omniture

The Economist Group Lancarkan Aplikasi Dwibahasa Cina-Inggerisnya yang Pertama The Economist Global Business Review

Sebuah aplikasi baharu yang menerokai trend global utama dalam perniagaan, kewangan dan teknologi - sentiasa dengan titik pandangan yang kukuh.
The Economist Group
2015-04-08 20:09 357

HONG KONG, 8 April 2015 /PRNewswire/ -- The Economist Group hari ini dengan rasminya melancarkan aplikasi digital baharu The Economist Global Business Review yang menumpukan untuk menyampaikan analisis bermaklumat tentang trend global dalam perniagaan, kewangan dan teknologi. Sebagai yang pertama dalam siri penawaran berbahasa tempatan yang dirancang, aplikasi dwibahasa Cina-Inggeris itu membolehkan The Economist Group mencapai kumpulan pemimpin perniagaan global baharu dalam pasaran seperti tanah besar China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura. The Economist Global Business Review merupakan produk dwibahasa pertama menampilkan kandungan Economist  yang ditawarkan dalam sejarah 171 tahun terbitan mingguan itu. Menyedari pemimpin perniagaan paling berpengaruh masa kini berada di seluruh dunia, The Economist Global Business Review menghapuskan halangan untuk membawa semangat kewartawanan bebas dan perspektif yang peka kepada khalayak yang lebih luas, pada awalnya dalam bahasa Cina, dan kemudian berkembang kepada bahasa-bahasa lain pada masa akan datang.

The Economist Global Business Review
The Economist Global Business Review

Disusun oleh pengarang di The Economist Group, The Economist Global Business Review menampilkan kandungan berita pilihan terbaik bagi perniagaan, kewangan dan teknologi daripada akhbar mingguan itu, yang telah diterjemahkan kepada tahap tertinggi untuk mengekalkan nuansa gaya teks asal. Sepuluh (10) artikel diterbitkan pada permulaan pada awal bulan; selepas itu, satu artikel harian diterbitkan setiap hari bekerja untuk jumlah keseluruhan 30 artikel sebulan.

Aplikasi dwibahasa itu berfungsi sama ada dalam bahasa Inggeris-Cina Ringkas atau bahasa Inggeris-Cina Tradisional dan tersedia untuk telefon pintar serta tablet iOS dan juga Android. "Bahasa Cina merupakan pilihan semula jadi sebagai bahasa pertama untuk kami pilih apabila melancarkan produk dwibahasa baharu ini, dengan capaian global berkembang syarikat dan diaspora China," kata Tom Standage, Timbalan Pengarang The Economist. "Selama beberapa tahun kami telah mengenepikan idea edisi bahasa asing memandangkan ia terlalu mahal dan tidak praktikal. Namun, kebangkitan teknologi digital mengubah permainan. Kini, kami dapat menyampaikan kandungan dengan pantas dan tanpa sekatan kos penerbitan bercetak."

Tim Pinnegar, Penerbit dan Pengarah Urusan di The Economist Group Asia-Pasifik berkata: "Menawarkan kandungan unik kami dalam bahasa tempatan membuka pasaran yang baharu sepenuhnya kepada kami yang tidak dapat kami masuki sebelum ini. Strategi pertumbuhan kami sepanjang lima tahun akan datang adalah berfokus khusus terhadap menarik pembaca baharu dan memanfaatkan inovasi dalam penawaran produk serta perkhidmatan."

Meneruskan estetika reka bentuk minimalistik The Economist, antara muka ringkas dan intuitif aplikasi itu membolehkan pertukaran mudah antara bahasa. Aplikasi itu juga menampilkan simpanan berkuasa (artikel dapat diarkib sehingga 12 bulan) untuk memudahkan pembacaan luar talian.

The Economist Global Business Review disediakan secara percuma untuk bulan April dan Mei, ihsan penaja pelancaran, Hyundai. Wonhong Cho, Ketua Pegawai Pemasaran Hyundai Motor Company berkata, "Kami berbesar hati menaja pelancaran aplikasi dwibahasa baharu ini daripada The Economist Group dan berharap aplikasi ini dapat mengilhamkan pemikiran serta kemungkinan baharu dalam komuniti perniagaan China di seluruh dunia."

Pada masa ini, pembaca dapat memuat turun aplikasi tersebut dan mengalami antara muka ringkas serta kandungan menarik secara percuma. Aplikasi ini tersedia di Apple App Store, Google Play, dan beberapa gedung Android bebas di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang kami  www.TEGBR.com

Latar Belakang The Economist Group

Beribu pejabat di London, The Economist Group merupakan sumber utama bagi analisis perniagaan antarabangsa dan hal ehwal sedunia. Penerbitan dan perkhidmatannya termasuklah The Economist, Economist Intelligence Unit (EIU), Intelligent Life dan CQ Roll Call. Kumpulan tersebut menyampaikan maklumat dalam pelbagai format, daripada akhbar dan majalah kepada persidangan serta perkhidmatan elektronik. Merentasi kesemua produk dan perkhidmatannya, Kumpulan itu terkenal kerana objektiviti pendapatnya, keaslian maklumat serta analisis terperinci bagi isu-isu penting.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150407/0861502669

SUMBER The Economist Group

Source: The Economist Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Magazines Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services