omniture

Pusat Seni Pertama Benoy di Jakarta -- Ciputra Artpreneur

Benoy
2015-04-17 12:02 209

HONG KONG, 17 April 2015 /PRNewswire/ -- Benoy, studio global Arkitek, Perancang Utama, Pereka Dalaman dan Grafik yang terkemuka, teruja untuk memperlihatkan rupa dalaman Pusat Seninya yang pertama yang telah dibuka di Jakarta, Indonesia -- Ciputra Artpreneur.

Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia
Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia

 

Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia
Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia

 

Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia
Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia

 

Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia
Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia

 

Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia
Ciputra Artpreneur, Jakarta, Indonesia

Ciputra Artpreneur merupakan salah satu tapak budaya Jakarta yang terkini dan paling signifikan, disepadukan dengan uniknya dengan tingkat atas Ciputra World Jakarta Mall, mercu tanda komersial yang terletak di pusat Segi Tiga Emas bandar itu. Sebagai penambahan besar kepada Seni untuk Indonesia, tapak ini menyediakan kemudahan persembahan dan seni seluas 14,000 meter persegi, termasuk panggung dengan 1,200 tempat duduk, galeri pameran yang fleksibel serta kekal, sebuah muzium, serta bilik serba guna.

"Benoy teruja dapat terlibat dalam pembangunan Ciputra Artpreneur. Ketika kami berkembang di serata rantau Asia Tenggara yang dinamik, kami teruja dapat memasukkan salah satu tapak seni dan budaya paling terkemuka di Indonesia ke dalam portfolio kami," kata Pengarah Rekaan Global, Simon Bee.

Tumpuan utama bagi Rekaan Dalaman Benoy untuk Pusat Seni itu ialah Panggung Ciputra yang canggih. Sebagai tapak bertaraf antarabangsa pertama di Indonesia, ia mampu menganjurkan penerbitan jelajah besar dari seluruh dunia termasuklah persembahan opera, simfoni, dan balet. Sebuah auditorium gaya prosenium dengan tempat duduk sebanyak dua tingkat, ruang itu dapat memuatkan 865 tempat duduk di aras bawah dan 365 tempat duduk di anjung.

Jakarta merupakan bandar global baru muncul dan Benoy berjaya merangkap inti pati ini dengan mencipta sajian tampak yang benar-benar unik untuk ruang itu. Direka dengan hiasan dalaman unsur geometri yang menonjol, Panggung itu dihidupkan dengan dinding pelbagai sudut serta perincian di siling. Bentuk yang nyata berbeza itu dihasilkan dengan panel sel lembut yang dilitupi kain rentang dan diserlahkan lagi dengan jalur yang bercahaya.

"Projek pembangunan kegunaan bercampur komersial tulen semakin memerlukan penambahan yang lebih inovatif kepada program mereka bagi menarik dan mengekalkan pengunjung. Dengan menambahkan pengalaman budaya yang baharu dan pelbagai seperti Ciputra Artpreneur, satu 'Tapak' baharu telah diwujudkan dan menjadi lebih mengujakan untuk para pengguna," kata Simon lagi.

Benoy turut bertanggungjawab untuk Rekaan Dalaman bagi Galeri Utama. Dinding saling ubah yang lentur membenarkan ruang itu memuatkan pameran besar-besaran mahu pun siri pameran yang lebih kecil secara serentak. Dengan mengambil kesempatan daripada pemandangan yang menghadap Jakarta, satu dinding kaca tinggi tersergam di satu belah bagi menawarkan pandangan pusat bandar. Di setiap hujung ruang galeri itu, dua anak tangga berpilin yang menawan membawa para pengunjung ke Panggung yang terletak di tingkat atas.

Pemaju Ciputra sudah lama mempromosikan seni tempatan, terutamanya hasil seni pelukis terkenal Indonesia, Herman Gunawan. Melalui hiasan dalaman dan rekaan Benoy, gaya seni Gunawan yang sangat ekspresif dan berwarna-warni itu telah digabungkan dengan teliti, lalu memastikan lagi yang tempat itu benar-benar menjadi bahagian yang penting dalam landskap budaya Jakarta.

Dengan Ciputra Artpreneur, Benoy memperluas portfolionya yang semakin berkembang di Indonesia. Firma itu mempunyai beberapa projek berterusan yang kini sedang dirancang merentasi sektor-sektor utama termasuk Rekaan Dalaman untuk Thamrin Nine, Jakarta; Rekaan Seni Bina untuk W Hotel Jakarta; dan Pembangunan Kegunaan Bercampur di Pluit City dan Bali.

Butiran Projek

Pemaju:

PT Ciputra Adhigraha

Lokasi:

Jakarta, Indonesia

Saiz (Luas Lantai Kasar):

14,000m2

Saiz (Luas Lantai Kasar Panggung):

6,400m2

Rekaan Dalaman:

Benoy

Latar Belakang Benoy:
Benoy merupakan firma antarabangsa yang memenangi anugerah, terdiri daripada Arkitek, Perancang Utama, Pereka Dalaman dan Grafik, dengan studio di serata Asia, Timur Tengah serta UK. www.benoy.com 

Brittany Downes
brittany.downes@benoy.com
+852-2250-7222

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150416/8521502365-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150416/8521502365-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150416/8521502365-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150416/8521502365-d
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150416/8521502365-e

Source: Benoy
Related Links:
Keywords: Art Construction/Building Entertainment New products/services