SINGAPURA dan TORONTO, 9 April 2015 /PRNewswire/ -- DBS Bank Ltd dan Manulife Financial Asia Limited dengan sukacitanya mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian pengedaran serantau untuk 15 tahun yang merangkumi empat pasaran yang sama penting, iaitu Singapura, Hong Kong, China dan Indonesia. Perjanjian yang ditandatangani hari ini bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2016.
Perkongsian model insurans hayat bank eksklusif yang baharu ini akan menggabungkan francais perbankan Asia unggul, DBS, bersama kepakaran insurans dan pengurusan harta Manulife, peneraju global dengan komitmen jangka masa panjang terhadap Asia. Dalam empat pasaran itu, kumpulan pelanggan DBS yang besar dan berkembang, yang terdiri daripada enam juta pelanggan peruncitan, harta, serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan mendapat akses kepada penyelesaian insurans hayat dan juga kesihatan Manulife yang terbaik dalam kategorinya, melalui jaringan luas bank itu sebanyak lebih 200 cawangan dan tenaga jualannya seramai lebih 2,000 ahli profesional, selain melalui platform perbankan internet serta mudah alihnya.
Membawa kepada persetujuan dengan Manulife itu, DBS sebelum itu telah menjalankan proses pemilihan rakan kongsi insurans secara menyeluruh, yang menarik minat daripada beberapa pemberi khidmat insurans terkemuka rantau serta antarabangsa. Proses itu telah mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk tumpuan pelanggan, kepakaran, rekod prestasi pelaksanaan dan potensi untuk penciptaan nilai jangka masa panjang.
Manulife merupakan penyedia terkemuka untuk penyelesaian insurans dan pengurusan harta. Ia merupakan pemberi khidmat insurans hayat keenam terbesar1 di dunia, dengan rekod prestasi selama 118 tahun di Asia, dan lebih enam juta pelanggan merentasi 12 pasaran dalam rantau itu. Manulife mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1898 dan merupakan penyedia insurans hayat terkemuka untuk penyelesaian persaraan dan harta di Hong Kong2, yang mana ia menjalankan operasinya pada tahun 1897.
________________________________ |
1 Sumber: 2000 Syarikat Terkemuka Global Forbes - 7 Mei 2014 |
2 Towers Watson MPF Express: setakat 30 September 2014 |
Perkongsian ini dijangka bakal membawa manfaat yang signifikan kepada kedua-dua pihak:
Ketua Pegawai Eksekutif DBS Piyush Gupta berkata: "Model insurans bank merupakan fokus penting untuk DBS dan bahagian yang penting untuk usul nilai pelanggan keseluruhan kami. Tumpuan pelanggan yang mantap serta komitmen tinggi Manulife terhadap Asia adalah sejajar dengan wawasan kami. Kami sudah pun bekerjasama dengan Manulife di Singapura, Hong Kong serta Indonesia, dan tidak lama lagi bakal menjadi rakan kongsi model insurans bank rantau mereka yang terpenting dan juga rakan kongsi model insurans bank mereka yang terbesar di dunia. Kami secara bersama, tidak sabar-sabar lagi untuk menambahkan kelajuan momentum yang telah kami capai bagi model insurans bank."
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Donald A. Guloien berkata: "Kami gembira kerana terpilih menjadi rakan kongsi model insurans bank DBS dalam empat pasaran penting di Asia. DBS merupakan organisasi yang hebat, dengan rekod prestasi unggul serta masa hadapan yang cemerlang. Kami cukup kenal dengan DBS, dan mahu menjadi bahagian yang penting dalam kejayaan berterusan mereka sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia. Persetujuan 15 tahun ini dibina berdasarkan hubungan sedia ada kami yang berjaya dengan DBS. Ia mempercepatkan pertumbuhan kami di Asia, mengukuhkan dan mempelbagaikan perniagaan insurans kami, serta memberi kami akses kepada lebih ramai pelanggan."
