omniture

Squire Sanders Buka Pejabat di Seoul, Korea

Squire Sanders
2012-10-10 04:10 244

SEOUL, 10 Oct.  2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Pengamal perundangan global, Squire Sanders, telah membuka pejabat di Seoul, Ferrum Tower di Eulji-ro, di pusat wilayah perniagaan Gangbuk Seoul, selepas permohonannya untuk menawarkan perkhidmatan guaman di Republik Korea diluluskan oleh Kementerian Kehakiman Korea.

Pejabat Squire Sanders Seoul yang akan diketuai oleh Joon Yong Kim, seorang peguam yang memiliki lesen amalan U.S, yang diterima sebagai perunding guaman asing oleh Kementerian Kehakiman pada Julai, akan memberi tumpuan terhadap kerja-kerja M&A (pengambilalihan dan penggabungan) dan transaksi lain, selain daripada litigasi dan arbitrasi. Bidangan amalan lain termasuklah projek infrastruktur, hak harta intelektual dan anti-Kepercayaan dan pertikaian perdagangan.

Joon Yong Kim akan berkhidmat bersama-sama rakan korporat, Edward Ghiyun Kim, yang akan berpindah ke Korea dari pejabat Squire Sanders di Tokyo. Bidang amalan Edward Kim melibatkan transaksi korporat, M&A, pembiayaan projek, serta urusan komersil. Peguam lain Squire Sanders juga akan memohon untuk berkhidmat di Korea dan akan berpindah pada tahun akan datang.

Joon Yong Kim berkata: "Kami sangat bangga kerana permohonan kami sudah berjaya dan kami dapat membuka pejabat di Seoul dengan cepat. Kami yakin pengetahuan tempatan, reputasi kami atas khidmat perundangan yang berkesan dari segi kos dan menyeluruh, pengalaman merentas sempadan serta platform global kami, akan memberi manfaat kepada perniagaan Korea
dalam pelbagai saiz, termasuk syarikat bersaiz sederhana yang mahu berkembang dan melabur di luar negara. Kami akan dapat mewakili syarikat-syarikat Korea dalam pasaran utama di seluruh rantau Asia Pasifik, U.S., Amerika Selatan, Timur Tengah dan Eropah. Dan menerusi pejabat kami di Seoul, kami juga berada pada kedudukan yang ideal untuk memberi nasihat kepada para pelanggan global mengenai projek yang berkait dengan Korea.

James J. Maiwurm, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Squire Sanders berkata : "kami sudah lama memantau perkembangan di Korea. Berdasarkan ekonominya yang berorientasikan eksport, dipacu oleh konglomerat multinasional dengan kepentingan dalam sektor di mana kami
mempunyai pengalaman yang luas, seperti tenaga, infrastruktur, automotif, pembinaan kapal, elektronik, kewangan dan keselamatan, ia merupakan pasaran yang sangat besar untuk kami pertimbangkan.

"Kami teruja terhdap prospek kami di Korea Selatan.  Kami percaya bahawa menerusi sejarah yang lama dalam mewakili pengilang dan firma dagangan di Asia, akan memberikan kami kedudukan yang baik apabila kami membuka pejabat di Seoul."

Squire Sanders memberi nasihat guaman kepada pelbagai syarikat Korean, daripada syarikat automotif, kimia, komunikasi, pembinaan, tenaga, elektronik dan industri keluli, dari beberapa pejabat utama, termasuk Tokyo, Beijing, Los Angeles dan Washington D.C., selama hampir 30 tahun. Pembukaan pejabat Seoul merupakan sebhagian daripada pelaburan kami yang luas
di Asia Pasifik sejak 12 bulan yang lepas : Firma ini menambah pejabat di Australia (Perth) dan Singapura, mengembangkan pejabatnya di China dengan melantik pegawai kanan, termasuk lapan rakan baharu, dan kini mempunyai seramai 124 peguam di seluruh Asia Pasifik.

Maklumat Mengenai Squire Sanders
Diasaskan pada tahun 1890, Squire Sanders mempunyai kira-kira 1,300 peguam di 37 buah pejabat di 18 buah negara. Menerusi salah satu daripada platform global bersepadu paling kukuh dan prinsip "one-firm firm" (satu firma teguh) yang sudah lama dipertahankan, Squire Sanders menawarkan khidmat guaman yang lancar di seluruh dunia. Kehadiran kami di Asia bermula sejak tahun
1950-an, menjadikan Squire Sanders antara firma guaman pertama dunia yang beroperasi di rantau ini.

HUBUNGI :

Nicola Woodmass,
Pengurus Kanan Komunikasi dan Perhubungan Awam Squire Sanders
Eropah, Timur Tengah dan Asia
E: Nicola.Woodmass@squiresanders.com,
T: +44-(0)-121-222-3690

Stan Aoyama,
Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Serantau Squire Sanders, Asia
E: stan.aoyama@squiresanders.com
T: +81-3-5774-1800

SUMBER :  Squire Sanders

 


Source: Squire Sanders
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components