HONG KONG, 31 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Cachet Hotel Group (CHG) dan Drai's Enterprises (Drai's) mengumumkan hari ini pembentukan syarikat usaha sama pengurusan hiburan malam, yang akan dinamakan Drai's Asia. Usaha niaga itu akan menumpukan kepada pembangunan dan pengurusan kelab malam, kelab makan malam, bar, ruang santai ultra dan kelab pantai Drai's di seluruh Asia Pasifik di bandar-bandar destinasi dan tempat peranginan.
"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan genius kreatif, Victor Drai dan Michael Gruber, yang mempunyai rekod pencapaian terbukti dalam menghasilkan destinasi hiburan malam," kata Alexander Mirza, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cachet Hotel Group, "Usaha niaga baharu ini akan memenuhi permintaan yang kian berkembang di Asia bagi hiburan malam. Kami teruja untuk membawakan Drai's dalam hotel CHG dan hartanah-hartanah lain."
Victor Drai merupakan epitom kejayaan keusahawanan bermula sendiri; daripada permulaannya secara kecil-kecilan sehingga mendapat kedudukan sebagai tokoh hiburan malam Las Vegas. Daripada pemilik perniagaan kepada penerbit filem serta pemilik restoran dan banyak lagi, kini Drai dianggap ramai sebagai "bapa hiburan malam Las Vegas." Seorang tokoh hiburan malam, Victor Drai merupakan pencipta dan pengasas kelab-kelab mega Las Vegas iaitu Tryst dan XS at Wynn, serta pemilik berwawasan di sebalik Drai's Afterhours dan Kelab Malam Drai's Beach Club di The Cromwell di Las Vegas. Sebelum mengukuhkan kedudukannya dalam dunia hiburan malam Las Vegas, Drai telah menerokai industri hiburan yang mana beliau mencapai kejayaan sinematik sebagai penerbit tunggal untuk filem hit seperti The Woman in Red, The Man with One Red Shoe, Folks, The Bride dan filem blokbuster Weekend at Bernie's.
Kerjasama dengan Cachet hadir setahun selepas Drai's membuka Kelab Malam Drai's Beach Club Las Vegas dengan Caesars Entertainment, dan selepas Drai's mengumumkan ruang santai ultra utama mereka yang bakal dibuka di Trump Hotel and Residences di Vancouver yang dinanti-nantikan.
"Saya dan Victor amat teruja untuk melakukan perluasan ke Asia Pasifik dengan Cachet, sebuah kumpulan hotel gaya hidup inovatif yang sedang berkembang di rantau ini," kata Michael Gruber, Presiden Drai's Enterprises dan Ketua Pegawai Eksekutif Drai's Asia, "Drai's Asia akan membawakan jenama pemenang anugerah dan kepakaran operasi kami kepada pembangun di seluruh China, Thailand dan seluruh Asia Tenggara."
Dua projek pertama usaha niaga itu akan dimulakan di Chengdu di Cachet Hotel pada 2016 dan di Bangkok di Cachet Deluxe Hotel yang dinanti-nantikan pada 2017. Lokasi Chengdu dan Bangkok akan menjadi lokasi pertama Drai's di luar Amerika Utara.
Latar Belakang Cachet Hotel Group:
Cachet Hotel Group (CHG) merupakan sebuah syarikat pengurusan hotel berpangkalan di Hong Kong. Matlamat CHG adalah untuk menjadi syarikat hospitaliti paling inovatif dan memainkan tanggungjawab sosial di Asia. Dengan pelbagai projek dalam pembangunan, CHG memfokuskan untuk menubuhkan hartanah di Tanah Besar China, Asia Tenggara, Asia Timur Laut dan Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cachethotelgroup.com
Latar Belakang Drai's Enterprises – Drai's Beach Club - Nightclub/Drai's Afterhours/Indigo Lounge:
Drai's Enterprises memiliki dan mengendalikan tiga lokasi hiburan malam eksklusif Las Vegas di Las Vegas -- Drai's Beach Club - Nightclub/Drai's Afterhours/Indigo Lounge. Lokasi hiburan malam Drai's terletak strategik berhadapan Caesars Palace dan The Bellagio, di sudut Las Vegas Blvd. dan Flamingo Blvd. di atas bumbung serta bawah tanah hotel 188 bilik dan suit milik Caesars Entertainment iaitu The Cromwell dan juga Bally's Hotel/Casino yang klasik. Dengan pemandangan yang tiada tandingan, Drai's Beach Club – Nightclub membawakan hiburan dan hiburan malam ke tahap baharu. Satu-satunya Kelab Pantai di The Strip termasuk berbilang kolam yang dinaungi 10 pohon palma yang tinggi, pelbagai kabana dan banglo, dua bar berkhidmat penuh serta dapur gourmet. Drai's Nightclub merupakan kelab berbilang tingkat yang bergemerlapan dengan lantai tarian yang luas, sistem pencahayaan LED yang besar, dan teknologi moden menampilkan lebih 4,000 kaki persegi LED berdefinisi tinggi tercanggih yang pernah dihasilkan, termasuk bola disko LED gergasi 80 sisi – satu-satunya yang sepertinya, serta peluang unuk meletuskan pertunjukan bunga api khas atas bumbung. Selain itu, Drai's Afterhours yang berstatus lagenda telah kembali ke lokasi asalnya untuk tahun ke-16 dan kini membawakan hiburan lewat malam/awal pagi kepada The Strip enam malam seminggu. Indigo Lounge, bertempat di Bally's Hotel/Casino yang ikonik, merupakan ruang santai dan bar yang menggoda mewah dan dihias indah di tingkat kasino di Bally's Las Vegas. Dahulunya sebahagian penting pengalaman Las Vegas, konsep ruang santai kasino telah hilang, namun dengan ketibaan Indigo Lounge, Victor Drai telah membawa kembali ikon Las Vegas yang klasik dan sofistikated ke Las Vegas Strip.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.draislv.com dan ikuti Drai's melalui Facebook di www.facebook.com/draislv serta di Twitter melalui www.twitter.com/draislv dan juga Instagram @draislv