Domenic Fuda, Timbalan Ketua Kumpulan Perbankan Pengguna & Pengurusan Harta DBS berkata: "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Manulife, sebuah syarikat insurans terkemuka di Asia. Kami lihat banyak peluang pelengkap bagi menyediakan pelbagai produk perlindungan dan simpanan terkemuka kepada para pelanggan kami, membantu individu serta keluarga mendapat ketenangan apabila bercakap soal perlindungan kesihatan dan simpanan persaraan."
Roy Gori, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Asia berkata: "Kekuatan dan wawasan DBS serta Manulife adalah saling melengkapi, terutamanya fokus terkongsi kami untuk menyediakan pengalaman luar biasa kepada para pelanggan kami. DBS menawarkan kemampuan pengedaran yang sangat menarik, kumpulan pelanggan yang luas, dan kemampuan model insurans bank yang terbukti. Kami teruja dengan prospek untuk memperluaskan hubungan kami ini."
Melalui perjanjian itu, pembayaran pendahuluan akan dibuat oleh Manulife kepada DBS sebanyak AS$1.2 bilion3, yang akan dibiayai Manulife menggunakan sumber dalaman. Bayaran ini akan dilunaskan oleh kedua-dua pihak dalam tempoh 15 tahun. Pembayaran berubah yang berterusan akan turut dibuat, berdasarkan kejayaan perkongsian itu, dan Manulife menjangka persetujuan itu akan menambah kepada Pendapatan Sesaham (EPS) Utama pada tahun 2017. Bayaran awal untuk persetujuan serantau ini dijangka akan mengurangkan nisbah modal kawal selia4 Manulife sebanyak 10 mata pada atau sebelum 1 Januari 2016.
Pembentangan slaid boleh didapati di www.manulife.com/investorrelations
3 Bayaran awal sebanyak SGD 1.6 bilion telah ditukarkan kepada USD pada 0.7351 USD/SGD (Sumber: Bloomberg setakat 7 April 2015) |
4 Merujuk kepada nisbah Modal Berterusan Minimum dan Keperluan Lebihan The Manufacturers Life Insurance Company |
Latar Belakang DBS
DBS – Living, Breathing Asia
DBS merupakan kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia, dengan lebih 250 cawangan merentasi 17 pasaran. Beribu pejabat dan disenaraikan di Singapura, DBS mempunyai kehadiran yang semakin meluas dalam tiga paksi pertumbuhan penting Asia: Tanah Besar China, Asia Tenggara, dan Asia Selatan. Kedudukan terunggul bank itu, serta pemeringkatan kredit "AA-" dan "Aa1", merupakan antara yang tertinggi dalam Asia Pasifik. DBS telah diiktiraf untuk kepimpinannya dalam rantau itu, setelah dinobatkan sebagai "Bank Terbaik Asia" oleh The Banker, ahli kumpulan Financial Times, dan "Bank Terbaik Asia Pasifik" oleh Global Finance. Bank itu juga telah diiktiraf sebagai "Bank Paling Selamat di Asia" oleh Global Finance selama enam tahun berturut-turut sejak tahun 2009 sehingga 2014.
DBS menyediakan pelbagai perkhidmatan penuh dalam aktiviti perbankan pengguna, perusahaan kecil dan sederhana (SME), serta korporat di seluruh Asia. Sebagai bank yang ditubuhkan dan dimajukan di Asia, DBS memahami selok-belok menjalankan perniagaan dalam pasaran paling dinamik di rantau ini. Pandangan pasaran dan keterhubungan rantau ini telah membantu memacu pertumbuhan bank itu sambil ia mempersiapkan diri sebagai bank pilihan Asia. DBS komited untuk membina hubungan berkekalan dengan pelanggannya, dan memberi impak positif kepada masyarakat dengan membantu perusahaan sosial, sambil menjalankan urusan perbankan dalam cara Asia. Ia juga telah menubuhkan yayasan bernilai SGD 50 juta bagi mengukuhkan usaha tanggungjawab sosial korporatnya di Singapura dan seluruh Asia.
