omniture

Kemunculan Sulung Baccarat Hotels & Resorts dengan Harta Tanah Terpenting di Manhattan pada 18 Mac 2015

Baccarat Hotels & Resorts
2015-03-30 09:02 142

- Baccarat Hotel & Residences New York Menggarap Semua Keanggunan dan Kesempurnaan Pembuat Kristal Perancis Penuh Legenda itu Menjadi Jenama Hospitaliti Gaya Hidup Mewah

NEW YORK, 30 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Starwood Capital Group, firma harta tanah ekuiti persendirian, mengumumkan pembukaan Baccarat Hotel & Residences New York pada 18 Mac. Baccarat Hotel & Residences New York merupakan hotel pertama dan perniagaan penting sedunia untuk jenama kristal Baccarat yang berusia 250 tahun. Terletak di seberang jalan bertentangan Muzium Kesenian Moden dan beberapa langkah dari kawasan beli-belah terkenal Fifth Avenue, hotel itu menempati 12 tingkat pertama menara tingkat terbahagi yang tersergam 550 kaki atas West 53rd Street.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150319/183382LOGO

Baccarat Hotel & Residences New York menampilkan 114 bilik tetamu dan suite yang dihias penuh anggun serta restoran Perancis moden baharu, Chevalier, diketuai Chef Eksekutif bertaraf bintang Michelin, Shea Gallante. Pengurus restoran penuh legenda New York Charles Masson bakal menyelia gaya dan perkhidmatan di Chevalier dan di dalam salun lobi serta bar di tingkat kedua hotel itu. The Bar at Baccarat, berhampiran Grand Salon yang penuh mewah, merupakan ruang menakjubkan dengan siling kekubah laras, bar sepanjang 60 kaki dan teres luar yang berhadapan pemandangan MoMA. Hotel itu turut mempunyai kolam renang dalam bangunan sepanjang 50 kaki, kemudahan senaman kecergasan elit, dan Spa de La Mer pertama di Amerika Syarikat.

Firma hiasan dalaman yang berpusat di Paris, Gilles & Boissier mengetuai pelan ciptaan hiasan dalaman hotel itu, yang menggabungkan ciri estetik klasik Perancis Baccarat dengan unsur moden praktikal tetapi mengkhayalkan.

Skidmore, Owings & Merrill bertindak sebagai arkitek untuk menara setinggi 50 tingkat itu, sementara pereka yang berpusat di New York dan ahli Architectural Digest 100, Tony Ingrao, mengetuai rekaan kediamannya. Enam puluh kediaman persendirian menara itu boleh diakses melalui pintu masuk berasingan dan boleh menikmati semua kemudahan hotel tersebut. Penghias yang disanjungi Stephen Sills mencipta suasana anggun untuk tingkat bawah Chevalier, yang turut mempunyai pintu masuknya sendiri.

Spa selesa dan nyaman, pusat kecergasan dan kolam dalam bangunan akan dibuka pada bulan berikutan perasmian hotel itu. Baccarat telah bekerjasama dengan jenama penjagaan kulit yang sangat berprestij La Mer bagi mencipta Spa de la Mer, spa pertamanya di Amerika Syarikat. Direka bagi membangkitkan suasana persinggahan rehat tepi pantai Eropah yang penuh mewah, empat bilik rawatan mengalu-alukan para pengunjung yang dahagakan layanan memanjakan badan serta rawatan yang menyegarkan.

"Kami sangat gembira dapat menghidupkan 'House of Baccarat' yang baharu – untuk membawa jenama penuh legenda ini yang telah mewakili kesempurnaan kristal selama berkurun lamanya, dan tidak pernah bertolak ansur daripada segi kualiti, bagi mencipta karya agung hotel gaya hidup modennya yang pertama. Saya ingin meraikan cahaya, dan menghasilkan satu hotel yang bersinar, berkilauan indah, penuh ghairah, anggun namun masih berfungsi, menyeronokkan, selesa, dan tidak terlalu formal," kata Barry Sternlicht, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starwood Capital Group, syarikat induk SH Group, sebuah syarikat pengurusan jenama hotel gaya hidup yang akan mengurus hotel itu.

