omniture

Persembahan Peabo Bryson Secara Langsung akan Diadakan di Genting

16 Mei 2015, Arena of Stars
Genting Malaysia Berhad
2015-04-06 00:23 263

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 6 April 2015 /PRNewswire/ -- Bersedialah untuk masa penuh sensasi bersama penyanyi dan penulis lagu, penerbit serta komposer popular Peabo Bryson di Resorts World Genting pada Mei ini! Peabo bakal menghiburkan peminatnya untuk persembahan satu malam sahaja di Arena of Stars, pada 16 Mei 2015 (Sabtu), mulai 8.30 malam.

Peabo Bryson
Peabo Bryson

Peabo Bryson terkenal kerana menyanyikan balada rock lembut dan sering berduet dengan penyanyi wanita, antaranya "What You Won't Do For Love" dengan Natalie Cole dan Roberta Flack dalam "Tonight, I Celebrate My Love" yang merupakan antara hits terkenal beliau yang memberikan beliau jolokan "Raja balada" pada tahun 80an.

Sumbangannya kepada runut bunyi beberapa filem animasi Disney seperti "Beauty and the Beast" daripada Beauty and the Beast, dengan Celine Dion serta "A Whole New World" daripada Aladdin, dengan Regina Belle, bukan sahaja menjadikannya terkenal di seluruh dunia, tetapi juga memenangi Anugerah Grammy bagi Penghibur Pop Terbaik pada 1992 dan 1993.

Dapatkan tiket anda sekarang untuk persembahan hebat oleh "Raja balada" ini. Tiket-tiket berharga RM 318 (VVIP), RM 248 (VIP), RM 188 (PS1), RM 148 (PS2) dan RM 100 (PS3). Diskaun 10% akan diberikan kepada semua Ahli Genting Rewards, yang boleh digunakan untuk semua skala harga. Jadilah ahli Genting Rewards sekarang dan nikmati diskaun eksklusif bagi persembahan di sini. Pendaftaran adalah mudah dan ia PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2718 1118 atau lawati www.rwgenting.com.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi wakil-wakil berikut:

* Nama-nama di bawah adalah untuk tujuan editorial sahaja dan tidak perlu diterbitkan.

Michelle Wong, Penolong Pengurus Hubungan Media

603 – 6105 9508

Eng Lee See, Eksekutif Kanan Hubungan Media

603 – 6105 9607

Nur Darwisyah, Eksekutif Hubungan Media

603 – 2333 6679

Marcus Mok, Eksekutif Hubungan Media

603 – 6105 9608

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150403/8521502135

Source: Genting Malaysia Berhad
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Music