omniture

Mesyuarat Lembaga Vaksin Antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur

Mesyuarat lembaga membincangkan masa hadapan vaksin untuk kali pertama di Asia
Avas Associates Sdn Bhd
2015-04-02 15:18 715

KUALA LUMPUR, 2 April 2015 /PRNewswire/ -- Lembaga Penasihat Antarabangsa Vaksin (VACCIAB) mengadakan mesyuarat kali pertama mereka di Asia, yang mana sepuluh pakar vaksin paling dihormati dari Malaysia dan dunia membincangkan isu berkisarkan vaksin serta imunisasi di InterContinental Hotel Kuala Lumpur hari ini.

Seated from Left to Right: Dr. Tabassum Khan – Managing Director AJ Pharma Holding Sdn Bhd, Dr. Pierre Morgon - CEO AJ Biologics Sdn Bhd and Sir Roy Anderson - Professor of Infectious Disease Epidemiology at Imperial College London.
Seated from Left to Right: Dr. Tabassum Khan – Managing Director AJ Pharma Holding Sdn Bhd, Dr. Pierre Morgon - CEO AJ Biologics Sdn Bhd and Sir Roy Anderson - Professor of Infectious Disease Epidemiology at Imperial College London.

Ahli-ahli VACCIAB terdiri daripada panel pakar antarabangsa bertaraf dunia daripada pelbagai disiplin dalam pengkhususan vaksin serta imunisasi, termasuk pakar dari Malaysia. Ahli-ahli membincangkan dan mempertimbangkan isu berkisarkan dasat imunisasi berkenaan evolusi imunisasi polio berasaskan kombinasi pediatrik dengan "matlamat akhir" untuk vaksin tradisional semakin menghampiri, selain kemajuan dalam ruang vaksin meningokokus. Matlamat terunggul lembaga penasihat itu adalah untuk menghasilkan kertas kajian yang boleh dirujuki pembuat dasar bagi membentuk jadual imunisasi yang lebih berkesan.

"Mesyuarat ini sendiri membincangkan hujah berasaskan sains dan outputnya masih terkandung dalam skop kesihatan awam. Hari ini, kami menggariskan saranan yang disasarkan bagi menyokong inisiatif kesihatan awam, khususnya di Malaysia," Dr. Pierre Morgon, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Biologics Sdn Bhd. "Vaksinasi merupakan bahagian penting dalam mana-mana dasar kesihatan awam, kerana anda sebenarnya mengambil imunisasi bagi melindungi populasi daripada penyakit yang boleh berjangkit."

Dalam mana-mana negara, pencegahan penyakit adalah penting untuk program kesihatan awam yang berjaya, yang membawa kepada pencegahan penyakit melalui vaksin dan program imunisasi yang berkesan. Kajian telah menunjukkan imunisasi mengurangkan beban penyakit, kecacatan jangka masa panjang dan memberi penjimatan untuk rakyat serta sistem kesihatan sesebuah negara.

Dengan ketersediaan vaksin baharu, satu siri langkah membuat keputusan yang rumit kini diperlukan bagi memilih pilihan pencegahan baharu dan pengukuhan sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhannya. Kadar liputan imunisasi juga merupakan kayu ukur yang baik untuk mengukur kemampuan penjagaan primer sistem kesihatan awam Kerajaan secara keseluruhan.

Kadar imunisasi di Malaysia adalah sangat bagus dengan lebih 95% liputan di serata negara. Jadual imunisasi saranan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan juga adalah terkini dan termasuklah saranan yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia memulakan perkhidmatan vaksinasinya seawal tahun 1956, dan maju dengan pengenalan Program untuk Imunisasi Terluas WHO pada tahun 1972. Sebagai bukti bagi keperluan untuk imunisasi, Malaysia berjaya menghapuskan polio sepenuhnya dan telah diisytiharkan bebas polio oleh WHO pada tahun 2000. Kes terakhir jangkitan polio liar dikesan adalah pada tahun 1977.

Dalam sejarah, vaksin bertanggungjawab mengawal banyak penyakit berjangkit yang dahulunya biasa merebak termasuk polio, campak, difteria, pertusis (batuk kokol), rubela, beguk, tetanus dan influenza Haemophilus Jenis b. Program vaksinasi turut bertanggungjawab untuk penghapusan penyakit cacar, salah satu penyakit paling membinasakan dalam sejarah.

