omniture

Enterprise Holdings dan Redspot Bergabung Tenaga di Australia & New Zealand

Enterprise Holdings
2015-03-24 22:00 99

ST. LOUIS, 24 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Enterprise Holdings – syarikat kereta sewa terbesar di dunia – telah melantik Redspot, syarikat kereta sewa milik keluarga terbesar Australia, sebagai rakan francaisnya di Australia dan New Zealand.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/MM55552LOGO-a

"Kami melihat peluang yang hebat di Australia, yang mana penambahan pemain baharu yang benar-benar berfokuskan khidmat pelanggan akan mewujudkan persaingan sihat untuk kesetiaan pelanggan," kata Peter A. Smith, Naib Presiden Pemfrancaisan Global bagi Enterprise Holdings, yang memiliki dan mengurus jenama National Car Rental, Alamo Rent A Car dan Enterprise Rent-A-Car

Enterprise Holdings, melalui anak syarikat serantaunya, mengendalikan flit kenderaan terbesar di dunia – dianggarkan berjumlah 1.5 juta – dan jaringan global sebanyak lebih 8,600 lokasi kejiranan dan lapangan terbang di lebih 70 buah negara. Jenama Enterprise, National dan Alamo akan beroperasi lewat tahun ini melalui jaringan Redspot di semua lapangan terbang utama Australia, termasuk gerbang antarabangsa Sydney, Melbourne, Brisbane dan Perth, selain di pusat-pusat bandar utama. Operasi di New Zealand akan bermula pada 2016.

Enterprise Holdings dan Redspot akan melancarkan pelan pembangunan agresif untuk kedua-dua pasaran untuk memenuhi keperluan pengangkutan keseluruhan bagi penyewa domestik dan antarabangsa.

"Perluasan ini merupakan pencapaian terkini dalam strategi pertumbuhan Asia Pasifik kami," ujar Smith. "Kami membuat pilihan cermat untuk memilih rakan kerjasama seperti Redspot yang bukan sahaja mempunyai sejarah kejayaan, tetapi turut berkongsi nilai dan komitmen kami terhadap khidmat pelanggan."

Diasaskan pada 1989, Redspot merupakan pemimpin dan penginovasi dalam industri sewaan kereta Australia. "Kerjasama ini merupakan padanan yang semula jadi bagi kami," kata Dan Mekler, Pengarah Urusan dan pengasas Redspot. "Kedua-dua Enterprise Holdings dan Redspot bermula daripada lokasi tunggal, didorong oleh semangat keusahawanan dan fokus yang tetap untuk memenuhi keperluan pelanggan. Bersama-sama, kami akan terus mengutamakan pelancong, tanpa mengira destinasi mereka."

Perhubungan ini menandakan kemasukan Enterprise Holdings ke pasaran Australia dan New Zealand. Enterprise Holdings berada dalam senarai teratas bagi industri pelancongan, mendahului banyak syarikat penerbangan dan kebanyakan syarikat pelayaran, hotel, pengendali lawatan dan agensi pelancongan dalam talian. Strategi perluasan jangka panjang syarikat itu memberi tumpuan untuk membina jaringan global yang memberikan nilai, pilihan dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa kepada pelancong perniagaan dan pelancong liburan.

Untuk maklumat lanjut tentang Enterprise Holdings, lawati  www.enterpriseholdings.com.

Latar Belakang Enterprise Holdings

Enterprise Holdings – syarikat sewaan kereta terbesar di dunia mengikut hasil, flit dan kakitangan – mengendalikan rangkaian global lebih 8,600 lokasi kejiranan dan lapangan terbang di bawah jenama Enterprise Rent-A-Car, National Car Rental dan Alamo Rent A Car. Selain itu, Enterprise Holdings dan sekutunya Enterprise Fleet Management bersama menawarkan penyelesaian pengangkutan keseluruhan, termasuk perkhidmatan sewaan kereta dan perkongsian kereta yang meluas, sewaan trak komersial, pengurusan flit korporat dan jualan runcit kereta. Apabila digabungkan, perniagaan-perniagaan ini melibatkan $17.8 bilion dalam hasil, menggajikan 83,000 orang dan mengendalikan 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia pada tahun kewangan 2014

Enterprise Holdings kini disenaraikan sebagai salah satu Syarikat Persendirian Terbesar Amerika. Tambahan pula, sekiranya didagangkan secara umum, Enterprise Holdings akan tersenarai dalam senarai Fortune bagi 500 syarikat awam terbesar Amerika. Enterprise Holdings, melalui anak syarikat serantaunya, mengendalikan lebih 6,000 pejabat berkakitangan penuh di A.S. – hampir 70 peratus lebih daripada pesaing terdekatnya – dan semuanya terletak dalam jarak 15 batu daripada 90 peratus populasi A.S. Selain itu, Enterprise Holdings bukan sahaja mempunyai bahagian pasaran lapangan terbang terbesar di A.S., tetapi flit sewaan domestiknya juga merupakan antara yang terbaharu dalam industri. Sekutu syarikat tersebut, Enterprise Fleet Management,  menyediakan pengurusan flit khidmat penuh kepada syarikat dan organisasi dengan flir bersaiz sederhana. Lain-lain perkhidmatan pengangkutan yang dipasarkan di bawah jenama Enterprise termasuk Enterprise Carshare, Enterprise Rideshare, Enterprise Car Sales, Enterprise Truck Rental dan Zimride by Enterprise. Untuk maklumat lanjut tentang Enterprise Holdings, lawati www.enterpriseholdings.com.

Latar Belakang Redspot

Redspot merupakan sebuah syarikat sewaan kereta yang dimiliki dan diuruskan secara persendirian sepenuhnya dari Australia, yang mengendalikan rangkaian lokasi di lapangan terbang dan pusat bandar di seluruh Australia. Redspot dikenali kerana kadar sewaan kereta inklusif Top Dognya, perkhidmatan yang cekap dan mesra serta flit berkualiti. Untuk maklumat lanjut tentang Redspot, lawati www.redspot.com.au

Siaran media ini dan berita industri sewaan kereta boleh didapati di Bilik Media Enterprise Holdings.

 

Source: Enterprise Holdings
Keywords: Auto Leisure/Travel/Hotels Transportation Travel Corporate Expansion Licensing/marketing agreements