COPENHAGEN, 31 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Memperluas penggunan sistem video berangkaian untuk terus melindungi orang ramai dan aset adalah fokus Benjamin Low sebagai Naib Presiden Jualan APAC baharu untuk Milestone Systems
Milestone Systems, sebuah syarikat dalam kumpulan Canon,mengumumkan Benjamin Low sebagai Naib Presiden Jualan, APAC yang baharu. Low akan mengambil tanggungjawab bagi kesemua aspek aktiviti jualan serta pertumbuhan Milestone di rantau Asia Pasifik. Beliau akan menumpukan terhadap bekerjasama dengan kakitangan jualan Milestone dan ekosistem rakan kongsinya, menggalakkan dengan aktif penggunaan video berangkaian untuk mempertingkat keselamatan penduduk, meningkatkan perlindungan aset serta mengoptimumkan perniagaan melalui penggunaan kepintaran visual. Ini merupakan bidang perniagaan utama untuk Milestone Systems, yang membangunkan perisian pengurusan video yang membolehkan penggunaan video yang pantas dan pintar daripada kamera video berangkaian.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134)
"Saya amat berbesar hati dapat menyertai Milestone Systems dalam jawatan strategik yang begitu penting ini, dan teruja untuk bekerjasama dengan pasukan global untuk terus memenuhi keperluan rantau ini terhadap penyelesaian untuk mengoptimumkan keselamatan penduduk serta perlindungan aset," kata Benjamin Low. "Teknologi platform terbuka merupakan pembawa perubahan dan kunci untuk memenuhi tuntutan pasaran yang amat pelbagai di APAC. Saya menyasarkan untuk membantu menyumbang kepada kejayaan berterusan Milestone Systems di dunia terbuka."
Low hadir ke Milestone dengan pengalaman meluas dan rekod perkhidmatan yang kukuh dalam bidang sekuriti siber serta jualan IT. Latar belakang beliau adalah dalam jualan antarabangsa dengan syarikat teknologi sistem sekuriti berprofil tinggi. Beliau telah melalui sebahagian besar kerjaya beliau di Singapura dan Hong Kong, yang terkini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Asia Pasifik di Guidance Software. Di sana, beliau bekerja dengan pasukan di seluruh rantau Asia Pasifik yang dengan jayanya meningkatkan tiga kali ganda keseluruhan hasil Tahun Kewangan 2013 sebelumnya. Sebelum itu,Low merupakan Naib Presiden, Asia Pasifik, di Proofpoint, sebuah organisasi antarabangsa yang mengkhusus dalam sekuriti siber.Beliau telah menuntut di Universiti Stanford serta Universiti Kebangsaan Singapura untuk Program Siswazah dalam Pengurusan Antarabangsa, dan MBA dari Adelaide, Australia.
"Benjamin telah menunjukkan kepimpinan dan kemahiran jualan yang penting dalam memacu pertumbuhan di rantau Asia Pasifik," kata Kenneth Petersen, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran, Milestone Systems."Kami mengetahui pengalamannya yang luas di APAC akan membolehkannya meningkatkan kemampuan kami dengan signifikan untuk memenuhi keperluan pelanggan secara berkesan dalam pasaran yang pesat membangun ini."
Muat turun gambar-gambar Benjamin Low, Kenneth Petersen dan logo Milestone
Latar Belakang Milestone Systems
Milestone Systems merupakan pemimpin industri global dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, diasaskan pada 1998 dan kini beroperasi sebagai syarikat bebas dalam Canon Group. Teknologi Milestone mudah diurus, andal dan terbukti dalam ribuan pemasangan pelanggan, menyediakan pilihan fleksibel dalam perkakasan rangkaian serta integrasi dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kerjasama di lebih 100 buah negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi untuk mengurus risiko, melindungi orang ramai dan aset, mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.milestonesys.com.
Maklumat Perhubungan Media: Courtney Dillon Pedersen, Pengurus Perhubungan Awam Amerika/APAC, E-mel: cdp@milestonesys.com; Tel. +1-503-719-3439 ; Jos Svendsen, Pengurus Perhubungan Awam EMEA, E-mel: jos@milestone.dk; Tel. +45-28-529-383
SUMBER Milestone Systems