Mesyuarat hari ini menandakan mesyuarat tahunan kedua untuk VACCIAB yang mana mesyuarat sulung mereka telah diadakan di The Institute of Directors di London tahun lalu. VACCIAB ditubuhkan melalui geran penyelidikan dan pendidikan tanpa had oleh AJ Biologics Sdn Bhd. AJ Biologics merupakan anak syarikat milikan penuh AJ Pharma Holding Sdn Bhd, syarikat pelaburan penjagaan kesihatan dan bioteknologi yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Bio-nexus dan program Projek Titik Permulaan (EPP).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Hannah Nawi
Sekretariat VACCIAB
E-mel: hannah@ajbiologics.com
Telefon: +6019 228 3022

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Syuhada Adam
Avas Associates Sdn Bhd
E-mel: avasassocs@gmail.com
Telefon: +6018 2699 412

LAMPIRAN FAKTA

Lembaga Penasihat Antarabangsa Vaksin (VACCIAB) 

Lembaga Penasihat Antarabangsa Vaksin (VACCIAB) merupakan lembaga penasihat bebas dan ditubuhkan melalui geran penyelidikan dan pendidikan tanpa had daripada AJ Biologics pada Mac 2014.

Lembaga Penasihat itu menyasarkan untuk bertindak sebagai jawatankuasa penasihat dan akan menyediakan laporan dan/atau saranan kepada Kerajaan serta badan berkaitan berkenaan industri vaksin, serta program dan strategi imunisasi. Fokus utamanya pada peringkat permulaan adalah Malaysia, dan pada masa hadapan ia bakal merangkumi rantau ini serta seluruh dunia.

Ahli Lembaga Penasihat itu terdiri daripada sekumpulan ahli profesional, dengan cita-cita yang sama untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam vaksin, epidemiologi, dan ekonomi kesihatan bagi manfaat masyarakat secara keseluruhan. Semua ahli membawakan ilmu pengetahuan mendalam dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan vaksin, pembangunan vaksin, penyebaran penyakit, dan kesihatan awam. Ahli telah dipilih berdasarkan sumbangan bermakna kepada industri mereka, serta komitmen yang mantap bagi kemajuan penjagaan kesihatan untuk populasi.

Jawatankuasa ini bersifat sebagai penasihat semata-mata. Namun begitu ia merancang untuk mengadakan perbincangan menyeluruh berkisarkan topik berikut, yang akan membenarkan mereka mengeluarkan kertas putih dan dokumen strategi, yang boleh membantu pembuat dasar dan industri berkenaan program serta strategi imunisasi, dan juga terapi vaksin baharu yang ada.

Bidang yang dibincangkan:

-- Ikutan terkini bagi corak sebaran penyakit

-- Ekonomi kesihatan

-- Beban kos penyakit yang boleh dicegah vaksin

-- Kemajuan atau teknik baharu dalam terapi vaksin

-- Strategi dan program imunisasi berpotensi

-- Peluang berpotensi untuk pembangunan vaksin Halal

-- Perspektif kesihatan awam dan pengambilan vaksin

Ahli Panel VACCIAB 

Dr. Tabassum Khan – Pengarah Urusan AJ Pharma Holding

Dr. Tabassum Khan merupakan Doktor Perubatan yang memegang ijazah sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dalam Kewangan dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Penjagaan Kesihatan. Beliau merupakan perunding strategi tahap tinggi dan pakar yang dihormati ramai dalam bidang pengurusan industri berkaitan penjagaan kesihatan yang cekap dan berkesan di seluruh dunia. Beliau mempunyai pengalaman pengurusan atas selama lebih 20 tahun dalam persekitaran multinasional dan telah mengetuai organisasi dengan rekod prestasi yang sangat memberangsangkan.

Beliau merupakan ketua tutor dan mengadakan sesi tetap tentang Perancangan Strategik, Inovasi, dan Pengurusan Nilai. Di United Kingdom, beliau merupakan ahli Institute of Directors dan Institute of Business Consulting. Kepakaran beliau dalam Pengurusan Nilai bukan sahaja membantu Kerajaan dan organisasi swasta mengoptimumkan operasi, hasil, dan kos mereka tetapi penting dalam mentakrifkan strategi dan dasar jangka masa panjang. Beliau turut merupakan penyampai tetap dalam forum antarabangsa dalam bidang Ekonomi Kesihatan, Diabetes, Hipertensi, Perubatan Translasi, dan Pencegahan Penyakit.

