BURLINGTON, Vermont, 2 April 2015 /PRNewswire/ -- Ello, rangkaian sosial disokong komuniti revolusioner, mengumumkan pelancaran Ello Beta V2 hari ini, dan serentak dengan itu menyempurnakan pusingan pembiayaan $5 juta baharu daripada Foundry Group, Techstars Ventures, dan FreshTracks Capital.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150401/195978
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150401/195977
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150401/195979
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/178657LOGO
"Ello Beta V2 mendefinisikan semula sepenuhnya pengalaman rangkaian sosial, dengan pemaparan imej & pelayaran berskrin penuh, serta antara muka yang bertindak dan juga berfungsi lebih seperti sebuah aplikasi daripada laman sesawang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ello Paul Budnitz.
Ciri-ciri baharu termasuk pelayaran dan navigasi skrin penuh, carian diperluas, penemuan dipertingkat, penyuntingan tarik & letak, draf, penerbitan beraneka dan banyak lagi. Integrasi CodePen membenarkan pembangun dan penggiat hobi untuk menulis aplikasi sesawang dan memasukkannya terus ke dalam paparan Ello mereka.
Perubahan teknikal di sebalik Ello V2 juga menyediakan latar untuk pengeluaran pantas lebih banyak ciri, termasuk mesej peribadi, kumpulan persendirian, dan sukaan. Aplikasi mudah alih Ello untuk iOS dan Android juga akan tiba pada musim bunga ini, dan akan mencerminkan antara muka sesawang inovatif Ello V2, dengan penekanan terhadap rekaan yang kemas dan cantik serta pelayaran skrin penuh.
"Kami mendengar keinginan komuniti kami dan itu membantu Ello berkembang pesat secara dalaman dan luaran," kata Ketua Pegawai Perolehan Bersama Ello Lucian Fohr. "Ciri baharu dan aplikasi mudah alih yang akan tiba pada musim bunga ini hanya akan menambah kepada kemampuan orang ramai untuk berhubung dengan mereka yang berkongsi minat yang serupa, mencari rakan sedia ada, dan menemui rakan baharu di Ello."
Dengan jutaan orang di rangkaian tersebut, Ello terus memperkembangkan pengguna dan pelibatan dengan pesat.
"Kami telah melihat komuniti mikro yang begitu aktif muncul di Ello sekitar subjek seperti kewangan, seni, fotografi, dan grafiti. Kami telah membina platform yang mengalu-alukan semua tahap pelibatan -- daripada profesional tertinggi kepada penggiat hobi serta mereka yang mempunyai minat yang lebih kasual," kata Budnitz.
Pusingan pembiayaan terbaharu sebanyak $5 juta itu membawakan jumlah keseluruhan dikumpul dalam tempoh enam bulan lalu kepada $11 juta.
"Kami amat teruja dengan momentum berterusan di Ello. Ini merupakan syarikat yang perniagaannya benar-benar akan mengubah dunia," kata Mark Solon, rakan kongsi pengurusan di Techstars Ventures, yang akan menyertai pengarah Foundry Seth Levine dalam lembaga pengarah Ello.
Ello merupakan syarikat korporat faedah awam untuk keuntungan (PBC) dengan piagam yang menjamin Ello tidak akan menjual iklan pihak ketiga atau maklumat pengguna.
"Komuniti Ello sedang memimpin revolusi dalam cara orang ramai berhubung," kata Budnitz, "yang mana orang ramai boleh menjadi sesiapa sahaja yang mereka ingini, dan juga kualiti, kecantikan serta positiviti dihargai dan bukannya pengiklanan, manipulasi, dan eksploitasi."
Lihat Piagam PBC Ello.
Lihat Manifesto Ello.
Latar Belakang Ello
Ello merupakan rangkaian sosial revolusioner yang mengubah cara orang ramai berhubung -- tanpa iklan, manipulasi, dan eksploitasi. Rekaan Ello yang cantik dan kemas menyokong komuniti kreatif global yang membolehkan orang ramai menjadi sesiapa yang mereka ingini.
Sebagai syarikat korporat faedah awam, Ello tidak akan menjual iklan atau maklumat pengguna.
Wakil Perhubungan Awam:
Brittany LaValley
press@ello.co
+1-802-557-0571