MOSCOW, 25 Mac 2015 /PRNewswire/ --
"Defending Russia" (http://www.defendingrussia.ru) berbesar hari mengesahkan penyerahan 4 pesawat pejuang Rusia Su-30SM kepada Kazakhstan. Penyerahan itu menandakan penyempurnaan fasa pertama tempahan, yang diumumkan pada Februari dan akan menyaksikan sejumlah 36 pesawat dibina dan dieksport ke Kazakhstan, ketika negara itu berusaha mengukuhkan simpanan pesawat tempurnya.
Projek Su-30 (http://defendingrussia.ru/english/Su-30_family) bermula pada zaman Soviet yang mana, pada 1988, rekaan pesawat pemintas berasaskan pesawat latihan tempur Su-27UB dimulakan. Empat tahun kemudian, pada 14 April 1992, pesawat keluaran pertama telah berlepas dengan jayanya. Namun begitu, berikutan kejatuhan USSR, apabila operasi pengeluaran besar-besaran merosot, Su-30 telah digunakan terutamanya untuk pengujian dan pameran di pertunjukan udara antarabangsa. Penghasilan Su-30 "asal" akhirnya dihentikan, memandangkan para jurutera menghadapi kesukaran mencapai potensi penuh pesawat tersebut. Pembangunan Su-30MK bermula pada 1992.
Pada 1996 India bersetuju untuk membeli 40 buah Su-30MKI. Su-30MKI agak berbeza daripada pesawat dwi-kawalan: kanard disertakan dalam struktur pesawat, jentera-jentera dilengkapi dengan avionik termaju dan enjin dengan muncung pemvektoran tujahan. Penerbangan pertama prototaip Su-30MKI berlangsung pada 1 Julai 1997. Sejak itu, pesawat tersebut telah dimodenkan di Belarus dan, pada 2013, dijual kepada Angola. Dengan tempahan berjumlah 272, Su-30MKI kini membentuk teras Tentera Udara India.
Pesawat lain dalam keluarga Su-30 termasuk Su-30MKK dan Su-30MK2, yang tujuan utamanya untuk dieksport ke China. Penerbangan pertama Su-30MKK telah berlangsung pada 1999, dengan jentera terawal diserahkan kepada pelanggan pada penghujung tahun 2000. Su-30MK2, pengubahsuaian kepada Su-30MKK dengan avionik lebih progresif, telah dibangunkan pada 2002. Secara keseluruhannya, China telah membeli 76 pesawat Su-30MKK dan 24 pesawat Su-30MK2. Sepanjang lima belas tahun lalu, lebih 500 pesawat daripada keluarga Su-30 telah dieksport ke negara-negara di seluruh dunia, termasuk Algeria, Malaysia, Venezuela, Vietnam, Indonesia dan Uganda.
Penghasilan pesawat Su-30SM untuk Tentera Udara Russia telah berjalan sejak 2012. Kontrak bagi 72 pesawat telah dimeterai dan pembelian tambahan dijangka berlaku. Su-30M2, dihasilkan oleh Komsomolsk dalam Persatuan Pengeluaran Aviasi Amur (KAAPA), bertujuan menggantikan pelatih tempur Su-27UB: 20 pesawat Su-30M2 telah ditempah secara keseluruhan. Penyerahan pertama telah dilakukan pada 2010.