SINGAPURA, 25 Mac 2015 /PRNewswire/ -- NCS dan Capillary Technologies hari ini telah mengumumkan perkongsian eksklusif bagi membuka laluan untuk inovasi teknologi baharu yang menumpukan kepada pasaran runcit, termasuk sektor makanan & minuman (F&B), hospitaliti dan barangan pengguna laris (FMCG). Perkongsian itu akan membolehkan NCS, penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) dan komunikasi rantau terkemuka membantu para pelanggannya menggunakan penyelesaian berasaskan SaaS Capillary bagi memenuhi matlamat perniagaan mereka untuk pasaran runcit dalam Asia Pasifik. Dengan memanfaatkan teknologi berasaskan SaaS, NCS dapat memastikan kualiti perkhidmatan semua projeknya, membantu pelanggan mereka memperoleh kecekapan pengendalian dan menyediakan pengalaman pengguna yang dipertingkat.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130228/599759 )
Mengulas tentang perkongsian ini, En. Lai Weng Yew, Naib Presiden, Perkhidmatan Aplikasi Perniagaan NCS berkata: "Industri peruncitan telah bertumbuh pesat di serata dunia, terutamanya di Asia dan peruncit memerlukan alat canggih bagi mengoptimumkan pulangan pelaburan (ROI) mereka. Kepakaran NCS dalam penyediaan penyelesaian digabungkan dengan portfolio produk berasaskan SaaS Capillary dan pengalaman membenarkan kami menyediakan penyelesaian inovatif untuk para pelanggan kami bagi mendekati pelanggan sasaran mereka."
Teknologi dalam industri peruncitan sedang bertindak di luar peranannya sebagai sekadar pemboleh. Peruncit dan jenama pengguna seluruh dunia telah menggunakan teknologi secara inovatif bagi merevolusikan cara mereka melibatkan para pelanggan mereka, lalu membawa kepada nilai perniagaan ketara seperti pertumbuhan lebih pantas dan hasil jualan kasar lebih tinggi.
Penyelesaian pelibatan pelanggan Capillary yang revolusioner serta kepakarannya dalam bekerja dengan industri peruncitan merupakan padanan sempurna dengan kepakaran luas NCS dalam industri tertumpu pengguna digabungkan dengan kepakaran terbaik dalam menyediakan perkhidmatan teknologi kepada pelanggan perusahaan. Melalui perkongsian ini, NCS dan Capillary menyasarkan untuk mengharmonikan rantaian nilai runcit untuk tahap pertumbuhan seterusnya dalam bidang seperti e-dagang dan pemasaran mudah alih.
Bercakap tentang perkongsian itu, Aneesh Reddy, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif untuk Capillary Technologies berkata, "Kami teruja dapat menjalinkan perkongsian ini bersama NCS. Tahap pertumbuhan kami yang seterusnya adalah meningkatkan skala bagi perkara yang kami handal lakukan dan kami yakin perkongsian ini akan membantu kami mencapai matlamat itu."
Latar Belakang NCS
NCS merupakan penyedia perkhidmatan maklumat, komunikasi, serta teknologi (ICT) terkemuka dan bersama SingTel di bawah Perusahaan Kumpulan, kami mempunyai kehadiran di lebih 20 buah negara yang terletak di serata Asia Pasifik, Eropah dan AS. NCS menyediakan penyelesaian ICT hujung ke hujung yang membantu kerajaan dan perusahaan merealisasikan nilai perniagaan melalui penggunaan teknologi yang inovatif. Kemampuan penyampaian unik kami merangkumi khidmat nasihat, pembangunan, penyepaduan sistem, khidmat luar, pengurusan & penyelesaian prasarana, serta pengurusan gerbang. Kami turut menyediakan perkhidmatan mobiliti, perangkaian sosial, analitik perniagaan, dan pengkomputeran awan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.ncs.com.sg.
Untuk maklumat lanjut tentang Capillary Technologies, kunjungi http://www.CapillaryTech.com
Maklumat Perhubungan Media:
Wendy Tang
NCS Pte Ltd
DID: +65 6556 6930
E-mel: wendytang@ncs.com.sg
Neha Iyer
Capillary Technologies
DID: +65 3157 6448
E-mel: press@capillarytech.com