GENEVA, 14 April 2015 /PRNewswire/ -- Cotecna, salah satu syarikat pemeriksaan, pengujian dan pensijilan utama dunia, berbesar hati mengumumkan penyatuan bersama CoalLab Pty Ltd, peneraju di Afrika Selatan dalam bidang pengujian, rekaan dan pengurusan sistem pensampelan, serta khidmat nasihat arang batu dan juga bahan lain.
CoalLab, sebuah syarikat milik persendirian, telah diasaskan pada 2007, dan mengendalikan beberapa kemudahan pensampelan dan pengujian di tapak, selain makmalnya sendiri di Middleburg (wilayah Mpumalanga).
Robert Massey, Ketua Pegawai Eksekutif Cotecna Group, berkata: "Pengambilalihan dan penyertaan CoalLab ke dalam kumpulan Cotecna secara nyata meningkatkan kemampuan kami untuk memberi khidmat kepada pelanggan kami dalam industri arang batu dan galian di peringkat global. Ia turut melambangkan langkah penting dalam perluasan kehadiran kami dalam sektor komoditi di Afrika Selatan, dan di benua ini secara keseluruhan, yang mana kami melihat potensi pertumbuhan yang signifikan."
Bagi Johan Bekker, pengasas bersama dan Pengarah Urusan CoalLab, "Penyertaan ke dalam Cotecna Group memberikan CoalLab dan pasukannya sokongan serta rangkaian global pelabur strategik, dan juga peluang untuk berkembang kepada potensi penuh di Afrika Selatan dan lebih lagi. Johan Bekker akan kekal menyandang jawatan Pengarah Urusan Syarikat.
Latar Belakang Cotecna
Diasaskan di Switzerland pada 1974, kumpulan Cotecna menawarkan rangkaian luas perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan (TIC) . Cotecna merupakan perintis dalam bidang seperti pengurusan risiko, pemeriksaan destinasi dan projek penyepaduan pengimbas untuk pentadbiran kastam. Cotecna mengesahkan kepatuhan kontrak bagi pelbagai komoditi dan barangan pengguna serta turut menyediakan perkhidmatan kewangan dagangan untuk pemberi pinjaman dan juga pembiaya. Cotecna Group mempunyai tenaga kerja tergabung sebanyak kira-kira 4,000 kakitangan dan ejen di hampir 100 buah pejabat. Untuk mendapatkan penerangan penuh perkhidmatan kami, sila lawati http://www.cotecna.com.
Latar Belakang CoalLab
CoalLab menawarkan rangkaian luas perkhidmatan dalam bidang pengujian, rekaan dan pengurusan sistem pensampelan, selain khidmat nasihat, dalam sektor arang batu serta galian lain di Afrika Selatan dan juga bahagian selatan benua Afrika. Berpangkalan di Middleburg, Mpumalanga, Afrika Selatan, CoalLab mempunyai kira-kira 100 kakitangan di sana selain beberapa operasi di tapak. CoalLab telah diasaskan pada 2007 oleh En. Johan Bekker dan isteri beliau. En. Bekker juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Afrika Selatan bagi Galian Mineral Pejal dan jawatankuasa Bahan Bakar Galian Pejal TC27 ISO.
Media Cotecna
Haja Rajaonarivo
Naib Presiden Kanan, Komunikasi Korporat
Geneva
+41-22-849-69-00
press@cotecna.ch
Sumber: Cotecna Inspection SA