omniture

Speakerbus Umumkan Keluaran Terkini Platform iManager, Menampilkan Kemampuan Awan Berhos

Speakerbus
2015-03-30 21:00 107

 

LONDON, 30 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Speakerbus mengumumkan keluaran terkini platform iManager untuk kolaborasi suara yang menampilkan iTurret berhos. iTurret berhos menyediakan firma perkhidmatan kewangan dengan penyelesaian suara pedagang dan telefoni alternatif yang menjimatkan kos yang memenuhi pelbagai objektif perniagaan.

Dengan kebolehan untuk diuruskan secara berpusat melalui awan oleh pasukan IT dalaman atau penyedia khidmat diurus, iTurret berhos memberikan pedagang kebebasan untuk berkolaborasi dengan mudah dan terus membuat keputusan bermaklumat apabila bekerja daripada lokasi jauh. Penyelesaian itu juga membantu organisasi mengurangkan keperluan perkakasan IT mereka untuk mengurangkan kos operasi dan memudahkan pemasangan perkhidmatan suara pedagang dan telefoni di pejabat cawangan lebih kecil, yang menghadapi cabaran infrastruktur IT terhad dan tiada perkhidmatan sokongan di lokasi. Dalam setiap senario ini, firma perkhidmatan kewangan yang menerima penyelesaian iTurret berhos tidak perlu risau kerana mengetahui walau di mana mereka berada, iTurret berhos mereka dapat beroperasi dalam cara yang sama mengikut keperluan sekuriti dan kepatuhan yang sama seperti sistem diurus tradisional mereka.

Charles Miscampbell, Pengarah Jualan & Pemasaran di Speakerbus berkata, "Landskap IT kolaborasi suara sedang berubah dengan peningkatan terhadap permintaan untuk perkhidmatan berasaskan awan dalam sektor komunikasi bersepadu. Speakerbus telah mereka bentuk penyelesaian iTurret berhosnya untuk memenuhi permintaan ini. Sama ada pelanggan ingin mengurangkan perbelanjaan modal mereka, mengakses kepakaran, meningkatkan mobiliti atau mengurangkan kebergantungan kepada infrastruktur sendiri untuk perkhidmatan suara pedagang dan telefoni, kami menyediakan cara untuk mencapai objektif semua ini melalui awan, melalui cara yang andal, cekap dan patuh.

Selain itu, dengan memilih perkhidmatan berhos sumber luar rakan kongsi Speakerbus, pelanggan dapat memperluas kefungsian kolaborasi suara mereka seiring pertumbuhan operasi dagangan mereka dengan menjimatkan kos, sementara pasukan IT dalaman mereka dapat menumpukan kepada aktiviti-aktiviti bernilai tambah yang lain kepada perniagaan mereka.

iTurret berhos merupakan sebahagian daripada keluaran lebih luas kefungsian dalam versi 2.6 bagi Platform iManager.

 

Latar Belakang Speakerbus

 

Ditubuhkan pada 1984, Speakerbus merupakan pembangun dan pengeluar teknologi komunikasi pakar yang dimiliki secara persendirian, beribu pejabat di UK dengan pejabat di seluruh Eropah, A.S. dan Asia. Lebih 250 institusi kewangan utama dunia menggunakan penyelesaian telefoni, interkom, pembesar suara dan perhubungan untuk memenuhi keperluan komunikasi dan kolaborasi bersatu. Memberi khidmat kepada lebih 50,000 pengguna di lebih 60 buah negara, kami inovatif, fleksibel dan berfokuskan pelanggan.

http://www.speakerbus.com

http://www.iturret.com

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut tentang topik ini, sila hubungi Paul Kitchener di +44(0)1992-706-500 atau e-mel ke MediaRelations@speakerbus.com

 

Source: Speakerbus
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services