omniture

Infinitus Dianugerahi "Majikan Terbaik Aon Hewitt-China" Sekali Lagi

LKK Health Products Group
2015-03-25 00:44 181

SHANGHAI, 25 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Pada 20 mac 2015, Infinitus (China), ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), telah dianugerahi "Majikan Terbaik Aon Hewitt-China 2015".

Infinitus (China) Awarded "Aon Hewitt Best Employer-China 2015"
Infinitus (China) Awarded "Aon Hewitt Best Employer-China 2015"

Panel penghakiman Majikan Terbaik amat kagum dengan amalan budaya korporat yang unik dan falsafah kesihatan Infinitus:

  • Secara konsisten memajukan kekuatan unik dalam budaya korporat dan falsafah kesihatan;
  • Mengaplikasikan platform pemikiran strategik "Dao, Tian, Di, Jiang, Fa" untuk mewujudkan dan mencapai tujuan bersama dengan kakitangan;
  • Menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran, latihan dan motivasi untuk mencapai potensi kakitangan;
  • Menggalakkan dan melaksanakan falsafah kesihatan, "Empat Kawal Seliaan" Diet, Rehat, Senaman dan Emosi, untuk membantu kakitangan mendapat kesihatan dan kegembiraan serta mencapai Tiga Keseimbangan kesihatan, keluarga dan perniagaan.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus, berkata, "Kami telah memenuhi tanggungjawab kami secara aktif untuk kakitangan dan menggunakan kekuatan unik kami untuk melaksanakan budaya korporat dan falsafah kesihatan. Ini telah mendorong pertumbuhan berterusan dalam kepuasan kakitangan. Dengan produk berkelayakan dan perkhidmatan yang dijana oleh kakitangan yang gembira, kepuasan pelanggan akan meningkat, seterusnya memungkinkan pembangunan kukuh dan pesat untuk Syarikat."

Selain metodologi penyelidikannya yang objektif dan teliti, Aon Hewitt turut bekerjasama dengan LinkedIn tahun ini untuk menerbitkan secara bersama senarai Majikan Terbaik-China 2015  berdasarkan alatan pengukuran Sumber Manusia profesionalnya dan data LinkedIn.

En. Harry Yeung berkata, "Kakitangan merupakan aset terpenting sesebuah syarikat. Oleh itu, kami berharap dapat memanfaatkan penilaian profesional melalui pihak ketiga untuk mengoptimumkan pengurusan Syarikat secara teratur. Sejak 2004, kami telah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program Majikan Terbaik.  Pada 2005 dan 2007, kami telah berjaya merangkul anugerah 'Majikan Terbaik Aon Hewitt-Asia' dan Majikan Terbaik Aon Hewitt-China'. Pengiktirafan autoritatif tahun ini akan menggalakkan kami untuk melakukan usaha konsisten bagi  mengukuhkan pelaksanaan budaya korporat dan 'Empat Kawal Seliaan', memberikan rakan sekerja kami platform yang lebih baik untuk pembangunan, serta mengukuhkan jenama Majikan Terbaik."

Latar Belakang LKKHPG

LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan Hong Kong berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, perniagaan LKKHPG merangkumi ladang herba Cina, penyelidikan dan pembangunan (R&D), penghasilan, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah. Setakat 31 Disember 2014, LKKHPG mempunyai hampir 4,000 kakitangan. Ahli-ahli LKKHPG termasuklah Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co. Ltd., dan HeHa Digital Health Ltd.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150324/0861502188

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards