-- Duta Global #PepsiChallenge Nicola Formichetti Satukan Pemimpin Kreatif untuk Cabaran Berpandukan Rekaan Seluruh Dunia
PURCHASE, New York, 15 April 2015 /PRNewswire/ -- #PEPSICHALLENGE – Pepsi® meletakkan kawalan kreatif bagi ekuiti jenamanya yang paling ikonik, tin Pepsi, dalam tangan peminat. Sebagai sebahagian daripada #PepsiChallenge 2015, pengguna akan mendapat peluang luar biasa untuk mengilhamkan semula tin yang diraikan dan dikenali sejagat dengan reka bentuk istimewa serta gaya kreatif mereka sendiri dalam Cabaran Rekaan "Live For Now" .
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150409/197603
Diketuai oleh duta global #PepsiChallenge dan pereka fesyen tersohor dunia serta pengarah kreatif, Nicola Formichetti, Cabaran Rekaan "Live For Now" akan bermula dengan konsep reka bentuk daripada Formichetti, menampilkan lambang Nicopanda kegemarannya, yang akan menjadi inspirasi dan menetapkan asas bagi menunjukkan ke mana pengguna dapat membawakan rekaan mereka. Sebuah tin Pepsi kosong, yang hanya mempunyai logo, membolehkan pengguna membayangkan semula rupa tin Pepsi, tanpa had kecuali imaginasi mereka sendiri.
"Saya sentiasa menemui inspirasi di sekeliling saya, terutamanya melalui dunia rekaan yang tiada batasannya. Daripada fesyen dan seni bina kepada produk serta jenama, rekaan dapat ditemui dalam banyak medium dan juga dihasilkan oleh individu dengan pelbagai bakat," kata Formichetti. Cabaran Rekaan "Live For Now" merupakan cabaran yang saya tidak sabar untuk menerimanya dan saya teruja untuk melihat apa yang dihasilkan dunia serta dikongsi semula."
Bermula hari ini dan berterusan sehingga 13 Mei, penyertaan dari seluruh dunia akan diterima di www.PepsiChallenge.com, dengan seorang (1) pereka yang berjaya akan ditawarkan pengalaman sekali seumur hidup di Pusat Reka Bentuk & Inovasi PepsiCo di Kota Raya New York dan bekerja bersama pasukan reka bentuk PepsiCo yang menerajui industri.
Penyertaan terbaik akan diadili oleh Formichetti, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Reka Bentuk PepsiCo Mauro Porcini serta jawatankuasa terpilih yang terkenal dalam dunia reka bentuk, termasuk:
Marcelo Burlon, Pengarah Kreatif
Lapo Elkann, Pengerusi dan Pengasas Bersama Italia Independent
Karim Rashid, Pereka yang Memenangi Anugerah
Franca Sozzani, Ketua Editor Vogue Italia
"Pepsi Challenge baharu ini adalah bagi menggalakkan pengguna di seluruh dunia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan menerima cabaran serta peluang baharu. Reka bentuk telah lama menjadi dunia mereka yang berani melakukan sesuatu dengan berbeza, jadi kami mahukan salah satu cabaran global pertama kami untuk berhubung dengan kelas kreatif yang berani ini secara terus," kata Kristin Patrick, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran, Jenama Minuman Global PepsiCo. "Dalam tahun yang dipenuhi cabaran, kami juga telah mengalih pandangan terhadap diri kami sendiri untuk melihat jenama kami secara berbeza. Kami menyerahkan ekuiti kami yang paling berharga dan harta kami yang paling terlihat – wajah tin Pepsi – kepada pengguna di seluruh dunia untuk mereka ilhamkan semula. Kami tidak sabar untuk melihat hasilnya."
Cabaran Rekaan "Live for Now" adalah berikutan Jelajah "Ignite the Light" Pepsi x Liter of Light yang mana Formichetti mencabar rakan-rakan kreatif di seluruh dunia untuk mencipta hasil seni yang diilhamkan oleh cahaya. Satu jelajah antarabangsa yang terdiri daripada hasil seni media campuran yang kreatif secara besar-besaran, Jelajah "Ignite the Light" membawakan perhatian kepada komuniti yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemudahan pencahayaan asas melalui kerjasama global Pepsi bersama Liter of Light. Setiap kali pengguna di seluruh dunia menggunakan hash tag #PepsiChallenge pada profil awam Instagram, Facebook, Twitter atau YouTube, Pepsi akan mendermakan $1 kepada Liter of Light untuk membantu membawakan lampu yang mesra alam, tidak mahal dan mudah dihasilkan kepada mereka yang paling memerlukannya di seluruh dunia.
Dengan pelancaran yang menandakan #PepsiChallenge sebagai topik trending #1 Twitter di seluruh dunia, serta penglibatan bersama duta jenama global Pepsi dan juga golongan kehormat, jenama fesyen dan selebriti sukan antarabangsa, Pepsi Challenge berterusan sepanjang tahun 2015 dengan cabaran tambahan di peringkat global dan tempatan yang direka untuk menyatukan pengguna di seluruh dunia bagi menjalani kehidupan sepenuhnya serta menjadikan setiap detik – besar atau kecil – amat hebat. Cabaran diberikan di saluran sosial Pepsi, PepsiChallenge.com dan melalui duta global serta tempatan. Lawati www.PepsiChallenge.com dan semua saluran sosial Pepsi di seluruh dunia untuk mendapatkan lebih maklumat dan perincian cabaran. Peraturan yang lengkap dan keperluan kelayakan untuk Cabaran Rekaan "Live for Now" boleh didapati di www.PepsiChallenge.com.
Latar Belakang PepsiCo
Produk PepsiCo dinikmati para pengguna sebanyak satu bilion kali sehari di lebih 200 buah negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo menjana hasil bersih sebanyak lebih $66 bilion pada 2014, dipacu oleh portfolio makanan dan minuman komplementari termasuk Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker serta Tropicana. Portfolio produk PepsiCo terdiri daripada pelbagai makanan dan minuman enak, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu dalam anggaran jualan runcit tahunan. Teras utama PepsiCo adalah Prestasi dengan Tujuan – sasaran kami untuk menyampaikan prestasi kewangan tahap tertinggi sambil mewujudkan pertumbuhan lestari dan nilai untuk pemegang saham. Secara amalan, Prestasi dengan Tujuan bermaksud menyediakan rangkaian pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada makanan ringan kepada makanan sihat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan kesan kami terhadap alam sekitar serta mengurangkan kos operasi kami; menyediakan ruang kerja yang selamat dan melibatkan semua untuk kakitangan kami di seluruh dunia; serta menghormati, menyokong dan juga melabur dalam masyarakat tempatan di tempat kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com.