Dr. Pierre A Morgon – Ketua Pegawai Eksekutif AJ Biologics Sdn Bhd

Dr. Pierre A Morgon mempunyai pengalaman selama lebih 26 tahun dalam industri farmaseutikal dan biologi serta dalam IT penjagaan kesihatan, bagi jawatan pemasaran serta operasi. Melalui jawatan tempatan dan global ini, beliau telah mengumpul pengalaman langsung dengan produk pemecah pasaran dalam pelbagai pasaran (penjagaan primer, penjagaan khusus, hospital, vaksin, dan bioteknologi), geografi (AS, Eropah, Jepun, China, India, Pasaran Membangun), dan organisasi.

Kini, beliau merupakan Rakan Kongsi Serantau untuk Switzerland di Merieux Developpement. Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Theradiag sejak Mac 2012, sebuah syarikat yang memfokus kepada diagnostik in vitro dalam keimunan auto, penyakit berjangkit, dan alahan, serta Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Vaksin Eurocine sejak Disember 2013, sebuah syarikat yang berdedikasi untuk membangunkan vaksin hidung.

Beliau memegang ijazah kedoktoran dalam Farmasi daripada Universiti Lyon, Perancis, Ijazah Sarjana dalam Undang-undang Perniagaan daripada Kolej Perundangan Lyon, dan MBA daripada ESSEC, Perancis. Beliau turut merupakan alumni program eksekutif INSEAD, IMD dan MCE.

Jean-Michel Peny

Jean-Michel mempunyai pengalaman luas dalam industri farmaseutikal, serta dalam dunia akademik. Antara kepujian farmaseutikal beliau termasuklah pengalaman selama 7 tahun sebagai Pengurus Besar untuk Servier International dan Novartis Generiques France. Beliau turut menghabiskan 19 tahun dalam khidmat rundingan Strategi dan Pengurusan untuk sektor farmaseutikal dengan syarikat khidmat runding besar seperti Bain & Co, Arthur D. Little, AT Kearney dan ISO Health Care Consulting. Sepanjang kerjaya beliau, Jean-Michel turut mengumpul pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang akademik melalui tugasan mengajar dalam beberapa universiti paling terkemuka di Perancis.

Dato Dr. Nazlee Kamal

Dato Dr. Nazlee Kamal kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), membawakan bersama beliau pengalaman selama lebih 25 tahun dalam sektor farmaseutikal. Sebelum menyertai BiotechCorp, Dr. Nazlee merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pengasas Inno Biologics Sdn Bhd, syarikat pengeluaran biofarmaseutikal dan syarikat diagnostik berasaskan sel. Antara pengalaman beliau dalam sektor farmaseutikal adalah khidmat beliau bersama Amersham Biosciences, Sartorius dan BBraun. Beliau turut berkhidmat selama 10 tahun sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia yang mana beliau membangunkan Program Kejuruteraan Bioproses.

BiotechCorp merupakan agensi di bawah skop Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) dan bertanggungjawab melaksanakan objektif Dasar Bioteknologi Negara.

Sir Roy Anderson

Sir Roy Anderson merupakan Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit di Imperial College London. Beliau telah menghasilkan model sebaran penyakit secara matematik seperti untuk penyakit Creutzfeldt-Jakob varian baharu dan AIDS. Beliau kini merupakan pengerusi lembaga penasihat sains program Penyakit Tropika Terabai WHO, dan merupakan ahli lembaga penasihat Cabaran Besar dalam Kesihatan Global Bill dan Melinda Gates, serta mempengerusikan lembaga penasihat Inisiatif Kawalan Schistosomiasis (SCI) yang dibiayai Yayasan Gates. Beliau merupakan pengarah bukan eksekutif di GlaxoSmithKline. Beliau telah menerbitkan lebih 450 kertas kajian saintifik tentang epidemiologi, biologi populasi, evolusi, dan kawalan pelbagai agen penyakit berjangkit termasuk HIV, BSE, Virus Kaki dan Mulut, vCJD, SARS, denggi, cacing dan protozoa parasit virus serta jangkitan virus dan bakteria saluran pernafasan.

Dr. Michael Clark

Dr. Michael Clark menamatkan pelajaran sebagai Doktor Perubatan daripada Universiti Paris yang mengkhusus dalam Hemotologi, dan sejak itu telah menghabiskan lebih 25 tahun dalam industri Farmaseutikal dan Biofarmaseutikal. Pengalaman perniagaan beliau termasuklah tanggungjawab jawatan kanan dalam pemasaran pengendalian di Eropah dan Negara Baru Muncul, dalam pemasaran strategik seluruh dunia serta dalam pembangunan portfolio vaksin seluruh dunia untuk syarikat farmaseutikal global seperti Servier dan Beecham, SmithKline Beecham serta GSK Biologicals.

