omniture

ET Solar Bakal Bina Loji Kuasa Solar 70 MWp di Filipina

ET Solar Energy Corp.
2015-04-17 11:55 177

NANJING, China, 17 April 2015 /PRNewswire/ -- ET Solar, penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka, mengumumkan yang ia telah melaksanakan persetujuan untuk membina projek kuasa solar 70 MWp di Filipina, bersama rakan kongsi tempatan GATE SOLAR PHILIPPINES CORP., pembangun tenaga boleh dibaharui yang terkemuka.

ET Solar akan bekerjasama dengan GATE SOLAR PHILIPPINES CORP. untuk membangun, melabur, membiayai, membina, dan mengendalikan projek itu. Pembinaan dijangka akan bermula dalam suku tahun terakhir tahun ini dan pengendalian komersial dijangka akan dicapai menjelang Mac 2016. ET Solar akan menjadi rakan kongsi pembangunan bersama dan penaja teknologi, serta pelabur bagi projek itu.

Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Solar berkata, "Ini merupakan satu lagi projek yang besar di Asia dan projek pertama kami di Filipina. Ia menunjukkan kemampuan kami untuk mengendalikan setiap aspek loji solar berskala utiliti bermula daripada perancangan dan pembiayaan, kepada pembinaan, sehinggalah ke hilir aliran iaitu aspek pengendalian & penyelenggaraan (O&M). Dengan kemampuan tersepadu dan pengalaman global, kami berjaya mencapai kos tenaga diratakan (LCOE) serendah mungkin.

"Dalam projek ini, kami bukan sahaja bersaing dengan pemain lain untuk mendapatkan kontrak ini; kami juga berlumba menentang masa agar layak untuk memperoleh kadar tarif tertinggi. Sekali lagi, kemampuan kami untuk menyepadukan semua sumber yang diperlukan dan bergerak lebih pantas berbanding syarikat lain berjaya membawa kami ke garisan kemenangan."

Latar Belakang ET Solar

ET Solar merupakan penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka. Dengan teknologi solar inovatif dan penyelesaian pembiayaan tersuai khusus, ET Solar menyediakan penyelesaian sehenti profesional merentasi seluruh kitar hayat loji kuasa solar, termasuk pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, serta pengendalian dan penyelenggaraan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ET Solar, sila lawati http://www.etsolar.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Eric Zhang
Tel: +86-25-8689-8098 samb.9011 / +86-136-4518-8386
Faks: +86-25-8689-8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com

Source: ET Solar Energy Corp.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts