EYSINS, Switzerland, 30 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Selepas perkongsian berjaya selama 10 tahun dengan pengedar tempatannya ACTS do Brasil Ltda., berkuat kuasa serta-merta Biosafe telah mengambil alih kesemua perniagaan berkaitan Biosafe yang dimiliki ACTS, yang telah diasingkan menjadi sebuah entiti operasi berasingan, Biosafe Brasil Distribuidora Ltda. Terma-terma tidak dinyatakan.
Perubahan ini akan membolehkan Biosafe menawarkan pelbagai manfaat yang diperluas kepada pelanggan di Brazil, termasuk sokongan produk secara langsung serta perkhidmatan.
Kini kebanyakan bank darah tali pusat di peringkat awam dan swasta di seluruh negara telahpun memproses menggunakan teknologi Sepax proprietari Biosafe, yang turut digunakan oleh sebilangan pelanggan untuk penggunaan perubatan regeneratif.
Olivier Waridel, Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe Group mengulas: "Kami amat yakin dengan potensi pasaran Brazil dan pengambilalihan ini akan terus memperluaskan perniagaan kami dalam pasaran utama kami iaitu perbankan sel induk, perubatan regeneratif dan pemprosesan bio. Kami berharap dapat mengukuhkan perhubungan kami dengan pelanggan sedia ada dan akan datang, serta membantu mereka dengan perkembangan mereka."
Di tempat lain di Amerika Latin, produk-produk Biosafe dijual melalui pengedar di Mexico, Argentina, Colombia dan Chile. Biosafe bercadang untuk meluaskan rangkaian tersebut ke negara-negara lain dalam masa terdekat.
Latar Belakang Biosafe Group
Diasaskan pada 1997, Biosafe Group bergerak aktif dalam mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan sistem pemprosesan sel berautomasi. Beribu pejabat di Switzerland dan dimiliki secara persendirian, Biosafe Group beroperasi melalui anak syarikat serantau (Geneva, Houston, Hong Kong, Shanghai dan Sao Paulo) serta mempunyai kehadiran di lebih 50 buah negara, sama ada secara langsung atau melalui pengedar.
Untuk maklumat lanjut:
Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch
Sumber: Biosafe Group