omniture

Festival Berwajah Baharu Mengundang Anda Bermimpi: Program Vivid Sydney 2025 Didedahkan

Destination NSW
2025-03-12 20:29 114

SYDNEY, 12 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Acara terbesar Australia, Vivid Sydney, kembali mulai Jumaat, 23 Mei hingga Sabtu, 14 Jun 2025, dengan tema "Dream" ("Mimpi") bagi meneroka persoalan: Apa yang ada dalam mimpi?

Vivid Sydney, CREDIT Destination NSW
Vivid Sydney, CREDIT Destination NSW

Mentransformasikan Sydney menjadi hab kreativiti yang meriah selama 23 malam, festival pelbagai bentuk seni yang terkemuka di Hemisfera Selatan ini menampilkan pemasangan cahaya yang menakjubkan, persembahan muzik, idea yang merangsang fikiran dan pengalaman kulinari yang menarik pengunjung dari seluruh dunia. Kini memasuki tahun ke-15, Vivid Sydney 2025 menawarkan pengembara antarabangsa dengan pengalaman musim sejuk yang tidak dapat dilupakan yang mempersembahkan ibu kota budaya Australia.

Lebih 75% daripada program ini dan Vivid Light Walk keseluruhan boleh dinikmati secara percuma. Light Walk memaparkan teknologi animasi dan tayangan yang terkemuka di dunia, dengan tempahan eksklusif termasuk "Kiss of Light" oleh artis Australia mendiang David McDiarmid yang menerangi Panggung Opera Sydney, "King Dingo" oleh Vincent Namatjira di Muzium Seni Kontemporari dan jenama fesyen "House of Romance" Romance Was Born di Customs House.

Cef selebriti antarabangsa Nigella Lawson akan mengurus tiga Makan Malam Vivid Sydney eksklusif di terowong Muru Giligu yang menakjubkan. "Bertahun-tahun saya menyukainya, ini merupakan keterujaan yang paling besar apabila dapat menjadi sebahagian daripada program Vivid Food," kata Lawson. Acara Vivid Fire Kitchen and Chef Series yang popular juga akan kembali bagi meraikan masakan NSW.

Program The Ideas menampilkan pemimpin pemikiran global termasuk Pengarah Kreatif TIME Magazine D.W. dan saintis tidur Profesor Matthew Walker. "Stranger Things: The Experience" oleh Netflix membuat penampilan sulung Australia di Luna Park Sydney, menawarkan peminat dengan pengembaraan imersif yang direka oleh pencipta rancangan itu.

Sorotan muzik termasuk persembahan di Panggung Opera Sydney yang ikonik oleh kumpulan penghibur antarabangsa Anohni and The Johnsons, Beth Gibbons dari kumpulan Portishead, Sigur Rós dari Iceland bersama Sydney Symphony Orchestra dan Japanese Breakfast. Konsert percuma di Tumbalong Nights akan mempersembahkan artis global bersama bakat Australia.

"Vivid Sydney terus mencari cara baharu yang menarik untuk membawa warna, kreativiti dan keseronokan ke bandar kami," kata YB John Graham, Menteri Pekerjaan dan Pelancongan NSW.

Pengarah Vivid Sydney Festival Gill Minervini berkata tema Mimpi bagi festival ini merupakan sesuatu yang kita semua alami dan ia boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara.

"Bermimpi ialah sesuatu yang dialami sejak azali lagi dan bersifat sejagat seperti mana kehidupan itu sendiri. Mimpi boleh menjadi sesuatu yang bersifat ramalan, mengubah kehidupan dan memberi inspirasi, mimpi juga bersifat remeh, menggelikan hati atau menakutkan. Interaksi ini boleh dilihat dengan jelas dalam setiap aspek program Vivid Sydney pada tahun ini.

Tiket untuk Vivid Sydney sedang dijual sekarang. Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh acara, sila ke vividsydney.com

Rakan Kongsi Vivid Sydney

Samsung ialah Rakan Kongsi Utama yang kembali sempena Vivid Sydney 2025, yang diaktifkan di Cockle Bay Wharf dengan pertunjukan cahaya dan air yang dramatik. Rakan Kongsi Rasmi termasuk Estée Lauder, kembali untuk tahun keduanya dan Ausgrid, yang memperhebat program Tumbalong Nights Vivid Sydney.

Airbnb sekali lagi menjadi Rakan Komuniti Vivid Sydney, menyokong program sukarelawan manakala Rakan Amal bagi tahun 2025 ialah Sydney Children's Hospitals Foundation.

Aset Media  

Klik di sini untuk pakej VNR termasuk temu bual, persembahan karya seni dan rakaman gulung-b.

Vivid Sydney, CREDIT Destination NSW
Vivid Sydney, CREDIT Destination NSW

 

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Fashion Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Music Travel New products/services Future Events