Baccarat SA kebanyakannya dimiliki Starwood Capital Group. Baccarat menggajikan hampir 550 kakitangan di kilangnya di Baccarat, Perancis berdekatan sempadan Alsace-Lorraine. Baccarat merupakan jenama mewah bertingkat yang mana para artisan mereka telah menghasilkan rekaan tersuai khusus sejak Raja Louis XV menubuhkan syarikat itu pada tahun 1764. Baccarat telah menghasilkan produk penuh mewah dan berkualiti tinggi untuk para tokoh paling dihormati di dunia termasuklah golongan raja, permaisuri, tzar, sheikh, amir, dan sultan, tokoh berpengaruh moden, pereka serta bintang rock. Pembukaan hotel itu menandakan evolusi baharu jenama itu menjadi jenama gaya hidup dan hospitaliti yang dicipta penuh sempurna.

Baccarat Hotel & Residences New York terletak di 20 West 53rd Street. Kadar bermula pada $899. Untuk menempah, para tetamu boleh menghubungi +1-844-294-1764 atau lawati baccarathotels.com.

Latar Belakang Starwood Capital Group

Starwood Capital Group merupakan firma pelaburan swasta dengan lebih 500 kakitangan, dengan tumpuan utama kepada harta tanah global dan prasarana tenaga. Beribu pejabat di Greenwich, CT, Firma itu mengurus dua belas pejabat dalam enam buah negara di seluruh dunia. Starwood Capital Group telah mengumpul lebih $30 bilion dalam modal ekuiti sejak penubuhannya pada 1991, dan kini mengurus aset bernilai lebih $42 bilion. Firma itu telah melabur dalam hampir setiap kelas harta tanah di seluruh dunia, memanfaatkan peluang dengan mengubah kelas aset, lokasi geografi, dan kedudukan dalam tindan modal sambil mengamati evolusi dinamik risiko-ganjaran. Selama lebih dua dekad, Starwood Capital Group dan syarikat gabungannya telah berjaya melaksanakan strategi pelaburan yang melibatkan membangunkan perusahaan berkisarkan portfolio harta tanah dalam pasaran swasta serta umum. Mungkin Starwood paling dikenali kerana menubuhkan, mencipta, dan membangunkan Starwood Hotels and Resorts bermula pada 1995. Maklumat tambahan boleh ditemui di starwoodcapital.com.

Latar Belakang SH Group

SH Group, syarikat gabungan firma pelaburan swasta global Starwood Capital Group, merupakan sebuah syarikat pengurusan jenama hotel gaya hidup yang mengendalikan 1 Hotels, jenama gaya hidup berilhamkan alam semula jadi yang akan dilancarkan pada 2015 dengan pembukaan harta tanah eksklusif di Manhattan, Brooklyn serta South Beach di Miami; dan Baccarat Hotels & Resorts, jenama mewah yang bakal membuat kemunculan perdana pada Mac 2015 dengan pembukaan harta tanah terpentingnya di New York, diikuti dengan di Rabat, Maghribi, pada 2016 dan juga projek-projek yang sedang dibangunkan di Dubai dan Doha. Memanfaatkan kelebihan kepakarannya dalam pemasaran, rekaan, pengendalian dan teknologi, SH Group merupakan tenaga penggerak di belakang beberapa jenama hotel yang paling memecah kebiasaan dan dinamik di dunia. Maklumat tambahan boleh ditemui di 1hotels.com dan baccarathotels.com.

Latar Belakang Baccarat Hotels & Resorts

Baccarat Hotels & Resorts mentakrifkan seni yang sempurna dan warisan mulia pembuat kristal Perancis penuh legenda berusia 250 tahun menjadi gaya hidup anggun. Menggabungkan legasi yang jarang ditemui ini bersama keanggunan moden dan unsur sakti yang tidak disangka, setiap hotel dan resort jenama itu telah digambarkan sebagai hotel particulier yang mewah, mengalu-alukan para tetamu dengan khidmat sempurna dan kemudahan yang lain daripada yang lain. Baccarat Hotels & Resorts akan dilancarkan pada Mac 2015 dengan pembukaan harta tanah terpentingnya di New York, diikuti dengan di Rabat, Maghribi, pada 2016 dan hotel tambahan di Dubai dan Doha dalam masa beberapa tahun akan datang. Maklumat lanjut boleh ditemui di baccarathotels.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: baccarathotelspr@hlgrp.com

Source: Baccarat Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel