GUANGZHOU, China, 20 Sept., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --
Walaupun masalah ekonomi berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat (US),
angka yang direkodkan pada Pameran Canton ke-111, yang ditutup pada bulan Mei,
menunjukkan daya tahan yang hebat. Hanya berlaku sedikit penurunan
dalam jumlah kontrak eksport, dengan pertumbuhan menggalakkan
dalam perniagaan baharu di seluruh pasaran baharu muncul.
Dengan program pameran kali ke-112 akan dilangsungkan pada 15 Oktober,
para penganjur kini berusaha untuk memastikan trend ini berterusan.
Dasar-dasar kerajaan yang memihak, akan membantu, termasuk insurans kredit
eksport yang lebih baik, serta peningkatan perkhidmatan dalam tukaran asing,
pemeriksaan dan kastam. China mahu menggalakkan import dan pada masa yang
sama menambah baik corak pembangunan perdagangan asing - langkah-langkah ini
disediakan untuk mengekalkan persekitaran perdagangan antarabangsa yang sihat,
yang akan membantu para pembeli dan peserta yang terlibat dalam pameran itu.
Selain daripada pasaran tradisi yang terdiri daripada Eropah dan Amerika,
delegasi dari Pameran Canton akan membuat capaian kepada perniagaan di
Australia, New Zealand, Tonga, India, Kemboja, Thailand, Malaysia dan
Indonesia, dan akan terus bekerjasama rapat dengan pertubuhan-pertubuhan
industri dan perdagangan dari rantau itu.
Pakar mengunjurkan bahawa dagangan dua hala antara China dan sepuluh
negara blok ASEAN, yang memulakan perjanjian perdagangan rasmi pada tahun 2010,
akan mencecah US$500 bilion menjelang tahun 2015. Pada Pameran Canton kali
ke-111, produk seperti tekstil dan elektronik terbukti mendapat sambutan hangat
daripada para pembeli ASEAN. Pengeluar makanan dan minuman dari kawasan seperti
Malaysia juga berminat untuk memanfaatkan peluang dalam pasaran China
menerusi Pavalion Antarabangsa di Pameran Canton.
Dagangan China-Australia juga baik. Menurut Majlis Perniagaan
Australia-China,kedua-dua negara itu mencatatkan kira-kira $113 bilion nilai
dagangan
pada tahun kewangan yang lepas. China kekal sebagai rakan dagang utama
bagi New Zealand ?dengan permintaan China ke atas produk tenusu
sejak kebelakangan ini menyokong lebihan dagangan negara secara menyeluruh.
Rosvi Gaetos, Pengarah Eksekutif CITEM, Pusat Bagi Pameran Perdagangan
dan Misi dari Filipina, melawat Pameran Canton pada April buat
pertama kalinya, Kagum terhadap pelbagai produk yang dipamerkan, beliau
kini tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakan Pameran Canton sebagai
asas untuk memperkenal produk Filipina ke dalam pasaran China.
Dan beliau tidak bersendirian. Di seluruh rantau Asia Pasifik,
dan melepasinya, para pembeli dan penjual juga teruja dengan siri Pameran
Canton kali ke-112 yang berlangsung dari 15 Oktober hingga 4 November 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp
SUMBER : The Canton Fair