-- Pelanggan-pelanggan Terkini Tegaskan Kelebihan Ketepatan Tinggi GAPS dan POSIDONIA dalam Operasi Minyak & Gas Luar Pesisir Laut China Selatan dan Salvaj Dalam Air Berkedalaman Lampau Afrika Selatan
MARLY-LE-ROI, Perancis, 16 April 2015 /PRNewswire/ -- iXBlue, peneraju global dalam kemudahan navigasi, penentu kedudukan dan pengimejan, meraikan pencapaian jualan penting bagi produk akustiknya, lebih 250 sistem USBL sejak pengenalan POSIDONIA (USBL berjarak amat tinggi) pada 1999 dan GAPS (USBL-INS bekas tunggal perintis) pada 2004. Penyelesaian akustik lain iXBlue termasuk RAMSES (LBL-Sintetik), ComMet (Metrologi), dan rangkaian transponder OCEANO. GAPS generasi ke-4 terkini, dengan ciri-ciri L/USBL dan DP, telah diserahkan kepada SapuraAcergy SdnBhd ("SapuraAcergy"), kontraktor kejuruteraan serta pembinaan, yang mengkhusus dalam pemasangan air dalam, penyahtauliahan, dan juga aktiviti konvensional untuk industri Minyak & Gas di rantau Asia Pasifik. Pelanggan terkini POSIDONIA ialah Deep Ocean Search (DOS), sebuah Syarikat Pemantauan dan Pemulihan, dengan aplikasi salvaj air berkedalaman tinggi, di luar pesisir Afrika Selatan serta tempat-tempat lain.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150413/198258
SapuraAcergy memerlukan USBL dengan ketepatan lebih tinggi daripada versi lama mereka dan sistem akustik inersia untuk penentuan kedudukan DP serta ROV. GAPS dipasang pada Sapura-3000, sebuah kapal pengangkat beban berat dan pemasang paip air dalam. iXBlue ROVINS menyediakan penentuan kedudukan, pengesanan atitud dan pemprosesan data mantap berkualiti pada kadar amat tinggi iaitu 200Hz, kualiti yang kritikal untuk operasi pemasangan paip lentang panjang. Menurut Robbert Veldkamp, Jurutera Tinjauan Kanan SapuraAcergy, "Penjejakan tepat dalam air cetek sering kali menjadi cabaran, SapuraAcergy telah menyedari kelebihan yang dapat dibawakan iXBlue GAPS. GAPS tersebut berfungsi dengan baik dalam air dalam dan cetek serta cemerlang dalam keadaan persekitaran yang sukar dan mencabar. GAPS tersebut merupakan pelaburan yang dialu-alukan untuk Sapura 3000 yang canggih." SapuraAcergy memiliki beberapa ROVINS, suar MT9 selain USBL generasi ke-4 GAPS yang baru dipasang.
DOS, pelanggan Sonar jangka panjang iXBlue, memerlukan penyelesaian lengkap untuk intervensi air dalam yang dapat menentukan secara serentak ROV, alatan dalam laut dan kapal karam dengan ketepatan 50cm, daripada kedalaman air 300m hingga 5000m. Aplikasi ini adalah untuk operasi salvaj air dalam. Penyelesaian DOS telah dibangunkan khas menggunakan POSIDONIA, RAMSES, OCTANS-3000, PHINS-Subsea dan transponder iXBlue. "Kami langsung tidak pernah tertanya sama ada kami perlu pergi kepada saingan, kerana ia amat jelas. Penyelesaian iXBlue adalah sempurna daripada segi pemasangan, hasil dan kualiti. Produk mereka berprestasi tinggi, malah lebih baik daripada spesifikasi," kata Nicolas Vincent, Ketua Tinjauan DOS.
Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian akustik-inersia iXBlue lawati Ocean Business 2015 (tapak pameran-H9).
HUBUNGI:
Tel: +33130088057
eva.marie@ixblue.com
www.ixblue.com