omniture

Lancet dan ChemRar High Tech Center Umumkan Kerjasama dalam Pembangunan dan Penghasilan Ubatan Baharu di Rusia

Lancet and ChemRar High Tech Center
2015-04-16 20:31 145

MOSCOW, 16 April 2015 /PRNewswire/ -- ChemRar High Tech Center (ChemRar), kumpulan pelaburan dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) farmaseutikal Rusia, serta Lancet, Syarikat Pengedaran Rusia, telah mengumumkan kolaborasi untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan ubatan baharu di Rusia bagi tujuan merangsang perkembangan inovatif industri farmaseutikal Rusia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150416/739742-a )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150416/739742-b )

Melalui kerjasama tersebut ChemRar dan Lancet merancang untuk membangunkan dan menghasilkan ubatan baharu dalam bidang terapeutik utama yang merupakan keutamaan penting bagi sistem penjagaan kesihatan Persekutuan Rusia menurut strategi Kerajaan signifikan PHARMA-2020. Pihak-pihak terlibat bersetuju untuk melabur bersama dalam pembangunan lanjut kapasiti pengeluaran untuk menyetempatkan pengeluaran farmaseutikal di Persekutuan Rusia. Syarikat-syarikat tersebut sepatutnya menjalankan aktiviti bersama dengan penggunaan kecekapan saling melengkapi dalam pembangunan, pengeluaran, pengedaran dan pemasaran ubatan inovatif di Rusia serta EEU (Kesatuan Ekonomi Eurasia).

Menurut Dmitry Sitnikov, Ketua Pegawai Eksekutif Lancet: "Lancet membangunkan perniagaannya dalam kerjasama strategik dengan pengeluar utama produk perubatan inovatif. Kami benar-benar menghargai kepakaran serta pengalaman ChemRar dan kami berharap kolaborasi kami akan membolehkan kami menyalurkan pencapaian saintifik kepada produk berkualiti, dan juga pelaburan dalam pembangunan kapasiti pengeluaran atas dasar ChemRar akan mempercepat pembangunan industri farmaseutikal Rusia." 

"Matlamat ChemRar High Tech Center adalah untuk menggabungkan usaha industri dan akademik dalam penyelidikan dan pembangunan ubatan baharu. Kami secara aktif terlibat dalam kerjasama dengan program farmaseutikal kebangsaan dan antarabangsa utama bersama rakan kerjasama kami di Rusia dan seluruh dunia. Kerjasama dengan Lancet merupakan peluang hebat untuk pembangunan inovasi perubatan di Rusia, dan meningkatkan akses kepada ubatan serta penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Rusia", - kata Andrey Ivashchenko, Pengerusi lembaga pengarah ChemRar.

Latar Belakang ChemRar High Tech Center 

ChemRar High Technology Center yang bukan komersial merupakan kompleks unik bagi kemudahan penyelidikan, pengeluaran dan pelaburan yang beroperasi dalam bidang pembangunan serta pengkomersilan ubatan inovatif untuk rawatan penyakit kardiovaskular, endokrinologi, penyakit berjangkit, onkologi, dan juga gangguan sistem saraf pusat (CNS) di Rusia dan luar negara. http://www.chemrar.ru  

Latar Belakang Lancet 

Lancet berpengkhususan dalam menyediakan pusat penjagaan kesihatan Rusia dengan kompleks ubatan, kelengkapan dan peranti. Lancet merupakan salah satu pengedar hospital utama di Rusia, menjalankan kitaran lengkap perkhidmatan pengedaran dan pemasaran. http://www.lancetpharm.ru

Sumber: Lancet and ChemRar High Tech Center

Source: Lancet and ChemRar High Tech Center
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts