LOUVAIN-LA-NEUVE, Belgium dan TOKYO, 10 April 2015 /PRNewswire/ -- IBA (Ion Beam Applications S.A.) dan Toshiba Corporation (Tokyo: 6502) hari ini mengumumkan penandatanganan perjanjian kolaborasi global bagi memperluas akses kepada terapi partikel canggih ke seluruh dunia. Toshiba Medical Systems Corporation bakal menjadi pengedar di Jepun untuk Proteus®ONE, penyelesaian terapi proton satu bilik IBA yang mampat, dan IBA bakal menjadi ejen untuk Penyelesaian Terapi Karbon Toshiba di luar Jepun.
IBA dan Toshiba bakal berkolaborasi untuk aktiviti seperti pendidikan pelanggan untuk Proteus®ONE dan penyelesaian terapi karbon Toshiba.
Kolaborasi itu juga akan membolehkan kedua-dua organisasi memanfaatkan kelebihan perkhidmatan Pengendalian dan Penyelenggaraan (O&M) mereka secara bersama.
Olivier Legrain, Ketua Pegawai Eksekutif IBA mengulas: "Ini merupakan langkah yang penting untuk IBA. Kolaborasi lebih rapat dengan sebuah syarikat berkaliber dan berkepimpinan seperti Toshiba akan mempercepatkan lagi perluasan terapi proton di Jepun serta pengenalan terapi karbon Toshiba ke seluruh dunia. Terapi ion karbon sangat sesuai terutamanya bagi merawat tumor rintang radio dan membenarkan penambahan dos yang disarankan dalam beberapa aplikasi klinikal. Melalui kolaborasi baharu ini, IBA akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dunian dalam terapi proton dan akan membuktikan kedudukannya sebagai peneraju dalam menyediakan terapi barah inovatif terbaharu di seluruh dunia."
Satoshi Tsunakawa, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penjagaan Kesihatan, Toshiba Corporation, berkata: "Terapi proton dan karbon merupakan antara kemajuan teknologi yang paling mengujakan dalam rawatan barah. Toshiba tidak sabar-sabar lagi untuk berkolaborasi dengan IBA bagi meningkatkan akses kepada teknologi terbaik dalam kategorinya bagi kedua-dua pusat terapi proton dan karbon. Berpandukan prinsip Komitmen Asas Toshiba Group, "Komited terhadap Rakyat, Komited terhadap Masa Hadapan," kolaborasi ini akan memberi set peralatan dipertingkat kepada kedua-dua syarikat kami untuk menyediakan teknologi rawatan barah terbaik."
Latar Belakang Terapi Proton dan Karbon
Terapi Proton dianggap sebagai rawatan radioterapi barah canggih dan disasarkan kerana pengagihan dosnya yang jauh lebih berkesan dan kesan sampingan yang lebih sedikit. Proton menyimpan sebahagian besar daripada tenaga berkesan mereka dalam julat yang dikawal secara tepat, betul-betul di dalam tumor itu, dan tidak mengganggu tisu sekelilingnya yang sihat. Dos yang lebih tinggi boleh dimasukkan ke dalam tumor itu tanpa meningkatkan risiko kesan sampingan dan komplikasi jangka masa panjang, lalu meningkatkan kebarangkalian keputusan yang baik serta kualiti kehidupan lebih bagus kepada pesakit.
Ion karbon bukan sahaja mempunyai ciri fizikal yang mirip dengan proton, ia juga mempunyai kesan radiobiologi yang lebih tinggi berbanding foton dan proton, yang boleh membawa kepada sesi rawatan lebih singkat dan hasil keputusan pesakit yang lebih baik.
Latar Belakang IBA
IBA (Ion Beam Applications S.A.) merupakan sebuah syarikat teknologi perubatan global yang memberi tumpuan untuk membawa penyelesaian bersepadu dan inovatif bagi diagnosis dan rawatan barah. Syarikat itu merupakan pemimpin teknologi seluruh dunia dalam bidang terapi proton, bentuk terapi radiasi paling canggih yang terdapat pada masa kini. Penyelesaian terapi proton IBA yang andal dan boleh suai, membolehkan pelanggan memilih daripada pusat terapi proton skala penuh sejagat serta sistem bilik tunggal yang mampat. Tambahan lagi, IBA juga mempunyai perniagaan dosimetri radiasi dan membangunkan pemecut partikel untuk dunia perubatan serta industri.
Beribu pejabat di Belgium dan menggajikan kira-kira 1100 orang seluruh dunia, IBA telah memasang sistem di seluruh dunia, dari Eropah ke AS dan kepada pasaran baru muncul. IBA disenaraikan dalam bursa saham pan-Eropah EURONEXT. (IBA: Reuters IBAB.BR dan Bloomberg IBAB.BB) dan maklumat lanjut boleh ditemui di: http://www.iba-worldwide.com
Latar Belakang Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune 500, menyalurkan kemampuan bertaraf dunia dalam produk dan sistem elektronik serta elektrik canggih untuk lima bidang perniagaan strategik; Tenaga & Prasarana, Penyelesaian Komuniti, Sistem & Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, Peranti & Komponen Elektronik, serta Produk & Perkhidmatan Gaya Hidup. Berpandukan prinsip Komitmen Asas Toshiba Group, "Komited terhadap Rakyat, Komited terhadap Masa Hadapan," Toshiba menggalakkan operasi global ke arah mencapai "Pertumbuhan Melalui Kreativiti dan Inovasi" dan juga menyumbang kepada kemajuan dunia yang mana semua penduduknya tinggal dalam masyarakat yang terjamin, selamat dan selesa.
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di pusat rangkaian global sebanyak lebih 590 syarikat bersatu yang menggajikan lebih 200,000 orang seluruh dunia, dengan jualan tahunan melebihi 6.5 trilion yen (AS$63 bilion). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Toshiba, lawati http://www.toshiba.co.jp/index.htm.
Toshiba baru menubuhkan Syarikat Penjagaan Kesihatan mereka Ogos lepas bagi menumpukan perniagaan penjagaan kesihatan mereka sebagai salah satu daripada tiga tiang perniagaan keseluruhannya. Dengan menggabungkan teknologi pengimejan diagnosis yang disediakan oleh Toshiba Medical Systems serta pemecut dan teknologi pengaliran super yang diterbitkan daripada perniagaan nuklear, Toshiba kini menyediakan sistem Terapi Ion Berat untuk rawatan barah. Toshiba telah menyumbang kepada Institut Kebangsaan Jepun untuk Sains Radiologi dan Pusat Barah Kanagawa.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:
IBA
Jean-Marc Bothy
Ketua Pegawai Kewangan
Tel: +32-10-47-58-90
Thomas Ralet
Naib Presiden Komunikasi Korporat
+32-10-47-58-90
communication@iba-group.com
Bagi pertanyaan media dan pelabur:
Consilium Strategic Communications
Amber Bielecka, Matthew Neal, Jessica Hodgson dan Ivar Milligan
+44(0)20-3709-5700
IBA@consilium-comms.com
Rx Communications Group (AS)
Melody Carey
+ 1-917-322-2571
mcarey@RxIR.com
Hubungan Media Toshiba:
Yukihito Uchida
Masumi Fukuoka
Tatsuro Oishi
Pejabat Perhubungan Awam & Hubungan Antarabangsa, Toshiba Corporation
+81-3-3457-2100
media.relations@toshiba.co.jp