AURORA, Ontario, 17 April 2015 /PRNewswire/ -- Magna International Inc. (TSX: MG, NYSE: MGA) hari ini mengumumkan ia telah menandatangani persetujuan untuk menjual sebahagian besarnya semua pengendalian kelengkapan dalamannya kepada Grupo Antolin, pembekal global terkemuka untuk sistem kelengkapan dalaman automotif. Harga belian untuk operasi itu, kecuali aset tertentu, adalah kira-kira $525 juta, tertakluk kepada penyelarasan pemuktamadan yang lazim bagi nilai modal kerja bersih dan hutang bersih semasa pemuktamadan.
Urus niaga itu melibatkan 36 operasi pengeluaran dan kira-kira 12,000 kakitangan yang berada di Eropah, Amerika Utara, dan Asia. Jumlah jualan sepanjang tahun 2014 untuk operasi tersebut yang dimasukkan dalam persetujuan itu bernilai kira-kira $2.4 bilion. Perniagaan tempat duduk Magna tidak termasuk dalam urus niaga ini.
Don Walker, Ketua Pegawai Eksekutif Magna mengulas: "Urus niaga ini sejajar dengan strategi kami untuk mempertingkat portfolio produk kami bagi menumpukan kepada bidang kenderaan tertentu yang penting. Tambahan lagi, kami gembira dapat mencapai persetujuan dengan syarikat yang sudah kukuh yang kami percaya berada dalam kedudukan yang sesuai secara global dalam perniagaan kelengkapan dalaman. Kami yakin Grupo Antolin akan terus berkhidmat kepada pelanggan kelengkapan dalaman kami dan menyediakan asas yang kuat bagi masa hadapan kepada kakitangan kelengkapan dalaman kami."
Urus niaga itu dijangka akan dimuktamadkan dalam suku tahun ketiga 2015, tertakluk kepada beberapa syarat yang lazim, termasuk kelulusan antitrust.
LATAR BELAKANG MAGNA
Kami merupakan pembekal automotif global terkemuka dengan 313 operasi pengeluaran dan 84 pembangunan produk, kejuruteraan, dan pusat jualan di 28 buah negara. Kami mempunyai kira-kira 131,000 kakitangan yang memfokuskan kepada penyediaan nilai unggul kepada para pelanggan kami melalui proses inovatif dan Pengeluaran Bertaraf Dunia. Kemampuan produk kami termasuklah menghasilkan badan, cesi, kelengkapan dalaman, butiran luaran, tempat duduk, kuasa enjin, elektronik, pemandangan, sistem dan modul penutupan serta bumbung, selain reka bentuk kenderaan yang lengkap dan pengeluaran kontrak. Syer biasa kami didagangkan di Bursa Saham Toronto (MG) dan di Bursa Saham New York (MGA). Untuk maklumat lanjut tentang Magna, lawati laman sesawang kami di www.magna.com.
KENYATAAN JANGKAAN
Siaran media ini mengandungi kenyataan yang dianggap sebagai "kenyataan jangkaan" atau "maklumat jangkaan" yang terkandung dalam maksud perundangan sekuriti yang tertakluk, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang berkaitan dengan manfaat strategik yang dijangka terhasil daripada urus niaga ini. Maklumat jangkaan dalam dokumen ini dipaparkan bagi tujuan menyediakan maklumat tentang jangkaan dan rancangan semasa pihak pengurusan dan maklumat sebegitu mungkin tidak sesuai untuk tujuan lain. Kenyataan jangkaan mungkin melibatkan unjuran kewangan dan unjuran lain, serta kenyataan berkenaan rancangan masa hadapan kami, matlamat, atau prestasi ekonomi, atau andaian yang mendasari seperti yang disebut di atas, serta kenyataan lain yang bukan pernyataan fakta sejarah. Kami menggunakan perkataan seperti "mungkin", "akan", "patut", "berkemungkinan", "menjangka", "menduga", "percaya", "berniat", "merancang", "ramalan", "pandangan", "mengunjurkan", "menganggarkan" dan ungkapan yang serupa yang mencadangkan keputusan atau kejadian masa hadapan bagi mengenal pasti kenyataan jangkaan. Sebarang kenyataan jangkaan seperti yang disebutkan, dibuat berdasarkan maklumat semasa yang kami ketahui pada masa tersebut, dan dibuat berdasarkan andaian serta analisis yang dibuat oleh kami mengikut pengalaman dan juga penanggapan kami tentang ikutan sebelum ini, keadaan semasa, dan pembangunan masa hadapan yang dijangka, selain faktor lain yang kami percaya wajar dalam keadaan ini. Namun begitu, sama ada keputusan dan kemajuan sebenar akan mengikut jangkaan serta ramalan kami adalah tertakluk kepada beberapa risiko, andaian, dan ketidakpastian, kebanyakannya bukan berada dalam kawalan kami, dan kesan daripada semua itu sukar diramal, termasuk, tanpa had: pemuktamadan urus niaga, termasuk kelulusan antitrust yang diperlukan serta kelulusan kawal selia lain; penyelesaian atau penepian syarat bagi memuktamadkan urus niaga; tanggungjawab jaminan atau perlindungan kepada pembeli berhubung dengan liabiliti prapemuktamadan; dan faktor lain yang dinyatakan dalam Borang Maklumat Tahunan yang difailkan dengan suruhanjaya sekuriti di Kanada, dan dalam laporan tahunan kami pada Borang 40-F yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, serta pemfailan yang dibuat seterusnya. Semasa menilai kenyataan jangkaan, kami ingin mengingatkan para pembaca agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak munasabah ke atas sebarang kenyataan jangkaan dan pembaca patut mempertimbangkan secara khusus pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keputusan atau hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan tersebut. Melainkan sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang sekuriti yang berkaitan, kami tidak berhasrat, dan kami tidak akan mengambil tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan jangkaan bagi mencerminkan maklumat, kejadian, hasil atau keadaan seterusnya atau sebaliknya.