omniture

Skyworth Percepat Perluasan Luar Negara, Sasarkan Jualan Perkakasan Rumah sebanyak 10 Juta Unit Dalam Tiga Tahun

Skyworth
2015-04-17 21:08 805

SHENZEN, China, 17 April 2015 /PRNewswire/ -- Pengeluar set TV persendirian terbesar China, Skyworth Group, telah mengadakan Konvensyen Pengedar Luar Negara & Pameran Produk Baharu 2015 pada 11 April di Shenzhen, China. Bertemakan "Trend & Trend Baharu," pengarah eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Skyworth Digital Holdings Limited serta presiden Skyworth Group Yang Dongwen, bersama ketua divisyen TV warna dan juga ketua-ketua anak syarikat kumpulan yang mengurus peti sejuk, mesin basuh dan penyaman udara, mengumumkan strategi perluasan kumpulan di luar negara, memulakan perluasan lanjut Skyworth dalam pasaran global.

Skyworth Accelerates Overseas Expansion
Skyworth Accelerates Overseas Expansion

"Skyworth merancang untuk membina dan mengaktifkan secara progresif rantaian bekalan luar negaranya serta dengan pantas membina operasi besar-besaran di luar pasaran asalnya. Pada masa yang sama, kumpulan itu merancang untuk mempromosikan secara agresif jenama proprietarinya dalam usaha untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa," terang En. Yang.

En. Yang menambah Skyworth menyasarkan jualan perkakasan rumah berjumlah 10 juta unit semasa tempoh tiga tahun bermula sekarang dan penghujung 2017, berdasarkan falsafah korporat operasi pelbagai dengan fokus terhadap set televisyen, yang akan terdiri daripada jenama proprietari sebanyak 30%, serta perkakasan rumah, termasuk peti sejuk, mesin basuh dan penyaman udara, yang akan membentuk 10% daripada jumlah keseluruhan. Menjelang 2020, Skyworth merancang untuk mencapai sasaran jualan luar China bagi perkakasan rumah berjumlah 15 juta unit, 50% daripadanya akan dijual di bawah jenama proprietari.

"Untuk mencapai sasaran yang tinggi ini, Skyworth akan memupuk dan membangunkan secara progresif satu pasukan luar negara yang diuruskan secara bebas dengan meningkatkan perbelanjaan bagi penyelidikan dan pembangunan, mengoptimumkan platform jualan luar negara serta pusat perakaunan dan juga memasuki pasaran baharu melalui kombinasi pengeluaran dan pembiayaan," kata En. Yang. Beliau menambah dengan meyakinkan, "Dalam keadaan baharu ini, Skyworth menjangkakan untuk berubah daripada model operasi berasaskan OEM dan ODM yang terdahulu serta mencapai pengiktirafan nama bagi jenamanya sendiri dalam pasaran antarabangsa."

Pada hari yang sama, naib presiden Skyworth Group dan Ketua Pegawai Eksekutif divisyen perniagaan TV warna Liu Tangzhi membentangkan program 8 titik Skyworth untuk perluasan luar negara tahun ini, termasuk sasaran khusus bagi kakitangan, penyelidikan & pembangunan (R&D), rantaian bekalan, penjenamaan dan operasi modal, antara lainnya.

Pengasas Skyworth Huang Hongsheng, pengerusi lembaga pengarah Skyworth Digital Holdings Limited Lin Weiping dan ketua-ketua anak syarikat kumpulan yang mengurus TV warna, penyaman udara, peti sejuk dan mesin basuh turut menghadiri acara tersebut.

Normal Baharu Menuntut Strategi Baharu

Sebagai syarikat utama China dalam bidang paparan, Skyworth telah mengekalkan kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 14.8 peratus sepanjang lima tahun lalu dan telah menjadi syarikat dengan nilai jenama yang paling cepat berkembang dalam sektor TV warna untuk enam tahun berturut-turut. Menurut laporan analitik pasaran TV LCD China bulanan AVC, Skyworth memiliki bahagian pasaran terbesar dalam pasaran TV warna domestik. Selain itu, Skyworth turut memiliki bahagian pasaran terbesar dalam pasaran kotak atas set HD domestik.

Kemasukan ekonomi China ke dalam fasa yang digelar "normal baharu" merupakan indikasi bahawa pertumbuhan pesat ekonomi domestik sepanjang beberapa tahun lalu tidak dijangka berulang dalam masa terdekat. Sebagai tindak balas kepada inisiatif "Satu Lingkaran, Satu Jalan" yang dibawakan oleh pemimpin China baru-baru ini, Skyworth merancang untuk mengurus pasaran domestiknya dengan berhati-hati sambil menerokai pasaran di luar China dengan progresif dalam usaha untuk mempertingkat bahagian pasaran. Skyworth telah membawakan strategi pembangunan baharu yang memfokuskan kepada pengukuhan perniagaan terasnya sambil berkembang ke sektor-sektor berkaitan. En. Yang menerangkan Skyworth akan, menurut panduan strategi baharu itu, mengutamakan empat bidang: inovasi produk, inovasi model perniagaan, pempelbagaian ke dalam bidang-bidang berkaitan serta globalisasi.

Setakat ini, Skyworth telah menunjukkan permulaan yang baik dalam usaha luar negaranya: jualan luar negara produk kotak atas set digital telah mengatasi jualan domestik dan jualan luar negara bagi perkakasan rumah lain telah melonjak mengatasi jangkaan. Pasaran besar sedia ada Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika telah memberikan peluang yang hebat kepada Skyworth. Menjelang penghujung 2014, kotak atas set Skyworth telah memperoleh bahagian pasaran tertinggi di Afrika, India, Thailand dan Filipina serta mengekalkan kelebihan pasarannya dalam pelbagai pasaran serantau di Indonesia, Vietnam dan juga Myanmar.

Hadirin di konvensyen tersebut kebanyakannya datang dari rantau-rantau ini, termasuk Thailand, Filipina, Vietnam, India, Indonesia dan Afrika Selatan. Ini adalah pasaran luar negara yang mana Skyworth telah berkembang dengan paling pesat beberapa tahun lalu.

Latar Belakang Skyworth

Skyworth, diasaskan pada 1988 dan beribu pejabat di Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi Shenzhen, mempunyai kakitangan seramai lebih 35,000 orang. Berpangkalan di China dan ingin berkembang ke seluruh dunia, Skyworth merupakan konglomerat teknologi tinggi berskala besar dengan fokus R&D terhadap elektronik pengguna, peranti paparan, kotak atas set digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semikonduktor, peti sejuk dan mesin basuh, 3Cdigital, pencahayaan LED, antara produk lain.  Syarikat induknya Skyworth Digital telah tersenarai di Bursa Saham HK pada 2000 (00751.HK). Pada November 2014, sebuah anak syarikat, Skyworth Digital Co., Ltd. mencapai penyenaraian pintu belakang pada papan utama Bursa Saham Shenzhen melalui China Resources JinHua Co., Ltd., sebuah syarikat shell awam tidak aktif, di bawah simbol penanda SZ000810, menjamin platform modal di pasaran modal saham A tanah besar China.

Skyworth, dalam tahun ke-27nya, kini merupakan antara 10 jenama TV warna terbaik dunia, jenama utama dalam industri paparan China, dan yang ke-13 antara 100 Perusahaan Teknologi Maklumat Elektronik Terbaik China. Nilai jenama Skyworth mencapai 55.695 bilion yuan China semasa tahun 2014. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang syarikat di  www.skyworth.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150416/0861502969

Source: Skyworth
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics