GUANGZHOU, China, 30 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Perusahaan utama dari China dan seluruh dunia akan berpusu-pusu ke Guangzhou tidak lama lagi untuk Pesta Canton ke-117, yang berlangsung mulai 15 April hingga 5 Mei 2015. Sentiasa terdapat sebab menarik untuk menghadiri acara dagangan paling menguntungkan dan berprestij di China – yang menjana urus niaga bernilai berbilion dolar dua kali setahun – namun kali ini terdapat insentif tambahan menarik untuk pembeli baharu yang menghadirinya.
Program Ganjaran Pengiklanan untuk Pembeli Baharu (ARNB) pertama kali dilancarkan pada Pesta Canton ke-116 semasa separuh kedua 2014. Kali ini ia telah diperluaskan untuk menarik pembeli baharu dari Amerika Syarikat (A.S.), United Kingdom, Kanada, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Greece, Rusia dan Poland. Dengan kupon AS$100 yang ditawarkan boleh ditukarkan dengan wang tunai, makanan atau pelbagai perkhidmatan, manfaatnya pelbagai, mudah dituntut dan pasti menambah baik keseluruhan pengalaman Pesta Canton.
Pelancaran berjaya Program ARNB tahun lalu, yang terhad kepada pembeli baharu dari A.S., telah menarik lebih 215 pengunjung baharu, kebanyakannya begitu gembira dengan ganjaran yang mereka terima.
"Saya tidak pernah menyangka saya akan memenangi hadiah yang begitu besar," kata warga Amerika dan pengunjung Pesta kali pertama, Harry dengan nada gembira. "Saya pasti akan mengesyorkan Pesta Canton kepada semua rakan-rakan saya apabila saya pulang."
Bagi menyertai program ARNB, pembeli prospektif kali pertama hanya perlu mengklik iklan yang relevan pada laman sesawang Pesta Canton. Kemudian mereka akan menerima e-mel yang memberi perincian perkhidmatan yang boleh dituntut menggunakan kupon tersebut. Kupon – yang boleh dituntut lebih awal atau semasa Pesta tersebut – boleh ditukarkan dengan tempahan hotel, sewaan kereta, khidmat interpretasi, lawatan setempat serta makan tengahari, dan boleh juga ditukarkan dengan wang tunai.
Apa yang pasti, kebanyakan peserta program kemungkinan besar melihat kupon AS$100 mereka sebagai satu ganjaran tambahan kepada satu acara yang sudah sememangnya menarik.
"Saya telah mendengar pelbagai perkara tentang Pesta Canton sebelum saya datang ke sini," kata Harry, ketika diwawancara oleh pasukan Facebook acara tersebut. "Program ARNB, bersama kecemerlangan acara tersebut, bermakna saya telah menerima ganjaran berkali ganda. Saya pasti akan kembali!"
Untuk maklumat lanjut tentang Pesta Canton ke-117 sila lawati:
http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp
Untuk maklumat lanjut tentang Program ARNB sila lawati:
http://www.cantonfair.org.cn/en/ARNB/index.shtml
Untuk pertanyaan ARNB:
Cik Geng Chi
+86-20-8913-8625
gengchi@cantonfair.org.cn
Untuk pertanyaan media:
En. Wu Xiaoying
+86-20-8913-8628
xiaoying.wu@cantonfair.org