MUNICH, 8 April 2015 /PRNewswire/ -- ET Solar, penyedia penyelesaian tenaga pintar utama, mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, ET Solutions AG telah dipilih untuk menyediakan perkhidmatan EPC siap guna untuk loji kuasa solar 50MWp di Israel, bersama rakan kongsi tempatan G-Systems dan El-Mor Group.
Projek tersebut terletak 20 km ke barat laut bandar pelabuhan purba Ashkelon dan akan dibina di atas 60 hektar tanah separa gurun. Kemudahan kuasa solar baharu ini dijangka akan dihubungkan kepada grid menjelang hujung tahun ini, dan menjana lebih 85,000 megawatt jam tenaga bersih setiap tahun, cukup untuk mengurangkan anggaran 50,000 tan karbon dioksida daripada atmosfera setiap tahun.
ET Solar akan menyediakan khidmat penuh termasuk pengurusan projek, reka bentuk elektrik, reka letak loji, pembelian, kawalan kualiti, penyeliaan pembinaan dan perkhidmatan pentauliahan. Selepas pentauliahan, ET Solar juga akan bertindak sebagai penyedia khidmat operasi & penyelenggaraan dengan rakan-rakan kongsinya.
En. Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Solar, berkata, "Ini merupakan loji kuasa solar terbesar yang pernah kami bina di Timur Tengah setakat ini. Ia menunjukkan kemampuan kami untuk merancang dan melaksanakan setiap peringkat projek kuasa solar berskala besar, daripada EPC ke O&M. Kami berbangga menyampaikan tenaga solar yang bersih, berpatutan dan andal kepada pasaran Israel, yang kini amat bergantung kepada hidrokarbon."
"Projek solar itu hadir berikutan pencapaian tahun lalu, yang melibatkan penyempurnaan loji kuasa solar 7.8 MWp dan satu kontrak untuk projek 40 MWp. Kami berbesar hati untuk menyatakan, bersama rakan kongsi tempatan kami, kami telah menjadi kontraktor EPC terbesar di Israel untuk projek-projek berskala utiliti."
Latar Belakang ET Solar
ET Solar merupakan penyedia penyelesaian tenaga pintar utama. Dengan teknologi solar inovatif dan penyelesaian kewangan tersuai, ET Solar menyediakan penyelesaian sehenti yang profesional di seluruh pusingan hayat loji kuasa solar termasuk pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan serta operasi & penyelenggaraan. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang ET Solar dan ET Solutions AG, sila lawati http://www.etsolar.com dan www.etsolutions.de.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Eric Zhang
Tel: +86 25 8689 8098 ext.9011 / +86 136 4518 8386
Faks: +86 25 8689 8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com
SUMBER ET Solar Energy Corp