MADRID, 20 April 2015 /PRNewswire/ -- Mulai 15 hingga 16 April, Value Retail - pencipta dan pengendali Koleksi Perkampungan di seluruh Eropah dan China - menyertai pemimpin perjalanan dan pelancongan dari seluruh dunia untuk Sidang Kemuncak WTTC (Majlis Perjalanan dan Pelancongan Sedunia) tahunan ke-15.
"Kini, pelancong mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini," kata Desirée Bollier, Ketua Eksekutif, Value Retail Management. "Bagi menarik pengembara global dan menonjol dalam pasaran yang semakin berdaya saing, semakin penting untuk mengalu-alukan tetamu dengan tarikan yang memberi inspirasi serta layanan yang luar biasa di setiap peringkat. Pelancongan melambangkan peluang besar bagi ekonomi global dan dengan pendekatan bersatu daripada sektor awam serta swasta, manfaatnya akan menjadi luas."
Di sidang kemuncak itu, Desirée Bollier mengambil bahagian dalam perbincangan panel yang bertajuk 'Fokus terhadap Bandar - Penciptaan Semula, Pembezaan dan Inspirasi', yang memberi tumpuan terhadap peranan bandar dalam memacu perjalanan dan pelancongan. Panel tersebut - yang melibatkan para penyampai seperti Isabel Borrego, Setiausaha Negara untuk Pelancongan, Sepanyol, dan Roger Dow, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan A.S. - membincangkan, antara topik lain, bagaimana bandar-bandar boleh menyokong pertumbuhan perniagaan melalui perancangan serta pelaburan jangka pendek dan juga panjang.
Sidang Kemuncak itu menghimpunkan perwakilan daripada sektor awam dan swasta untuk membincangkan bagaimana pelaburan dalam infrastruktur, masyarakat serta polisi penting dapat menyokong sektor perjalanan dan pelancongan yang berkembang - yang, menurut WTTC, kini membentuk 9.5% daripada keluaran dalam negara kasar (GDP). Selain itu, untuk 2015, Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) meramalkan pelancongan antarabangsa berkembang sebanyak 3% hingga 4%, seterusnya menyumbang kepada pemulihan ekonomi.
Value Retail berada di barisan hadapan industri pelancongan beli-belah sejak Bicester Village dibuka pada 1995. Ia telah membentuk kerjasama strategi dengan rakan kerjasama perjalanan dan pelancongan seluruh dunia untuk memacu lawatan ke sepuluh Perkampungan di seluruh Eropah serta China, yang kini dikenali sebagai destinasi pelancong. Perkampungan tersebut setiap satunya terletak berhampiran bandar pelancongan utama termasuk London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt dan Munich, serta, pada Mei 2014, Suzhou di China, bermakna semuanya merupakan penambahan semula jadi kepada jadual perjalanan bagi perniagaan dan juga santai. Pada 2014, jumlah jualan cukai dipulangkan (bukan EU) di seluruh Koleksi itu meningkat 16% berbanding tahun sebelumnya, membawa kepada (36) suku berturutan - tanpa pengecualian - dengan pertumbuhan digit berganda.
Baru-baru ini, Value Retail mengumumkan kerjasama baharu dengan Ctrip - agensi pelancongan dalam talian utama China, yang membentuk 50% daripada seluruh pasaran khidmat pelancongan di China - yang akan menjadikan pengalaman Perkampungan mewah lebih mudah diakses oleh pengunjung China yang lebih luas. Value Retail turut bekerjasama dengan ahli-ahli WTTC termasuk Hilton, Iberia dan China Eastern.
Value Retail juga mempunyai tawaran Pelancongan Perniagaan (MICE) yang sedang berkembang. Dengan beli-belah menjadi aktiviti yang semakin popular dalam agenda pelancongan perniagaan, sepuluh Perkampungan di seluruh Eropah dan China menawarkan syarikat dengan penyelesaian yang inovatif untuk mesyuarat, acara, persidangan serta program insentif.
Latar Belakang Value Retail
Value Retail merupakan satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan operasi destinasi beli-belah outlet mewah, Koleksi Perkampungan. Perkampungan tersebut dikenali sebagai antara pusat beli-belah paling berprestasi tinggi dalam ketumpatan jualan di dunia. Sejak awal penubuhan dengan kehadiran Bicester Village pada 1995, Koleksi tersebut telah menghasilkan pertumbuhan julan kasar digit berganda setiap tahun dan pada 2014 ia berjaya menarik 32.5 juta kunjungan. Setiap Perkampungan terletak dalam jarak sejam dari sekurang-kurangnya satu bandar utama Eropah dan telah memperoleh kedudukan sebagai destinasi pelancongan beli-belah antarabangsa yang menampilkan fesyen, perkhidmatan serta layanan hebat, dan juga pelbagai acara diraikan sepanjang tahun. Value Retail China, sekutu Value Retail, membuka Perkampungan Pertama di China, Suzhou Village, di Suzhou, 50 batu di barat Shanghai pada Mei 2014. Perkampungan kedua, Shanghai Village, akan dibuka pada musim bunga 2016 bersebelahan Disney Resort Shanghai, terletak di tengah-tengah pelan utama bernilai jutaan dolar AS milik kerajaan China, iaitu Zon Pelancongan dan Resort Antarabangsa Shanghai (SITRZ). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Value Retail dan Value Retail China, sila lawati ValueRetail.com.