omniture

Celine Dion Umumkan Kepulangannya Ke The Colosseum di Caesars Palace

AEG Live & Caesars Palace
2015-03-25 21:00 243

-- Pertunjukan Las Vegas Celine akan Disambung pada 27 Ogos 2015

-- Tiket untuk 40 persembahan akan dijual pada Sabtu, 28 Mac jam 10 pagi

-- Twit Dicadangkan.@celinedion akan kembali ke @ColosseumatCP di @Caesarspalace Ogos ini. Tiket untuk 40 persembahan dijual pada 3/28.

LAS VEGAS, 25 Mac, 2015 /PRNewswire/ -- Celine Dion mengumumkan hari ini beliau akan kembali ke The Colosseum di Caesars Palace pada Khamis, 27 Ogos 2015  untuk menyambung persembahan Las Vegas beliau, Celine. Residensi tersebut, yang dipersembahkan secara bersama oleh AEG Live dan Caesars Entertainment, telah terhenti sejak Ogos 2014 apabila Celine menghentikan aktiviti dunia hiburannya untuk menumpukan kepada suami beliau Rene, keluarga mereka, serta isu-isu kesihatan yang berkaitan.

"Saya teruja akhirnya dapat memberitahu para peminat saya akan kembali ke Caesars Palace," kata Celine. "Ia adalah hajat Rene untuk menyaksikan saya kembali. Walaupun keluarga saya sentiasa menjadi keutamaan saya, para peminat juga sama penting bagi saya. Saya berharap untuk mengadakan persembahan buat anda semua mulai 27 Ogos, dan lebih penting lagi mempunyai Rene bersama saya. Terima kasih kerana memberikan saya masa ini yang saya perlukan untuk dluangkan bersama keluarga."

Berita kepulangan Celine hadir pada ulang tahun ke-12 persembahan pertama beliau di The Colosseum, apabila beliau membuka tempat tersebut pada 25 Mac 2003. Sejak itu, Celine telah mengadakan 927 persembahan di The Colosseum di Caesars Palace.

Tiket untuk 40 persembahan dijadualkan mulai 27 Ogos  2015 hingga 17 Januari 2016 akan dijual kepada umum mulai Sabtu, 28 Mac pada jam 10 pagi. Tarikh persembahan adalah:

2015
Ogos.: 27, 29, 30
Sept.: 2, 4, 5, 8, 9, 11, 12, 29, 30
Okt.: 2, 3, 6, 7, 9, 10
Nov.: 3, 4, 7, 8, 10, 11, 13, 14, 17, 18, 20, 21
Dis.: 30, 31

2016
Jan.: 2, 6, 9, 10, 12, 13, 16, 17

Tiket-tiket dapat dibeli sendiri Kaunter Tiket The Colosseum di Caesars Palace dengan menghubungi 866-320-9763, atau secara dalam talian di thecolosseum.com atau axs.com. Tempahan adalah tertakluk kepada caj dan yuran perkhidmatan tambahan. Harga tiket adalah $250/$175/$140/$95/$55 (harga termasuk 10% Cukai Hiburan Langsung). Untuk kumpulan 10 orang atau lebih, sila hubungi 866-574-3851. Semua persembahan dijadualkan pada 7.30 malam.

Celine di The Colosseum di Caesars Palace merupakan persembahan penuh glamor menampilkan lagu hit terhebat Celine yang diarahkan oleh penerbit Anugerah Grammy terkenal Ken Ehrlich. Untuk maklumat tambahan berkenaan persembahan dan tiket, lawati celineinvegas.com.

Celine, salah seorang penghibur paling terkenal, dihormati dan berjaya dalam sejarah muzik pop, telah menjual hampir 250 juta rekod sepanjang kerjayanya yang melebihi 30 tahun. Beliau telah merangkul lima Anugerah Grammy, dua Anugerah Akademi, sembilan Anugerah Muzik Amerika, 20 Anugerah Juno (Kanada) dan 40 Anugerah Felix (Quebec) yang mengagumkan.

Latar Belakang AEG Live
AEG Live, divisyen hiburan langsung AEG yang berpangkalan di Los Angeles, berdedikasi terhadap segala aspek persembahan muzik kontemporari secara langsung. AEG Live terdiri daripada divisyen jelajah, pesta dan acara khas, tujuh belas pejabat serantau dan memiliki, mengendalikan atau menempah secara eksklusif tiga puluh lima tempat persembahan canggih. Syarikat itu juga kini menghasilkan persembahan residensi di  The Colosseum di Caesars Palace di Las Vegas termasuk Celine Dion, Rod Stewart, Mariah Carey (mulai 6 Mei), serta Reba, Brooks & Dunn (mulai 17 Jun), dan juga merupakan promoter eksklusif di The Joint di Hard Rock Hotel & Casino Las Vegas. AEG Live merupakan penerbit  Coachella Valley Music & Arts Festival, Stagecoach Country Music Festival dan New Orleans Jazz & Heritage Festival yang tersohor. www.aeglive.com

Latar Belakang Caesars Palace
Hotel dan kasino Las Vegas yang terkenal di seluruh dunia, Caesars Palace menampilkan 3,960 buah bilik tetamu hotel dan suit, termasuk Nobu Hotel Caesars Palace yang mempunyai 181 buah bilik dan The Laurel Collection by Caesars Palace yang memenangi Anugerah Bintang Forbes. Tempat peranginan seluas 85 ekar itu menawarkan 25 pilihan makan malam yang pelbagai termasuk Bacchanal Buffet yang memenangi anugerah, selain restoran berjenama chef selebriti oleh Gordon Ramsay, Bobby Flay, Nobu Matsuhisa, Guy Savoy dan restoran baharu finalis "Top Chef" Brian Malarkey, Searsucker Las Vegas. Tempat peranginan tersebut turut menampilkan ruang kasino seluas hampir 130,000 kaki persegi, oasis kolam Garden of the Gods seluas lima ekar, Qua Baths & Spa yang mewah dan Kelab Malam OMNIA baharu seluas 75,000 kaki persegi. Colosseum yang memiliki 4,300 tempat duduk iaitu Tempat Persembahan Terbaik Dekad ini oleh Majalah Billboard, menampilkan penghibur bertaraf dunia termasuk Celine Dion, Elton John, Rod Stewart, Reba, Brooks & Dunn, Mariah Carey dan Jerry Seinfeld. The Forum Shops di Caesars menampilkan lebih 160 butik dan restoran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.caesarspalace.com. Anda boleh menemui Caesars Palace di Facebook dan mengikutinya di Twitter.

Source: AEG Live & Caesars Palace
Keywords: Entertainment Gambling/Casinos Music New products/services