SALT LAKE CITY, 18 April 2015 /PRNewswire/ -- Tahap desibel berbahaya menembusi pusat konvensyen yang sesak apabila USANA Health Sciences (NYSE: USNA), sebuah syarikat nutrisi global, mengumumkan bahawa lewat tahun ini ia akan melancarkan operasi di Indonesia – ekonomi kelima paling pantas berkembang di dunia. Beribu pejabat di Daerah Perniagaan Pusat Jakarta, kehadiran USANA di Indonesia menandakan pasaran ke-20 USANA di seluruh dunia.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150416/199192
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120807/LA53885LOGO
Indonesia – sebuah negara yang kaya budaya serta mempunyai lebih 17,000 pulau – dikenali sebagai Zamrud Khatulistiwa, dan titik kedudukan geografi ini merupakan kunci kepada kemasukan Indonesia ke dalam keluarga USANA. Pasaran berjiran Australia, New Zealand, Singapura, Filipina dan Malaysia telah pun mempunyai bilangan warga Indonesia yang tinggi, menjadikan perluasan ini ideal untuk USANA.
"Sepertimana sebarang pengumuman pasaran baharu sentiasa terdapat jangkaan hebat, tetapi kepada sekumpulan penuh Sekutu penting yang menghadiri konvensyen USANA Asia dan Pasifik, maklum balas kepada pengumuman Indonesia itu amat menggalakkan!" luah Naib Presiden Eksekutif USANA bagi Rantau Pasifik, David Mulham. "Daripada semua negara yang ditinjau, Indonesia merupakan yang paling banyak permintaan setakat ini."
Jualan Langsung di Indonesia
"Pasaran ini penting kepada pertumbuhan strategik jangka panjang dan kejayaan USANA," kata Ketua Pegawai Eksekutif USANA, Dave Wentz. "Tetapi lebih penting lagi, ini merupakan satu lagi langkah ke arah wawasan bapa saya untuk menjadikan dunia ini tempat yang bebas kesakitan dan penderitaan. Inilah misi sebenar USANA."
USANA akan melancarkan pasaran Indonesianya dengan produk utamanya, Essentials™, bersama beberapa pengoptimum utamanya. Bangunan canggih di Jakarta akan menempatkan pejabat pekerja, pusat panggilan, ruang perjumpaan pengedar dan beberapa ruang mesyuarat yang besar.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan syarikat USANA, lawati USANA.com.
Latar Belakang USANA
Diasaskan pada 1992, USANA Health Sciences (NYSE: USNA) merupakan syarikat nutrisi berpangkalan di A.S. yang menghasilkan makanan tambahan berkualiti tinggi, produk penjagaan peribadi dan tenaga di kemudahan berdaftar FDAnya di Salt Lake City. Ketahui lebih lanjut tentang USANA dengan melawati laman sesawang kami di http://www.usana.com atau blog rasmi USANA http://whatsupusana.com.
Wakil Media: Ashley Collins
Pengarah Eksekutif
Perhubungan Awam dan Media Sosial
+1-801-954-7629
media(at)us.usana(dot)com