omniture

Pesta Canton ke-117 - "Kemajuan dan keuntungan melalui inovasi serta penambahbaikan"

Canton Fair
2015-04-16 08:41 80

GUANGZHOU, China, 16 April 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai acara perdagangan dua kali setahun paling berprofil tinggi di China, Pesta Canton sentiasa mencari cara terbaik untuk menghimpunkan para pembeli dan penjual paling terkemuka di dunia. Ketika para peserta mempersiapkan diri untuk mengunjungi acara kali ke-117 itu – dijangka akan berlangsung mulai 15 April hingga 5 Mei – mereka bakal disajikan dengan acara yang paling inovatif, terancang, dan menguntungkan dalam sejarah Pesta itu, dengan penaiktarafan serta inisiatif baharu sepanjang acara berlangsung.

Menempatkan 60,000 tapak pameran, kawasan pameran Pesta itu diperluaskan, dengan ruang baharu untuk sumber tenaga, barangan haiwan peliharaan, dan spa luar yang baharu. Pengeluar perkakasan elektrik dan tekstil dalam serta luar negara ditempatkan dengan strategik secara bersebelahan bagi mempertingkat pembangunan perniagaan.

Tumpuan utama Pesta Canton ke arah meluaskan sempadan rekaan akan diteruskan. Pusat Rekaan Produk bakal mempunyai tujuh pusat kerja, dengan 81 agensi rekaan dari 10 buah negara mengambil bahagian. Anugerah Rekaan Pesta Canton akan menambah pelbagai insentif tambahan bagi syarikat-syarikat untuk turut menyertainya, dengan kira-kira 400 buah syarikat sudah pun mendaftar.

Pesta Canton ke-117 lebih pintar daripada segi teknologi berbanding sebelum ini, menggunakan pelbagai inisiatif bagi mempertingkat pengalaman acara dan merangsang kecekapan. Semua pengunjung bakal menikmati manfaat daripada platform E-dagang Pesta itu, Pusat Pelancaran Produk Baharu, Platform Perkhidmatan Tersepadu Pesta Canton untuk Pembeli, pelbagai perkhidmatan Pempamer Mudah serta laman sesawang Pesta Canton yang dinaik taraf, dan juga pusat panggilan Pesta Canton yang bertaraf dunia selain WiFi percuma.

Kaedah yang digunakan Pesta Canton untuk menarik peserta baharu telah dinaiktarafkan lagi, dengan fokus utama ke arah inovasi dan penggunaan teknologi baharu, media sosial serta mekanisme insentif. Program Ganjaran Pengiklanan untuk Pembeli Baharu (ARNB) Pesta itu telah diluaskan bagi memperbaiki pengalaman Pesta untuk pembeli baharu dari 10 buah negara terpilih dengan perkhidmatan atau hadiah bernilai 100 USD, dan dua anugerah istimewa termasuk satu tiket penerbangan pergi balik serta satu malam penginapan di Hotel Hyatt. Buat pertama kali, Pesta itu turut berkolaborasi dengan syarikat penerbangan Emirates, menawarkan tiket penerbangan kelas perniagaan dan ekonomi dengan harga diskaun kepada semua pembeli berdaftar dengan kod promosi Pesta Canton.

Untuk maklumat lanjut tentang Pesta Canton Ke-117 sila lawati: 

http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Untuk maklumat lanjut tentang program ARNB sila lawati:

http://www.cantonfair.org.cn/en/ARNB/index.shtml

Untuk pertanyaan media:

Encik Wu Xiaoying
Tel: +86-20-8913 8628
E-mel: xiaoying.wu@cantonfair.org

Source: Canton Fair
Keywords: Retail Trade show news