Dengan rangkaian pengendalian yang luas di Asia dan penekanan terhadap usaha melibatkan serta memperkasakan kakitangannya, DBS memberikan peluang kerjaya yang mengujakan. Bank itu mengiktiraf semangat, komitmen, dan sikap yakin diri dalam kesemua 21,000 orang kakitangan kami, mewakili lebih 40 kerakyatan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.dbs.com
Latar Belakang Manulife
Manulife merupakan kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka yang berpangkalan di Kanada dengan pengendalian utama di Asia, Kanada, dan Amerika Syarikat. Kumpulan itu beroperasi sebagai John Hancock di A.S. dan sebagai Manulife di negara-negara lain di dunia. Mereka menyediakan penyelesaian yang kukuh, andal, diyakini, dan berpandangan jauh untuk keputusan kewangan signifikan pelanggan mereka. Jaringan kakitangan, ejen, dan rakan kongsi pengedaran antarabangsa mereka menawarkan perlindungan kewangan serta produk dan perkhidmatan pengurusan harta kepada jutaan pelanggan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pengurusan aset kepada pelanggan berinstitusi. Aset bawah pengurusan Manulife serta anak-anak syarikatnya bernilai kira-kira C$691 bilion (AS$596 bilion) setakat 31 Disember 2014.
Manulife Financial Corporation berdagang sebagai 'MFC' di papan TSX, NYSE dan PSE, serta sebagai '945' di papan SEHK. Manulife boleh ditemui di internet melalui manulife.com
Peringatan berkenaan kenyataan jangkaan
Dari masa ke masa, Manulife membuat kenyataan jangkaan bertulis dan/atau lisan, termasuk dalam dokumen ini. Selain itu, wakil kami mungkin akan membuat kenyataan jangkaan secara lisan kepada juruanalisis, pelabur, pihak media, dan lain-lain. Semua kenyataan seperti itu dibuat menurut peruntukan "perlindungan selamat" undang-undang keselamatan wilayah Kanada dan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta A.S. 1995.
Kenyataan jangkaan dalam dokumen ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berkenaan kesan dijangka daripada persetujuan itu ke atas strategi, pengendalian, dan prestasi kewangan Manulife, termasuk pendapatan sesaham utama (EPS Utama) serta nisbah Modal Berterusan Minimum dan Keperluan Lebihan (MCCSR) untuk The Manufacturers Life Insurance Company.
Kenyataan jangkaan ini juga berkait dengan, antara lainnya, objektif, matlamat, strategi, niat, rancangan, kepercayaan, jangkaan, dan anggaran Manulife, serta secara amnya boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "akan", "menjangka", "berniat", dan perkataan serta ungkapan yang membawa maksud yang sama, dan termasuklah kenyataan berkenaan keputusan masa hadapan yang mungkin atau diandaikan. Walaupun Manulife percaya jangkaan yang digambarkan dalam kenyataan jangkaan tersebut adalah munasabah, kenyataan tersebut melibatkan risiko serta ketidakpastian, dan kebergantungan tidak berasas tidak sepatutnya diletakkan pada kenyataan itu dan tidak patut ditafsirkan sebagai mengesahkan pasaran atau jangkaan juruanalisis dalam apa cara sekalipun.
