omniture

Pesta Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-15 Dibuka di Ibu Kota Pencahayaan China pada 18 Mac 2015

- Ribuan produk pencahayaan dengan harga borong dikumpulkan dalam satu acara pencahayaan besar-besaran
China (Guzhen) International Lighting Fair
2015-03-26 16:54 99

GUZHEN, China, 26 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Pesta Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-15 diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 18 Mac 2015. Pesta ini ditaja oleh Persatuan Industri Pencahayaan China dan dianjurkan oleh Guzhen Lighting Expo Co. Ltd. Banyak institusi profesional seperti UBM Asia dan Kerajaan Rakyat Zhongshan Perbandaran Guzhen turut menyokong pesta tersebut. Edisi musim bunga pesta tersebut menumpukan kepada pasaran pencahayaan domestik, dan menampilkan lebih 1,800 pempamer. Ruang keseluruhannya meningkat kepada 700,000 meter persegi.

Berbanding edisi-edisi sebelum ini, pesta tersebut telah ditambah baik daripada segi skala dan perkhidmatan. Pelbagai barangan telah dipamerkan dalam zon-zon dengan tema berbeza yang mengandungi produk pencahayaan siap, aksesori dan kelengkapan mekanikal. Dan mod pembelian "Tapak utama + gedung dagangan" telah ditambah baik tahun ini. Light Cube LED City menjadi subtapak kelima pesta tersebut; pengunjung turut disediakan dengan banyak perkhidmatan seperti ruang VIP, Wi-Fi percuma dan perkhidmatan bas pergi balik percuma, dll.

Semasa pesta tersebut, turut terdapat banyak persidangan dan forum profesional. Contohnya, forum kemuncak Aplikasi LED ke-6, Salon Pereka Pencahayaan 2015 dan ceramah platform inovatif BAB yang menumpukan kepada pembangunan platform e-dagang. Kesemua persidangan dan forum ini diadakan untuk menyampaikan teknologi, konsep dan rekaan terkini dalam industri pencahayaan.

Dengan ketibaan musim bunga, ia merupakan permulaan tahun baharu bagi pengeluar, pengedar, dan pembeli pencahayaan China untuk membeli pada bulan Mac. Terdapat banyak tawaran menarik serta aktiviti promosi di sekitar lima subtapak pada edisi ini. Salah satu subtapak tersebut, Light Cube LED City mengadakan pertunjukan cahaya untuk meraikan majlis pembukaannya mulai 18 hingga 21 Mac; perjumpaan pembelian produk pencahayaan musim bunga baharu diadakan oleh Plaza Pencahayaan Besun mulai 18 hingga 24 Mac; dan akhir sekali, aktiviti "festival pemerolehan musim bunga 2015" kumpulan STAR ALLIANCE memberikan pembeli pencahayaan dengan pelbagai tawaran istimewa seperti kupon diskaun, hadiah-hadiah hebat dan rebat.

Edisi seterusnya: Pesta Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-16 (Edisi Musim Luruh)

Tarikh: 22-26 Oktober 2015

Tempat: Zhongshan, China

Rangkaian pempamer: 
Pencahayaan Dalaman, Lampu Hiasan, Produk LED, Pencahayaan Komersial, Sumber Cahaya Elektrik, Pencahayaan Luar, dll.

Laman Sesawang Rasmi: http://www.gzlightingfair.com/en

Hubungi: chloe.qu@ubmsinoexpo.com

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: