara dan Selatan. Semasa kongres itu, Adxmi turut mengumumkan yang ia akan mengemas kini produk pengiklanannya. Satu dinding tawaran yang terkini akan diperkenalkan dalam dua versi, dinding tawaran berskrin penuh dan dinding tawaran kotak dialog, yang membenarkan penyesuaian khusus separa untuk antara muka dinding tawaran. Iklan video baharu juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Sementara itu, pengumpul pengiklanan SDK telah berganding tenaga dengan Tapjoy, Supersonic dan IGAWorks dari Korea. Berikutan kongres itu, wakil Adxmi menerima jemputan daripada Telefonica dari Sepanyol untuk melawat ibu pejabatnya di Madrid, yang mana ia telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik. Adxmi juga telah ditawarkan ruang pejabat percuma dalam bangunan itu.
Penyertaan Adxmi dalam MWC tahun ini di Barcelona ternyata membuahkan hasil. Kerjasama dialu-alukan daripada mana-mana rakan kongsi berpotensi yang sedang mencari pengedaran iklan dan pengewangan lalu lintas seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut:
Laman web rasmi: http://www.adxmi.com
Pengewangan: monetize@adxmi.com
Pengiklanan: advertise@adxmi.com
Kerjasama saluran: media-biz@adxmi.com