Di GSK Biologicals, Dr. Clark bertanggungjawab untuk pemasaran strategik seluruh dunia bagi portfolio produk lengkap GSK Biologicals, yang mana selepas itu, beliau menjadi ketua perniagaan vaksin GSK di Amerika Latin. Dr. Clark menyelia pelancaran global bagi lebih 10 vaksin dan produk bioteknologi inovatif; beliau juga merupakan ketua projek untuk beberapa produk Biofarmaseutikal serta telah menyumbang kepada lebih 20 projek pembangunan selama 15 tahun.

Klaus Hermansen

Klaus Hermansen merupakan seseorang yang jarang ditemui dalam industri vaksin, menggabungkan pengetahuan pengeluaran bertaraf dunia, pemahaman perniagaan mendalam, dan penghargaan daripada segi budaya dengan bekerja di merata dunia. Beliau merupakan rakan kongsi teknologi kanan dalam kumpulan pembangunan perniagaan di NNE Pharmaplan dan mengetuai kumpulan rekaan vaksin syarikat itu.

Klaus memulakan kerjaya beliau di Novo Nordisk, yang mana beliau bertanggungjawab dalam pengeluaran. Kemudian, pada tahun 1987, beliau beralih kepada industri vaksin dan telah memegang jawatan penting dalam rantaian bekalan pengeluaran di Denmark, Belanda, dan di UK.

Klaus menyertai NNE Pharmaplan pada tahun 2005 yang mana beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan kumpulan rekaan dan teknologi vaksin. Beliau merupakan tenaga penting dalam pembangunan strategi penghasilan untuk pelanggan utama di Eropah, AS, dan pasaran membangun, terutamanya China dan India. Beliau merupakan pakar dalam bidang pengeluaran vaksin, rekaan kemudahan, pembendungan biologi (biocontainment), dan teknologi penggunaan tunggal.

Dr. Varaprasad Reddy

Dr Varaprasad mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan serta pengeluaran vaksin dan telah terlibat dalam beberapa projek di India. Dr. Varaprasad merupakan sebahagian daripada pasukan yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan juga pengkomersilan vaksin Hepatitis B r-DNA pertama India. Hasil usaha ini, Dr Varaprasad telah dianugerahkan Anugerah Kebangsaan Padma Bhushan oleh Presiden India bagi usaha beliau membangunkan vaksin mampu milik menentang Hepatitis B melalui usaha asal tempatan bagi memanfaatkan rakyat marhaen dan seterusnya, mewujudkan revolusi bioteknologi di India.

Dato Seri Jamil Bidin

Dato Seri Jamil Bidin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC) pada tahun 2006, dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor korporat. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai Akauntan di Rothmans of Pall Mall Berhad. Sejak itu, beliau telah mengumpul pengalaman meluas dalam pengauditan, kewangan korporat, dan pengurusan kewangan dalam pelbagai jawatan di syarikat tersenarai awam seperti CI Holding Berhad, Arab Malaysian Group dan Malaysian Resources Corporation Berhad. Pada tahun 2002, Dato Seri Jamil telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Putera Capital Berhad, syarikat tersenarai awam papan utama dengan aktiviti dalam pengeluaran, pembinaan, pembangunan harta tanah dan kejuruteraan.  

Profesor Dr. Tin Tin Su

Dr. Tin Tin Su ialah Ketua Pusat Kesihatan Populasi (CePH) yang bertanggungjawab dalam mengkaji bidang seperti ekonomi kesihatan, dasar kesihatan awam, pembiayaan penjagaan kesihatan, epidemiologi sosial, keganasan, dan kesihatan seksual.

Dr. Tin Tin Su memegang kelayakan daripada Institut Perubatan di Yangon serta daripada Universiti Heidelberg, Jerman. Bidang kepakaran Dr. Su ialah Ekonomi Kesihatan (Penilaian ekonomi, pemodelan ekonometrik, kajian ekonomi kesihatan dalam penyakit tidak berjangkit, dan kualiti penjagaan kesihatan)

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150401/8521502084

Source: Avas Associates Sdn Bhd
Keywords: Health Care/Hospital Trade show news