omniture

Pengerusi HNA Group Chen Feng berucap di Sidang Kemuncak Global WTTC 2015: China lihat peluang kerjasama pelancongan besar dengan Eropah

HNA Tourism
2015-04-22 01:27 149

-- HNA Tourism percepatkan pertumbuhan antarabangsa dan hadiri Sidang Kemuncak Global WTTC 2015

MADRID, 22 April 2015 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Global Majlis Perjalanan & Pelancongan Dunia (WTTC) 2015 telah berlangsung di Madrid, Sepanyol pada 15 dan 16 April 2015 dengan lebih 700 wakil daripada agensi kerajaan, penyedia khidmat pelancongan dan saluran media, selain para pelabur dan juga pakar industri turut hadir. Pengerusi HNA Group Chen Feng menyampaikan salah satu ucapan utama pada sidang kemuncak tersebut. Acara tersebut telah ditaja oleh penaja Platinum NH Hotel Group, sebuah anak syarikat HNA Group dan kumpulan hotel ketiga terbesar di Eropah.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/199303
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/199300

WTTC 2015 memilih "Mengubah dan Berwajah Baharu" sebagai tema. Raja Sepanyol telah menjemput ahli penting WTTC untuk makan malam pada 17 April, termasuk Chen Feng, satu-satunya usahawan dari China yang dijemput ke acara malam itu. Pada 15 April, Chen Feng menyatakan dalam ucapan beliau bahawa pembangunan pesat ekonomi China  telah mendorong oleh pertumbuhan pesat sektor pelancongan. Pada 2014, penyeberangan sempadan ke dalam dan ke luar China berjumlah 110 juta dan angka tersebut dijangka melepasi 500 juta sepanjang lima tahun akan datang. Mengambil kira strategi "Satu Lingkungan, Satu Jalan" yang diperkenalkan oleh pemimpin China, China melihat peluang kerjasama pelancongan yang besar dengan Eropah. Perubahan ini mengundang pemain inovatif yang sanggup mengambil inisiatif dan China akan bekerjasama rapat dengan Eropah untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang-peluang tersebut.

Selari dengan tema "Mengubah dan Berwajah Baharu" tahun ini, kemunculan HNA Tourism Group pada sidang kemuncak di Madrid itu menyediakan peluang untuk kumpulan pelancongan China tersebut menunjukkan model pembangunan antarabangsa inovatifnya kepada dunia. Ditubuhkan pada 2007, operasi HNA Tourism kini dilanjutkan kepada perkhidmatan hotel, penerbangan, pelancongan, kewangan, teknologi maklumat (IT) dan internet. Dengan jenama berkualiti seperti Capital Airlines, Deer Jet, Caissa Touristic, Tangla Hotels, NH Hotel Group, HNA Cruises dan Transforex Currency Exchange, antara lain, HNA Tourism berada pada kedudukan keenam antara semua kumpulan pelancongan berpangkalan di China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, HNA Tourism telah menjalankan strategi globalisasi dan meningkatkan daya saing globalnya melalui siri penggabungan serta pengambilalihan antarabangsa. Kumpulan tersebut menyempurnakan pengambilalihan ekuiti Caissa Touristic dan NH Hotel Group dari Sepanyol, melengkapi susun atur perniagaan antarabangsanya. Anak syarikatnya, Capital Airlines, dengan fokus untuk menjadi jenama utama pelancongan udara di China, sedang membangunkan pasaran Asia dan Amerika Utara dengan agresif.

Caissa Touristic sedang menjalankan perluasan dengan pesat ke dalam pasaran luar negara dan mengambil kedudukan pemimpin dalam pasaran pelancongan luar China dengan menggabungkan pengangkutan udara serta lain-lain komponen pelancongan. HNA mempunyai 469 buah hotel di 170 buah bandar di hampir 30 buah negara seluruh dunia, dengan NH Hotel Group serta Tangla Hotels sebagai dua jenama teras.

Deer Jet, baru-baru ini dianugerahkan gelaran "Sewaan Jet Perniagaan Terbaik Asia", telah menerima Lima Bintang AGUS Platinum Rating dan pensijilan IS-BAO, serta memiliki flit 84 pesawat. Rangkaian operasinya diperluaskan ke kawasan ekonomi utama dunia. Falsafah korporat HNA Tourism, berfokuskan pembangunan sihat dan lestari, model perniagaan inovatif serta capaian yang luas dalam pasaran antarabangsa, merupakan faktor utama yang membawa kepada kumpulan tersebut dipilih sebagai pemenang di Top World Travel Awards (WTA) 2014.

Source: HNA Tourism
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion Trade show news