LAUSANNE, Switzerland dan SAN JOSE, Calif., 26 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Cisco akan berikan sumbangan kepada IMD dinilaikan pada $AS 10 juta untuk membangunkan kepimpinan pemikiran dan menangani cabaran perniagaan dalam transformasi digital
IMD, pusat pengajian perniagaan berkedudukan tinggi yang berfokuskan pendidikan eksekutif, hari ini mengumumkan satu sumbangan bernilai $AS 10 juta daripada Cisco untuk menjadi destinasi utama dunia bagi penyelidikan, inovasi dan kepimpinan bagi memacu transformasi digital untuk semua aspek perusahaan, dalam setiap industri.
Cisco ingin membiayai Kerusi Cisco dalam Transformasi Perniagaan Digital dan mewujudkan Pusat Global IMD/Cisco bagi Transformasi Perniagaan Digital, yang akan berada di kampus IMD di Lausanne, Switzerland, serta beroperasi sepenuhnya menjelang musim panas 2015.
Kerjasama tersebut akan menggabungkan kepimpinan Cisco dalam menyediakan penyelesaian teknologi bagi Internet Segala-galanya (IoE) dengan kepakaran IMD dalam membangunkan pemimpin global. Menurut Gartner Research, menjelang 2020, 75 peratus perniagaan akan menjadi perniagaan digital atau akan bersedia menjadi perniagaan digital, namun hanya 30 peratus daripada usaha ini akan berjaya ekoran kekurangan bakat dan kepakaran teknikal. Gartner mendedahkan punca utama syarikat gagal dalam usaha transformasi digital adalah kegagalan untuk membayangkan dan mencipta semula perniagaan tersebut secara keseluruhan sebelum mereka bermula.
Kerjasama antara Cisco dan IMD akan menggabungkan penyelidikan asal dan pendekatan inovasi terbuka Cisco Consulting untuk menjana pengisian praktikal yang dapat diaplikasikan secara langsung oleh eksekutif kepada perniagaan mereka. Dengan menjalankan penyelidikan asal, Pusat Global bagi Transformasi Perniagaan Digital akan berusaha mendefinisikan transformasi perniagaan digital, ertinya bagi syarikat hari ini, dan bagaimana untuk kekal relevan dalam pasaran masa kini yang berdaya saing.
Pusat Global tersebut menyasarkan untuk menjadi hab utama dunia bagi penyelidikan dan inovasi, membantu eksekutif memanfaatkan peluang digital dan meneutralkan ancaman digital. Dengan penyelidik sepenuh masa daripada kedua-dua IMD dan Cisco, Pusat tersebut akan menghasilkan kepimpinan pemikiran termaju dan menganjurkan acara-acara pembelajaran. Ia akan turut berkolaborasi dengan pusat inovasi rangkaian sedia ada Cisco di seluruh dunia.
Anda boleh mendapatkan SIARAN MEDIA PENUH di imd.org
Latar Belakang IMD:
IMD merupakan pusat pengajian perniagaan berkedudukan tertinggi, diiktiraf sebagai pakar dalam membangunkan pemimpin global melalui pendidikan eksekutif berimpak tinggi. Pusat pengajian ini memfokuskan 100% terhadap pembangunan eksekutif dunia nyata; menawarkan kecemerlangan Swiss dengan perspektif global; dan mempunyai pendekatan yang luwes, tersuai dan berkesan.
Latar Belakang Cisco:
Cisco, (NASDAQ: CSCO) merupakan pemimpin dunia dalam perangkaian yang mengubah cara orang ramai berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi. Maklumat tentang Cisco boleh didapati di http://www.cisco.com.
Maklumat Perhubungan:
Alessandro Sofia
IMD
+41216180636
alessandro.sofia@imd.org
Andrea Duffy
Cisco
anduffy@cisco.com
+12127144152
SUMBER IMD International