omniture

Jereh dan Plexus Capai Kata Sepakat bagi Kerjasama Peralatan Kepala Telaga Bawah Laut

Jereh Oilfield Services Group
2015-03-27 15:07 289

BEIJING, 27 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Jereh Group (SZ002353), syarikat minyak dan gas terkemuka dunia, mengumumkan perikatan dengan Plexus Holdings PLC untuk menjadi rakan kongsi strategiknya dalam pengeluaran dan jualan produk kepala telaga Plexus. Persetujuan Kerangka Kerja itu menetapkan Jereh sebagai pembekal yang pertama dan tunggal untuk peralatan kepala telaga bawah laut China.

Majlis Menandatangani Perjanjian bagi Kerjasama serta Pelaburan antara Jereh dan Plexus Berlangsung di Beijing
Majlis Menandatangani Perjanjian bagi Kerjasama serta Pelaburan antara Jereh dan Plexus Berlangsung di Beijing

Peralatan kepala telaga bawah laut adalah khusus untuk luar pesisir yang memerlukan teknologi yang sangat canggih bagi memastikan keandalan dan keselamatan dalam persekitaran bawah laut bertekanan tinggi/suhu tinggi ('HP/HT'). Namun begitu, pembangunan industri itu kini dikenakan sekatan tinggi kerana pengehadan monopoli teknologi.

"Saya gembira Plexus dan Jereh telah memeterai persetujuan yang kami harap akan membolehkan kami membawa teknologi POS-GRIP Plexus kepada pasaran China yang penting dan semakin berkembang serta kawasan Asia lain yang relevan," kata En. Ben van Bilderbeek, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Plexus Holdings Plc, semasa majlis menandatangani perjanjian. "Kami percaya peralatan kepala telaga POS-GRIP kami akan memberikan penjimatan masa pengendalian dan faedah keselamatan kepada syarikat-syarikat minyak & gas yang beroperasi dalam rantau itu, kebanyakannya menghadapi keadaan HP/HT dan teknologi kami sangat sesuai beroperasi dalam keadaan sedemikian."

Sebagai syarikat minyak dan gas tersenarai swasta yang terbesar di China, Jereh mengkhusus dalam kejuruteraan serta pembinaan minyak dan gas, perkhidmatan teknologi lapangan minyak dan pengeluaran peralatan. Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak lebih 1000 set peralatan setiap tahun, Jereh telah berkhidmat kepada pelanggan di lebih 60 buah negara melalui rantaian nilai penuhnya termasuk pelantar penggerudian dan perkakas tambahan, peralatan penyiapan dan perangsangan telaga, peralatan gas asli selain bekas simpanan khas, pelantar serta modul penggerudian dan sebagainya.

"Kami gembira dengan kerjasama yang kami capai bersama Plexus ini, yang merupakan pencapaian penting bagi Jereh dengan memasuki segmen bawah laut," kata En. Wang Kunxiao, Presiden Jereh, "Dengan menyepadukan teknologi berpaten Plexus dengan kemampuan pengeluaran dan pemasaran Jereh yang handal, kami yakin perikatan ini akan mencipta impak signifikan dalam bidang bawah laut serta faedah menarik untuk para pelanggan di seluruh dunia."

Latar Belakang Jereh

Jereh Group merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang mengkhusus dalam kejuruteraan serta pembinaan minyak dan gas, perkhidmatan teknologi lapangan minyak, selain pengeluaran peralatan minyak dan gas. Dengan memanfaatkan kelebihan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh, kemudahan pengeluaran berkualiti tinggi, serta rangkaian jualan global, Jereh telah berkhidmat kepada pelanggan di lebih 60 buah negara.

Untuk maklumat lanjut: www.jereh.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150326/0861502324

Source: Jereh Oilfield Services Group
Keywords: Oil/Energy