Sesetengah faktor atau andaian penting telah digunakan semasa membuat kenyataan jangkaan, termasuk anggaran untuk EPS Utama, jumlah jualan dijangka, dan nisbah MCCSR serta keputusan sebenar mungkin berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan seperti itu. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada jangkaan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada: keadaan perniagaan dan ekonomi am (termasuk tetapi tidak terhad kepada prestasi, turun naik, dan hubungan pasaran ekuiti, kadar faedah, sebaran kredit dan pertukaran, kadar mata wang, kerugian dan keingkaran pelaburan, kecairan pasaran, dan kepercayaan kredit penjamin, penanggung insurans semula dan pihak lain); perubahan dalam undang-undang dan peraturan; perubahan dalam piawaian perakaunan; kemampuan kami untuk melaksanakan perancangan strategik dan perubahan kepada rancangan strategik; kemampuan kami untuk mengekalkan reputasi kami; kekurangan muhibah atau aset tidak ketara atau penetapan peruntukan terhadap aset cukai masa hadapan; ketepatan anggaran berkaitan dengan morbiditi, kematian dan kelakuan pemegang polisi; ketepatan anggaran lain yang digunakan dalam menggunakan polisi perakaunan dan kaedah aktuari; tahap persaingan dan penggabungan; kemampuan kami untuk memasarkan dan mengedarkan produk melalui saluran pengedaran semasa dan masa hadapan, termasuk saluran model insurans bank yang berkaitan dengan persetujuan ini; ketepatan maklumat yang diterima daripada pihak sejawat dan kemampuan pihak sejawat memenuhi tanggungjawab mereka; prosiding perundangan dan kawal selia, termasuk audit cukai, litigasi cukai, atau prosiding mirip; kemampuan kami untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan kepada pasaran yang berubah; kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan eksekutif, kakitangan, dan ejen penting; penggunaan dan pentafsiran sesuai model kompleks atau kekurangan dalam model yang digunakan; risiko politik, perundangan, pengendalian, dan risiko lain yang berkaitan dengan pengendalian bukan Amerika Utara kami; kegagalan merealisasikan beberapa atau semua faedah yang dijangka daripada persetujuan itu, termasuk jumlah jualan yang dijangka dan keuntungan jualan yang dijana; gangguan atau perubahan terhadap unsur penting sistem prasarana Manulife atau awam; dan kemampuan kami untuk melindungi harta intelek kami dan pendedahan terhadap tuntutan pencabulan.
Maklumat tambahan tentang faktor risiko penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada jangkaan dan berkaitan faktor atau andaian penting yang digunakan semasa membuat kenyataan jangkaan boleh ditemui di bawah "Faktor Risiko" dalam AIF kami yang terkini, di bawah "Pengurusan Risiko dan Faktor Risiko" serta "Polisi Perakaunan dan Aktuari Penting" dalam perbincangan dan juga analisis pihak pengurusan dalam laporan tahunan kami yang terbaharu, di bawah "Kemas Kini Pengurusan Risiko dan Faktor Risiko" serta "Polisi Perakaunan dan Aktuari Penting" dalam perbincangan dan analisis pihak pengurusan dalam laporan sementara kami yang terbaharu, dalam nota "Pengurusan Risiko" kepada kenyataan kewangan disatukan dalam laporan tahunan dan sementara kami yang terbaharu, serta di tempat lain dalam pemfailan kami dengan pengawal selia sekuriti Kanada.
Kenyataan jangkaan dalam dokumen ini adalah, kecuali jika dinyatakan sebaliknya, adalah benar setakat tarikh dokumen ini dan dibentangkan bagi tujuan membantu pelabur serta pihak lain dan tidak boleh digunakan bagi tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang.
Untuk maklumat lanjut:
Edna Koh
Pemasaran & Komunikasi Strategik Kumpulan
DBS Bank
E-mel: ednakoh@dbs.com
Tel: (65) 6878 8134
Faks: (65) 6222 4478
Telefon Bimbit: (65) 9753 0117
Roy Chew
Pemasaran & Komunikasi Strategik Kumpulan
DBS Bank
E-mel: roychew@dbs.com
Tel: (65) 6878 8544
Faks: (65) 6222 4478
Telefon Bimbit: (65) 9727 9278
David Norris
Hubungan Media Asia
Manulife
+852 2202 1749
david_norris@manulife.com
Sean Pasternak
Hubungan Media Amerika Utara
Manulife
+1 416 852-2745
sean_pasternak@manulife.com
Robert Veloso
Hubungan Pelabur
Manulife
+1 416 852-8982
robert_veloso@manulife.com
Eileen Tam
Hubungan Pelabur Asia
Manulife
+852 2202-1101
eileen_tam@manulife.com
(MFC. MFC)