omniture

Milliman Memenangi Anugerah Firma Penasihat Terbaik bagi Perunding Takaful

Milliman, Inc.
2015-03-25 11:40 130

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 25 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Milliman, Inc., firma perundingan dan aktuari global yang terkemuka, telah dinamakan Firma Penasihat Terbaik di Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa 2015 di London.

Ketika menyampaikan anugerah tersebut, penganjur persidangan Profesor Iqbal Asaria berkata, "Syarikat ini merupakan satu aset kepada industri Takaful, terutamanya dalam Takaful keluarga di mana laporan tahunan terbitannya adalah rujukan bagi industri Takaful."

Milliman merupakan salah satu firma perunding dan aktuari yang terbesar di pasaran Takaful global. Firma tersebut menyediakan solusi yang sejajar dengan keperluan perniagaan dan kepentingan pengendali Takaful dan Re-Takaful, peserta, dan pemegang saham.

"Pasaran Takaful sedang berkembang pesat. Terdapat beberapa cabaran asas yang perlu ditangani oleh industri ini untuk memenuhi jangkaan pengguna. Milliman terus bekerjasama dengan pelanggan untuk mencapai matlamat itu dengan menyediakan solusi aktuari yang memenuhi keperluan mereka," kata Safder Jaffer, Pengarah Urusan pejabat Milliman Dubai. "Anugerah ini menunjukkan komitmen Milliman kepada perkhidmatan pelanggan yang hebat dalam pasaran Takaful. Ia adalah satu penghormatan besar."

Mengenai Milliman
Milliman adalah antara pembekal produk dan perkhidmatan aktuari dan yang berkaitan dengannya yang terbesar di dunia. Ia memberikan khidmat perundingan dalam penjagaan kesihatan, insurans hartanah & kemalangan, insurans hayat dan perkhidmatan kewangan, dan faedah pekerja. Ditubuhkan pada tahun 1947, Milliman adalah sebuah firma bebas dengan pejabat di bandar-bandar utama di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.milliman.com

Source: Milliman, Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Awards