omniture

FMC Corporation Sempurnakan Pengambilalihan Cheminova A/S

FMC Corporation
2015-04-21 16:32 158

PHILADELPHIA, 21 April 2015 /PRNewswire/ -- FMC Corporation (NYSE: FMC) hari ini mengumumkan ia telah menyempurnakan penutupan dalam pengambilalihan Cheminova A/S, sebuah syarikat perlindungan tanaman multinasional berpangkalan di Denmark dan anak syarikat milik penuh Auriga Industries A/S. Syarikat-syarikat tersebut mengumumkan pemeteraian perjanjian pengambilalihan muktamad pada 8 September 2014, dan kini telah memenuhi semua syarat serta kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20111101/NE97440LOGO

FMC menyempurnakan pengambilalihan Cheminova untuk harga pembelian agregat iaitu kira-kira $1.8 bilion, termasuk andaian hutang. FMC menjangkakan urus niaga tersebut memberi pulangan yang positif kepada pendapatan larasan dalam tahun penuh pertama selepas pengambilalihan itu.

"Pengambilalihan Cheminova adalah selari sepenuhnya dengan strategi korporat kami untuk menumpukan portfolio FMC terhadap pasaran pertanian, kesihatan dan nutrisi," kata Pierre Brondeau, presiden, ketua pegawai eksekutif dan pengerusi FMC. "Cheminova mempunyai portfolio produk dan jejak geografi yang amat melengkapi serta mengikuti pendekatan strategik serupa dengan FMC dalam mengaplikasikan teknologi untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggannya. Urus niaga ini akan meluaskan portfolio Penyelesaian Pertanian kami dan mengukuhkan akses pasaran kami dengan signifikan."

Brondeau menambah, "Cheminova memberikan kami akses pasaran langsung kepada negara-negara penting di Eropah dan meningkatkan capaian pelanggan kami di India, Australia dan seluruh Amerika Latin, membawakan keseimbangan yang lebih tinggi kepada perniagaan pertanian kami. Teknologinya akan membolehkan kami mengembangkan kedudukan FMC dalam tanaman sedia ada; mempercepat akses kepada tanaman tambahan, seperti bijirin; dan mengukuhkan penawaran kami kepada pelanggan, terutamanya dalam tanaman tebu, kacang soya dan kapas. Kami menjangkakan untuk terus meningkatkan pembangunan inovasi kami dan menjana peluang hasil baharu yang nyata untuk perniagaan tergabung."

FMC telah menyusun semula portfolio perniagaannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk meluaskan kedudukannya dalam pasaran perlindungan tanaman. Dengan pengambilalihan Cheminova, dan penyahlaburan perniagaan Alkali Chemicals disempurnakan pada 1 April 2015, FMC Agricultural Solutions dijangka mewakili tiga perempat daripada hasil keseluruhan syarikat tersebut, meningkat daripada kurang 40 peratus pada 2009.

Syarikat itu akan memberikan kemas kini integrasi semasa perjumpaan hasil suku tahun dan di Persidangan Pelabur akan datang pada 11 Mei 2015.

Latar Belakang FMC Corporation
FMC Corporation merupakan syarikat berpengkhususan yang memberi khidmat kepada pasaran pertanian, industri dan pengguna global selama lebih seabad dengan penyelesaian, aplikasi dan produk berkualiti yang inovatif. Pada 2014, FMC mempunyai jualan tahunan sebanyak kira-kira $3.3 bilion daripada operasi berterusan (tidak termasuk jualan daripada perniagaan Alkali Chemicals yang telah dinyahlaburkan). Pada 2014, Cheminova mempunyai jualan berjumlah DKK 6.8 bilion. FMC mempunyai kira-kira 7,000 kakitangan (termasuk kakitangan daripada Cheminova) di seluruh dunia dan menjalankan perniagaannya dalam tiga segmen: FMC Agricultural Solutions, FMC Health and Nutrition serta FMC Lithium. Untuk maklumat lanjut, lawati www.FMC.com.

Kenyataan Selamat di bawah Akta Sekuriti Persendirian 1995: Kenyataan dalam hebahan berita ini yang merupakan kenyataan jangkaan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian berkenaan faktor-faktor khusus yang diterangkan dalam Borang 10-K 2014 FMC Corporation dan lain-lain pemfailan SEC. Maklumat sedemikian yang terkandung di sini menggambarkan pertimbangan terbaik pengurusan pada tarikh yang terkandung di sini berdasarkan maklumat yang tersedia pada masa ini. FMC Corporation tidak berhasrat untuk mengemas kini maklumat ini dan menafikan sebarang tuntutan perundangan yang sebaliknya. Maklumat lalu tidak semestinya menggambarkan prestasi akan datang.

Source: FMC Corporation
Related Stocks:
NYSE:FMC
Related Links:
Keywords: Agriculture Chemical Food/Beverages Acquisitions, mergers, takeovers