HANOI, Vietnam, 21 April 2015 /PRNewswire/ -- Vinmec International Hospital di Hanoi telah mula menawarkan pesakit barah dengan radioterapi canggih menerusi pemecut linear perubatan iX Clinac® baharu daripada Varian Medical Systems (NYSE: VAR).
Sistem iX Clinac membolehkan hospital menyediakan radioterapi termodulasi keamatan (IMRT), radioterapi berpandukan imej (IGRT), dan beberapa bentuk radioterapi tubuh stereotaktik (SBRT). Dilengkapi teknologi RapidArc® daripada Varian, pemecut baharu itu boleh memberi rawatan dengan pantas agar lebih ramai pesakit mempunyai akses kepada teknik rawatan moden ini. Klinik itu juga menggunakan perisian perancangan rawatan Eclipse™ Varian untuk menyasarkan tumor dengan tepat sambil melindungi tisu sihat yang berada di sekelilingnya. Rawatan awal di hospital itu menumpukan kepada barah toraks, barah ginekologi, barah kepala dan leher, barah prostat, serta limfoma setempat.
"Amat penting untuk pesakit barah dalam negara ini mendapat manfaat daripada bentuk radioterapi paling moden," kata pakar onkologi radiasi Dr. Doan Trung Hiep, MD, MSc. "Peranti yang hebat ini mempunyai sistem radioterapi berpandukan imej yang canggih yang memungkinkan pemberian rawatan pantas dan bersasaran kepada tumor walaupun semasa ia bergerak serta berubah mengikut masa. Ini turut bermakna kita boleh memperluaskan jenis tumor yang boleh kita sasarkan dengan rawatan pembedahan radio stereotaktik pertama kami."
Vinmec International Hospital merupakan pusat radioterapi pertama yang ditubuhkan oleh Vinmec International Hospital Joint Stock Company, bertujuan untuk merapatkan jurang kemampuan dalam negara itu. Terdapat lebih 90 juta orang di Vietnam tetapi kurang 30 pemecut linear dipasang dalam hospital di negara itu. Vinmec merancang untuk menubuhkan sehingga sepuluh pusat radioterapi swasta menjelang 2020.
"Kami bertekad untuk mewujudkan kemampuan onkologi radiasi bertaraf dunia di Vietnam dengan peralatan lebih moden, doktor terlatih, dan program pendidikan radioterapi," kata Dr. Doan Trung Hiep. "Vinmec berbangga dapat bekerjasama dengan Varian bagi membangunkan kemampuan rawatan ini untuk pesakit kami."
Michael Sandhu, Naib Presiden pembangunan pasaran global Varian berkata," Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Vinmec bagi menawarkan teknologi rawatan canggih bagi manfaat pesakit barah di seluruh Vietnam. Melalui inisiatif seperti ini dan program pendidikan kami seperti 'Akses kepada Penjagaan', Varian sedang berusaha untuk memperluaskan akses kepada radioterapi moden di seluruh dunia." Program Akses kepada Penjagaan Varian yang pertama telah dilancarkan di Vietnam awal tahun ini, dengan 15 pelajar menggabungkan sesi latihan industri di hospital tempatan dengan sesi di pusat latihan yang dilengkapi khas di Hanoi.
Maklumat perhubungan editor:
Neil Madle, Varian Medical Systems, +44 7786 526068
Latar Belakang Varian Medical Systems
Varian Medical Systems, Inc., dari Palo Alto, California, menumpukan tenaga untuk menyelamatkan nyawa dengan melengkapi dunia menerusi teknologi canggih untuk melawan penyakit barah dan untuk pengimejan sinar-X. Syarikat itu merupakan pengeluar terkemuka dunia untuk peranti perubatan dan perisian untuk merawat barah serta penyakit lain dengan radioterapi, pembedahan radio, terapi proton, dan juga brakiterapi. Syarikat ini membekalkan perisian informatik untuk mengurus klinik barah menyeluruh, pusat radioterapi, dan klinik onkologi perubatan. Varian juga merupakan pembekal utama untuk komponen pengimejan sinar-X, termasuk tiub, pengesan digital dan perisian pemprosesan imej serta stesen kerja untuk digunakan di tempat rawatan, makmal dan juga perindustrian serta untuk pengujian keselamatan dan bukan musnah. Varian Medical Systems menggajikan kira-kira 6,800 orang yang ditempatkan di lokasi pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan China serta kira-kira 70 buah pejabat jualan dan sokongan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.varian.com atau ikuti kami di Twitter.