omniture

Pesta Canton Ke 112 "Merangsang perdagangan dengan penyertaan asing"

China Foreign Trade Centre (CFTC)
2012-10-09 13:53 219

 

GUANGZHOU, China, 1 Okt., 2012 /PRNewswire/ --

Dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada 25 buah konsulat asing di Guangzhou, satu majlis makan malam mewah dan hiburan berlangsung dengan jayanya pada 19 Sept. di ibu negara Guangdong untuk meraikan festival pertengahan musim luruh tahun ini. Juga dikenali sebagai Festival Bulan, festival popular ini merupakan sebahagian daripada acara kalendar Cina sejak lebih 2,000 tahun yang lepas.

Dianjurkan secara bersama oleh Pusat Dagangan Luar China dan Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Guangdong, acara ini bertujuan menunjukkan penghargaan kerana sokongan mereka selama ini bagi Pesta Canton. Berlangsung atas perahu layar mewah Chateau Star River Hotel, petang yang menghiburkan ini juga dihadiri oleh Wang Zhiping, Pengarah Pusat Dagangan Luar China, Timbalan Pengarah Pusat itu Liu Jianjun, dan Li Jian, Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Guangdong. 

Berucap di acara itu, Li Jian mengucapkan terima kasih kepada setiap satu daripada konsulat itu, dan perniagaan-perniagaan daripada negara masing-masing, kerana membantu menjayakan Pesta Canton selama ini. Dalam ucapan beliau, Wang Zhiping berkata 120,000 pembeli (60% daripada jumlah) yang menyertai edisi ke 111 Pesta Canton datang daripada negara-negara yang mempunyai konsulat di Guangzhou. Beliau menjemput semua tetamu untuk turut serta dalam Pesta Canton ke 112, dan berharap lebih ramai pembeli dan pempamer dari luar negara akan hadir.

Walaupun ekonomi global agak lembap amnya, Pesta Canton, bersama sejarah 55-tahunnya, terus kekal sebagai acara yang menguntungkan dan berprestij. Menjana isipadu transaksi perniagaan yang sukar ditandingi dan menampilkan ruang perniagaan yang begitu luas iaitu lebih daripada satu juta kaki persegi, ia lazimnya dianggap sebagai gerbang ke pasaran Cina. Berakhir pada Mei, sesi ke 111 Pesta itu menarik penyertaan lebih  210,000 pembeli dari seluruh dunia, ia memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada perdagangan antarabangsa.

Pesta Canton telah perkukuhkan hubungan ekonomi China dengan seluruh dunia, dan konsulat-konsulat Guangzhou telah memainkan peranan masing-masing dalam proses ini. Kakitangan konsulat menghadiri majlis-majlis penting secara berjadual dan mengiringi kumpulan-kumpulan perniagaan semasa mereka melawat Pesta itu. Melalui kerjasama dengan Pusat Dagangan Luar China, konsulat-konsulat juga membantu mempromosi Pesta itu dan membantu meningkatkan dengan ketara penyertaan syarikat-syarikat luar negara.

Edisi ke 112 Pesta Canton akan berlangsung dari 15 Okt ?4 Nov. 2012.  

Bagi maklumat lanjut sila lawat: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

SUMBER:  Pusat Dagangan Asing China (CFTC) 

 

 

Source: China Foreign Trade Centre (CFTC)
Keywords: