TORONTO, 13 April, 2015 /PRNewswire/ -- LABORIE Medical Technologies ("LABORIE") telah menyempurnakan pengambilalihan Medical Measurement Systems ("MMS"). MMS beribu pejabat di Enschede, Belanda, dengan sebuah anak syarikat Jerman di Bottrop dan operasi AS di Dover, New Hampshire. MMS merupakan peneraju pasaran global dalam Diagnostik Gastroenterologi dan Urodinamik.
Pengambilalihan LABORIE terhadap MMS memperluas tawaran produk Gastroenterologinya berikutan pengambilalihan Unisensor pada Oktober 2014. Selain itu, barisan produk Urodinamik MMS melengkapi tawaran produk Urodinamik LABORIE dan melanjutkan capaian globalnya.
"Ini merupakan pengambilalihan yang amat strategik bagi LABORIE," ujar Brian Ellacott, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LABORIE. "MMS telah membangunkan produk mesra pengguna berasaskan platform unik dan pada masa yang sama menyokong pelanggan Urologi serta Gastroenterologi. Kami melihat peluang hebat untuk memanfaatkan platform tunggal ini dalam kesemua produk kami dan memperluas capaian global kami melalui jaringan pengedaran global MMS. Kami melihat ini sebagai suatu pengambilalihan yang amat melengkapi."
Presiden MMS, Arjen de Weerd menyatakan, "Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian pasukan LABORIE. Sumber tergabung kedua-dua syarikat inovatif ini, akan membolehkan kami membangunkan produk "generasi akan datang" yang diminta pelanggan kami dan memperkembang kehadiran kami di peringkat global. Saya dan pengasas bersama Jan-Willem van der Wal teruja untuk mengambil bahagian dalam pasukan LABORIE bagi membina produk yang benar-benar inovatif untuk pasaran GI serta Urologi."
Latar Belakang LABORIE
LABORIE, beribu pejabat di Toronto, Kanada, merupakan pembangun, pengeluar dan pemasar global utama bagi teknologi serta bahan boleh guna perubatan yang inovatif untuk diagnosis dan juga rawatan Inkontinens Urinari dan Tinja, selain penyakit lantai pelvis yang lain dalam bidang Urologi, Ginekologi, dan Kolorektum. LABORIE merupakan sebuah syarikat portfolio Audax Private Equity.
Untuk maklumat lanjut berkenaan seluruh barisan produk LABORIE, sila lawati www.laborie.com atau hubungi +1.905.612.1170.