SHANGHAI, 30 Mac 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengilang terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini modul PV kalis kabus garamnya lulus Ujian Kakisan Kabus Garam IEC 61701 Standard Berganda (Ancaman Tahap 6) yang dijalankan oleh TUV Nord. Modul PV JA Solar merupakan yang pertama dalam industri lulus ujian tersebut dan JA akan menonjolkan keandalan dipertingkat ini di pameran dagangan akan datang, seperti Intersolar Beijing dan Ekspo Kuasa PV SNEC di Shanghai.
Modul solar yang ditempatkan di kawasan pesisir menghadapi risiko lebih tinggi bagi kemerosotan prestasi dan jangka hayat lebih pendek akibat kesan kabus garam, yang dapat menutupi kaca serta mengakis komponen seperti rangka dan juga kotak simpangan. Barisan modul JA Solar dijadikan tahan lasak untuk menahan cuaca pesisir yang buruk dan mengurangkan kehilangan kuasa. Dalam ujian TUV Nord, modul JA menunjukkan kehilangan kuasa yang kurang daripada 2%.
TUV Nord menjalankan Ujian Kakisan Kabus Garam IEC 61701, Ancaman Tahap 6 ke atas modul JA. Ujian ini merupakan yang paling ketat dalam industri, dan menampilkan lapan kitaran ujian dalam tempoh 56 hari. Ujian Kelas 6 Standard Berganda adalah dua kali ganda lebih sukar, kerana ia melanjutkan tempohnya kepada 112 hari.
En. Jian Xie, Presiden JA Solar, mengulas, "Keandalan, output kuasa dan jangka hayat modul PV solar kadangkala dicabar oleh keadaan cuaca teruk di kawasan pesisir. Dengan memperoleh pensijilan dalam ujian ini sekali lagi menunjukkan ketahanan dan kualiti tinggi produk JA Solar. Kami berbangga dengan rekod kedua kejayaan kami dalam memenuhi keperluan pelanggan kami melalui inovasi produk yang berterusan."