omniture

Maraton Kota Raya New York Berlangsung Selamat Dengan Bantuan Rakan Kerjasama

Milestone Systems
2015-04-02 15:00 89

COPENHAGEN, Denmark, 2 April, 2015 /PRNewswire/ --

Rangkaian keselamatan dikongsi gunakan hab pemantauan video Milestone untuk menyepadukan penyelesaian berbilang vendor; 40 agensi tempatan tonton suapan video untuk urus khalayak dan keselamatan pelari.

Perisian pengurusan video (VMS) platform terbuka XProtect® Milestone Systems telah menjadi teras usaha kolaboratif antara pasukan Maraton Kota Raya New York 2014 dan banyak agensi tempatan. Penyelesaian berangkaian itu telah menyepadukan komponen daripada vendor-vendor utama kelengkapan sistem sekuriti IP dan wayarles, termasuk teknologi jarak jauh dan mudah alih yang menyelesaikan isu-isu kritikal untuk memastikan keselamatan pada acara besar-besaran ini.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia ini, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7487151-nyc-marathon-with-partner-power/

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134 )

Bagi ribuan pelari yang menguji had ketahanan fizikal mereka, garisan penamat di Maraton Kota Raya New York TCS melambangkan pencapaian seumur hidup. Bagi mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, garisan penamat yang sama melambangkan cabaran. Pokok-pokok tinggi yang membarisi jalan dan laluan bengkang-bengkok di Central Park tidak memberikan garis pandangan yang jelas, dan pelari kerap terlindung daripada pandangan kakitangan perubatan dan keselamatan yang bertanggungjawab untuk bertindak balas terhadap kecemasan.

Dengan 50,530 penamat dan anggaran 2 juta penonton pada 2014, Maraton Kota Raya New York TCS merupakan acara yang terbesar di dunia. Tata Consulting Services (TCS) merupakan penaja utama acara tersebut tetapi New York Road Runners (NYRR) yang menganjurkannya, seperti yang telah mereka lakukan untuk bertahun-tahun.

NYRR telah mengupah pasukan rakan kongsi industri sekuriti utama yang mantap. VIRSIG LLC mengkonfigurasi dan memasang rangkaian tanpa wayar di dalam dan di sekitar Central Park, termasuk di garisan penamat maraton tersebut. Rangkaian tersebut terdiri daripada kamera pemantauan rangkaian Sony terbaharu, dan pemancar eternet yang disediakan oleh Network Video Technologies (NVT). Komponen-komponen ini dihubungkan dengan nod jalinan tanpa wayar Firetide yang memancarkan data video dan suara secara selamat kepada Pusat Kawalan Perlumbaan yang mana sebuah XProtect® Smart Wall Milestone memaparkan 36 paparan kamera secara serentak. Perisian pengurusan video (VMS) Milestone berfungsi sebagai platform untuk tayangan secara langsung dan rakaman. Centennial Security Integration membantu proses pemasangan bagi mengubah seni bina berbilang nod itu menjadi sistem bersatu yang lancar.

Platform Terbuka Milestone Berfungsi dengan Prestasi Tinggi

Seni bina platform terbuka VMS Milestone membolehkan pengendali mengkonfigurasi dan melaksanakan rangkaian dengan kedalaman dan fleksibiliti untuk menyampaikan kefungsian andal untuk lebih ramai orang di lebih banyak tempat. Enjin IPELA milik kamera rangkaian ultra lebar berjulat dinamik Sony memberikan output, termasuk model tetap dengan analitik video terbina, Pan-Condong-Zum dan pandangan 360 darjah. Kamera-kamera ini diurus dan dipaparkan melalui Corporate VMS XProtect® Milestone yang dibangunkan untuk pemasangan berskala besar dan bersekuriti tinggi. Pusat Kawalan tersebut mempunyai paparan operasi bersepadu pada 55 skrin Smart Wall XProtect®, sementara kakitangan yang berlegar dapat melihat video sambil bergerak menggunakan pelanggan Milestone Mobile.

Glenn Taylor, Pengarah Eksekutif, VIRSIG LLC, berkata: "Platform terbuka Milestone membolehkan kami menyediakan rangkaian dengan ketersediaan tinggi dan berprestasi tinggi berserta sistem pengurusan video berketersediaan tinggi dan juga berprestasi tinggi."

