omniture

Finesse Solutions Umumkan CellWorld 2015

Finesse Solutions, Inc.
2015-03-26 23:03 157

SANTA CLARA, California, 26 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Finesse Solutions mengumumkan CellWorld 2015, acara baharu yang direka khusus untuk penginovasi, pemimpin berwawasan dan eksekutif kanan dalam pemprosesan bio.

Persidangan dua hari itu, yang hanya boleh dihadiri dengan jemputan, akan diadakan di Hyatt Regency di Pusat Bandar San Francisco pada 21-22 September 2015. Ia akan menjadi forum untuk pemimpin sains hayat bagi membincangkan masa hadapan pengilangan biofarmaseutikal penggunaan tunggal dan mendengar tentang kedua-dua teknologi disruptif dan amalan terbaik daripada semua sudut industri.

Sesi acara tersebut akan merangkumi biopemprosesan penggunaan tunggal huluan dan hiliran dengan fokus terhadap inovasi melalui penggunaan pengukuran baharu dan sistem automasi. Ia akan memperkenalkan alatan baharu untuk mengurus kerumitan proses dan menghasilkan meta-data pintar. Topik-topik akan merangkumi sensor baharu penggunaan tunggal bagi melaksanakan sistem pelaksanaan pengeluaran (MES) komersial tersedia yang mempunyai kebolehan konfigurasi tinggi untuk kemudahan penggunaan tunggal.  

"Matlamat kami adalah untuk menyediakan kepimpinan kanan yang terlibat dalam biopemprosesan dengan pandangan masa hadapan untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi gunaan tunggal dan kekal berdaya saing di peringkat global," kata Barbara Paldus, Ketua Pegawai Eksekutif Finesse Solutions. "Kami amat teruja untuk menghasilkan forum antarabangsa pertama bagi menerokai inovasi dan teknologi, jadi sebagai satu komuniti, kami dapat mempercepat penerimaan platform biopemprosesan baharu dan juga memanfaatkan sepenuhnya alatan berkepintaran tinggi yang semakin mudah didapati melalui kemajuan dalam elektronik, perisian serta komunikasi."

Latar Belakang Finesse Solutions, Inc.

Finesse Solutions menyediakan automasi perkakasan dan perisian yang luwes yang memungkinkan biopemprosesan bolehsuai yang tidak tandingan. Kami merupakan syarikat Lembah Silikon yang berasaskan penyelidikan yang percaya terhadap memperkasakan pelanggan kami dengan sensor gunaan tunggal, reaktor bio, pengawal dan perisian yang inovatif. SmartParts kami merupakan asas kepada penyelesaian Finesse menggunakan teknologi daripada dalam dan luar industri biofarmaseutikal. Selain produk kami sendiri, kami juga merupakan satu-satunya pembekal dengan kepakaran integrasi menawarkan pelanggan dengan kebebasan untuk memilih sebarang pembekal pilihan mereka bagi operasi unit penting daripada huluan kepada hiliran. Sama ada ia reaktor bio bebas, gunaan tunggal untuk penyelidikan dan pembangunan atau Smartfactory berintegrasi penuh untuk pengilangan patuh cGMP, kami mempunyai penyelesaian bioproses untuk pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di
http://finesse.com/cellworld/

Source: Finesse Solutions, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Trade show news