omniture

Tengkorak Dinosaur Paling Lengkap Terbesar Dunia untuk Dijual Di Hong Kong, Bernilai ASD1.8j

Kemunculan julung kali Raja Naga -- salah satu fosil paling perlu diberi perhatian dan berharga daripada segi sejarah yang wujud
Evolved Limited
2015-04-22 05:11 581

HONG KONG, 22 April 2015 /PRNewswire/ -- Lung Wong (Raja Naga) merupakan tengkorak terfosil dinosaur Triceratops jantan yang hidup pada zaman Cretaceous lewat, kira-kira 65 juta tahun lalu. Lebih 95% tulang lengkap, sepanjang 2.8 meter, 1.6 meter tinggi, dan 1.4 meter lebar, ia merupakan tengkorak paling lengkap daripada mana-mana haiwan yang pernah hidup di Bumi. Tiada bandingan daripada segi impak visual, kualiti dan kehebatan estetika, fosil dinosaur ini merupakan mahakarya sejarah alam semula jadi.

A technician adjusts the lighting for The Dragon King's photography session
A technician adjusts the lighting for The Dragon King's photography session
The almost mystical presence of The Dragon King can command any space
The almost mystical presence of The Dragon King can command any space
Extracted from a matrix of extraordinarily hard sandstone, Lung Wong is a masterpiece of natural history and art
Extracted from a matrix of extraordinarily hard sandstone, Lung Wong is a masterpiece of natural history and art

Julung kali di Asia

Lung Wong kini untuk dijual di Asia, diwakili secara eksklusif oleh Evolved Ltd. Raja Naga itu telah dibawa ke sini oleh pemilik persendiriannya yang mempunyai hubungan jangka panjang dengan rantau ini. Fosil dengan kehebatan dan kualiti seperti ini amat jarang sekali terdapat untuk jualan persendirian di mana-mana, dan belum pernah di Asia.

Ahli Paleontologi yang biasa dengan Raja Naga ini mengakui tiada apa yang menghampiri skala, saiz dan kualiti Lung Wong telah muncul di pasaran sejak satu fosil Tyrannosaurus Rex yang tidak diproses telah diperolehi oleh sebuah institusi pada 1997 dengan harga ASD8.5 juta. Tiada apa yang seumpama Lung Wong dimiliki oleh orang lain di dunia ini, termasuk muzium, institusi, syarikat korporat, mahupun individu persendirian.

Naga asli dengan kehebatan yang tiada tandingan

Nama Lung Wong (Raja Naga) telah diilhamkan oleh simbol tertinggi kekuatan, kekayaan dan hayat yang panjang dalam budaya Cina -- naga. Naga feng shui melambangkan kesuburan, peluang yang bertuah, pencapaian individu dan kecemerlangan peribadi. Oleh itu, nama Lung Wong merupakan penghormatan yang sesuai untuk fosil bergred connoisseur yang hebat ini.

Fosil dengan kehebatan dan kesempurnaan seumpama ini hanya muncul melalui beberapa kebetulan yang jarang berlaku. Kewujudan Lung Wong sendiri adalah hasil tuah yang telah mengikutinya selama berzaman. Fosil Triceratops unik ini telah dihasilkan oleh alam semula jadi, iaitu karyawan terhebat, dan diabadikan oleh kuasa persekitaran selama beberapa juta tahun.

Latar Belakang Evolved Ltd

Raja Naga ini secara eksklusif diwakili oleh Evolved Ltd., pakar dalam Sejarah Alam Semula Jadi dan barangan antikuiti menakjubkan.

Bagi mengetahui kisah lengkap kemunculan semula Lung Wong ke dunia moden, sila lawati thedragonking.net atau e-mel enquiry@thedragonking.net.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150417/8521502422-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150417/8521502422-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150417/8521502422-c

Source: Evolved Limited
Keywords: Art Entertainment New products/services