omniture

Pameran ALEEX ke-3 di Guangzhou bakal Dapatkan Slot Masa Keemasan Penyumberan pada April

Mega Expo (Hong Kong) Limited
2015-04-08 09:00 94

HONG KONG, 8 April 2015 /PRNewswire/ -- Memanfaatkan peluang perniagaan meluas dalam industri perkakas rumah, pencahayaan dan elektronik di kedua-dua pasaran China dan global, edisi ke-3 ALEEX yang menampilkan perkakas rumah, pencahayaan dan produk elektronik pengguna buatan Asia akan berlangsung di Guangzhou, China mulai 14-17 April 2015 di Poly World Trade Expo Center, Pazhou.

Produk-produk yang dipamerkan bagi kategori PERKAKAS RUMAH termasuk: Perkakas Rumah, Kelengkapan Penyaman Udara & Pengudaraan, Perkakas Dapur & Bilik Mandi, Perkakas Membersih Rumah, Produk Penjagaan Kesihatan Elektrik, dan Perkakas Jimat Tenaga.

Sektor PENCAHAYAAN akan menampilkan Pencahayaan Komersial, Hiasan, Kediaman dan Luar, Pencahayaan LED dan Eco terkini serta Aksesori Pencahayaan.

ELEKTRONIK PENGGUNA akan meliputi rangkaian luas peranti dan alat elektronik: Produk Audio-Visual, Produk Pengimejan Digital, Elektronik Peribadi, Elektronik Perubatan & Penjagaan Kesihatan, Produk Sekuriti Elektronik, Elektronik Eco & Jimat Tenaga, Permainan Elektronik & Hiburan, Produk Telekomunikasi, Peranti & Aksesori Elektronik Pintar, Aksesori Telefon Pintar, Produk Komputer dan Periferal, Paparan LCD, Pencetakan 3D, Elektronik Auto, serta Alat Ganti & Komponen.

Selepas kejayaan dua sesi yang lalu pada April dan Oktober 2014, Pameran Perkakas Rumah, Pencahayaan & Elektronik ALEEX 2015 akan diadakan lebih besar, dengan lebih 250 pempamer dari Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Tanah Besar China di 350 gerai pameran akan menunjukkan inovasi terkini mereka. Pameran itu terus menaik pedagang dan pembeli dari luar negara serta setempat daripada pasaran domestik China yang pesat membangun, menyediakan platfom penyumberan langsung untuk bertemu pembekal berkualiti dari seluruh Asia.

Dijadualkan untuk berlangsung semasa tempoh pembelian puncak pada April dan Oktober, ALEEX menjadi perhatian sebilangan besar pembeli antarabangsa, yang berhimpun di daerah Pazhou di Guangzhou untuk Fasa 1 Pesta Canton.

Lokasi ALEEX, Poly World Trade Expo Center, hanyalah beberapa langkah dari tapak Pesta Canton, memberikan kemudahan kepada pembeli untuk mengunjungi kedua-dua pameran pada masa yang sama.

Acara dua kali setahun itu telah menjadi acara tetap bagi musim penyumberan musim bunga dan musim luruh di Guangzhou, memenuhi keperluan pembeli antarabangsa dan perniagaan tanah besar China tempatan untuk meluaskan hubungan serta pembekal dari Asia dalam industri perkakas rumah, pencahayaan dan juga elektronik pelanggan.

Wakil:
Cik Linda Chan, Pengurus Pemasaran
Mega Expo (Hong Kong) Limited
linda.chan@mega-expo.com
+852-3588-9688

Source: Mega Expo (Hong Kong) Limited
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Trade show news