omniture

Penyedia Perkhidmatan Logistik Global Dimerco Urus Operasi Usaha Sama Baharu India Pada Oktober

Dimerco Express Group
2012-10-09 08:00 235

TAIPEI, 9 Okt, 2012 /PRNewswire/ -- Dimerco Express Group, syarikat penyedia logistik global, mengumumkan mengenai pelancaran rasmi usaha samanya di India - Dimerco Express (India) Pvt. Ltd. berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2012, menandakan kejayaan penting strategi peluasan baharu rangkaiannya di negara yang pasarannya pesat membangun. Usaha sama baharu itu bermatlamat menyediakan perkhidmatan terus kepada para pelanggan tempatan, serta menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih sempurna bagi membantu pelanggan merancang rangkaian strategik di peringkat global. Dimerco terus mengukuhkan organisasi dan rangkaian perkhidmatan pemasaran di Asia Pasifik, China, Amerika Utara, Eropah & Oceania dan pada masa yang sama memasuki pasaran yang pesat membangun di negara seperti India dan Brazil.

Kewujudan usaha sama baharu India

Usaha sama baharu yang bermula menerusi pakatan agensi, diikuti penubuhan pejabat-pejabat perhubungan Dimerco (2007 hingga 2011), dan akhirnya pembukaan Dimerco JV Company. Menerusi pelbagai perkhidmatan fungisan penuh, daripada penghantaran hadapan kargo laut dan udara antarabangsa, khidmat gudang, pengedaran kepada broker kastam, dan menerusi pejabat utama yang terletak di Bangalore, Dimerco Express (India) juga menawarkan perkhidmatan di Chennai, Delhi, dan sebuah lagi pejabat yang akan dibuka di Mumbai. Pengurus Besar, Kapten Chellappa, yang bertanggung jawab terhadap keseluruhan P&L (Untung & Rugi) di India, berkata:  "Kami gembira bekerja bersama-sama dengan para pelanggan kami secara langsung dan menyasarkan untuk menawarkan mereka perkhidmatan logistik yang paling kompetitif."

Penyedia perkhidmatan logstik Global dengan jejak kelestarian

Beribu pejabat di Taiwan yang ditubuhkan pada tahun 1971, Dimerco memberi tumpuan terhadap mengoperasikan "penyelesaian kedai sehenti" dan perkhidmatan logitik yang lancar kepada para pelanggan globalnya: dan pada masa yang sama membangunkan pelan tindakan lestari menerusi usaha menglobalisasikan rangkaian logistiknya, dengan menawarkan kepelbagaian produk perkhidmatan selain menaik taraf sistem teknologi maklumatnya yang berasaskan Web 2.0 yang dikenali sebagai "Dimerco Value Plus System(C)".

Unjuran kehadapan dengan penuh keyakinan

Pada masa ini Dimerco menawarkan perkhidmatan trak merentas sempadan di negara anggota ASEAN (antara Singapura, Malaysia dan Thailand), bersama-sama dengan peluasan rangkaian trak yang akan dilaksanakan hingga ke China, selain penyepaduan perkhidmatan laut dari Singapura ke Amerika Syarikat. Menerusi peluasan liputannya di India serta kepelbagaian seterusnya perkhidmatan yang ditawarkan, Dimerco menyasarkan untuk menjadi syarikat penyedia erkhidmatan logistik dan pengangkutan global yang paling kompetitif.

Sila layari http://www.dimerco.com/dimerco/en/ for more information.

SUMBER :  Dimerco Express Group

Source: Dimerco Express Group
Keywords: Air Freight Transportation Corporate Expansion Joint ventures