Paparan Operasi yang Bersepadu

Dr. Stuart Weiss merupakan pengarah perubatan bagi New York Road Runners. Pada hari perlumbaan, tugas beliau adalah mengarahkan khemah berhampiran garisan penamat yang berkakitangan penuh sebagai bilik kecemasan. Tujuannya adalah untuk merawat segera seramai mungkin pelari yang memerlukan perhatian perubatan yang tidak dapat dihantar pulang. Weiss berkata kemampuan video tersebut terbukti menjadi bahagian penting dalam kesedaran situasi pasukannya, menyokong pembuatan keputusan melalui paparan garisan penamat, kawasan jalan kaki, Central Park dan pelbagai titik di sepanjang laluan maraton tersebut.

Kebolehan melihat pelari semasa mereka menamatkan perlumbaan membantu pasukannya mengenal pasti mereka yang memerlukan rawatan bilik kecemasan dan jenis penjagaan yang diperlukan untuk kecederaan yang boleh dirawat di khemah tersebut. Bilangan orang yang begitu ramai menjadikannya rumit untuk mengikuti apa yang berlaku semasa pelari-pelari menyejukkan badan dalam perjalanan ke kawasan untuk bertemu semula dengan keluarga dan rakan-rakan. Tambahan pula, tempoh penyejukan badan merupakan masa trauma paling berkemungkinan berlaku.

"Perisian Milestone membantu kami menyepadukan semua suapan kamera ke dalam satu skrin yang mudah kami lihat untuk melihat apa yang berlaku di seluruh kawasan," kata Weiss. "Kami menggunakannya untuk membuat keputusan penting sepanjang hari."

Komander perlumbaan menggunakan pandangannya yang memaparkan kelima-lima khemah perubatan untuk menentukan khemah yang telah mencapai kapasiti penuh dan memerlukan lebih ramai kakitangan perubatan serta khemah yang mampu menerima lebih ramai orang. Pada satu tahap bekalan elektrik terputus pada salah satu tiang di mana kamera dipasang, dan seorang kakitangan teknikal menggunakan pelanggan Milestone Mobile pada telefon pintar untuk menghantar imej dari lokasi tersebut kembali ke pusat kawalan.

Capaian Lebih Besar untuk Keselamatan Lebih Baik

Central Park West merupakan satu lokasi yang agak sukar untuk memasang rangkaian tanpa kemampuan wayarles. Glenn Taylor melaporkan kemampuan platform terbuka Milestone untuk menyokong pelbagai peranti tanpa wayar memberikan pemasangan tersebut capaian yang jauh lebih besar. Beliau menerangkan kebanyakan kelengkapan tanpa wayar memerlukan garis pandangan yang jelas – sesuatu yang jarang ditemui di lokasi yang terkenal kerana jalan yang bengkang-bengkok dan tumbuhan yang padat. VIRSIG mengatasi cabaran itu dengan memasang peranti pemancar tanpa wayar di atas tiang utiliti setinggi 140 kaki untuk menerima isyarat daripada kamera IP yang membawakan data kepada pelayan, yang mana imej-imej tersebut meningkatkan kesedaran situasi keseluruhan maraton tersebut dengan dramatik.

"Jalinan tanpa wayar itu melanjutkan rangkaian ke kawasan yang biasanya tidak dapat dipasang rangkaian," kata beliau. "Kami telah mencipta platform yang dapat dikongsi oleh semua untuk menjadikan maraton ini acara yang lebih selamat dan terjamin."

Tontoni video sekuriti Maraton Kota Raya New York: https://www.youtube.com/watch?v=8am4_ey3TQs&feature=youtu.be

Muat turun imej sekuriti Maraton Kota Raya New York:

http://download.milestonesys.com/PR/installation/NYC-Marathon/

Latar Belakang Milestone Systems

Milestone Systems merupakan pemimpin industri global dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, diasaskan pada 1998 dan kini beroperasi sebagai syarikat bebas dalam Canon Group. Teknologi Milestone mudah diurus, andal dan terbukti dalam ribuan pemasangan pelanggan, memberikan pilihan fleksibel dalam perkakasan rangkaian serta penyepaduan dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kerjasama di lebih 100 buah negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi mengurus risiko, melindungi orang ramai dan aset, mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.milestonesys.com.

Sumber: Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Sporting Events Sports