omniture

Discovery OCE raikan 10 tahun inovasi melalui pameran terbesar

Ontario Centres of Excellence Inc.
2015-04-23 08:11 250

TORONTO, 23 April 2015 /PRNewswire/ -- Setiap tahun, pameran perdagangan dan persidangan Discovery Ontario Centres of Excellence (OCE) menampilkan tawaran terbaik daripada penginovasi dan usahawan terbaik serta terpintar dari Ontario dan juga Kanada. Pada 2015, edisi kesepuluh Discovery, pastinya mengekalkan tradisinya dengan mengadakan pameran tersibuk setakat ini pada 27 dan 28 April 2015 di Pusat Konvensyen Metro Toronto.

Antara ratusan sorotan inovasi buatan Ontario pada pameran tahun ini; adalah satu-satunya penyertaan Kanada dalam pertandingan X Prize Tricorder bernilai $10 juta, kemunculan sulung platform berprestasi tinggi untuk model otak berfungsi terbesar di dunia, robot butler teh, barang kemas 'pintar' dan teknologi boleh pakai lain, pencetakan dan pengimbasan 3D yang canggih, pen yang boleh melukis papan litar, ketuhar piza yang boleh menukarkan haba lebihan menjadi kuasa boleh dibaharui, serta penjaga haiwan peliharaan berasaskan awan.

"Discovery merupakan acara terbesar dalam kalendar kami setiap tahun," kata Dr. Tom Corr, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OCE. "Kami tidak sabar-sabar lagi mahu membawa industri, dunia akademik, pelabur, kerajaan, dan banyak lagi untuk berada bersama di bawah satu bumbung selama dua hari untuk berhubung, membuat perjanjian, dan mengetahui setiap yang baharu dan mengujakan dalam komuniti inovasi."

Diiktiraf sebagai Pameran Perdagangan Terbaik Kanada tahun 2010 dan 2011, Discovery menarik lebih 2,600 pengunjung dan 425 pempamer. Tahun ini, Discovery menyaksikan kemunculan semula ciri yang terbukti menarik seperti panel yang mengujakan, penyampai yang terkemuka di dunia, nasihat kerjaya, pementoran, pertandingan, serta lantai pameran yang hangat dengan pelbagai alat dan alat buatan Ontario yang terbaharu.

"Discovery menampilkan idea dan inovasi yang benar-benar berinspirasi," kata Reza Moridi, Menteri Penyelidikan dan Inovasi serta Menteri Latihan, Kolej, dan Universiti. "Sepanjang persidangan itu, kita akan lihat bagaimana usahawan dan belia Ontario membina masa hadapan negara hebat kita ini dan menyumbang kepada kesejahteraan ekonominya."

PARA PENYAMPAI JEMPUTAN

Muncul sebagai Pemberi Ucapan Dasar Utama pada 28 April jam 4:30 petang ialah pengasas bersama YouTube Chad Hurley, yang membuat kemunculan pertama beliau untuk berucap di Kanada dalam perbualan dengan wartawan perniagaan kanan CBC Amanda Lang. Ini akan diikuti dengan sesi soal jawab bersama penonton.

Pada 27 April jam 1:30 tengah hari, penyampai ucapan dasar Eric Ries, perintis gerakan Lean Startup, muncul secara jarak jauh bagi satu sesi perbualan dan sesi soal jawab bersama penulis kolum Financial Post, Rick Spence sebagai moderator.

Pembentang utama termasuklah ahli fakulti Singularity University Neil Jacobstein, mantan presiden dan pengerusi bersama semasa Bahagian Kepintaran Buatan & Robotik di SU, dan David Roberts, mantan naib presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif serta usahawan bersiri yang memenangi anugerah, yang akan saling berkongsi pandangan tentang teknologi pemecah pasaran, memajukan teknologi, keselamatan dan keselamatan siber.

Pelbagai panel dan pertandingan Discovery akan turut menampilkan penyertaan daripada nama tersohor dalam bidang robotik, aeroangkasa, inovasi pemecah pasaran dan kesihatan, perkhidmatan kewangan serta teknologi pertanian.

HIMPUNAN RAMAI PELABUR

Tahun ini, Discovery akan mengalu-alukan bilangan pelabur yang paling ramai setakat ini, termasuk kontinjen besar pelabur antarabangsa.

Ini termasuklah ratusan pelabur antarabangsa, yang melibatkan sebilangan dari China serta ahli Forum Keiretsu, komuniti pelaburan global yang terdiri daripada penyumbang labur ekuiti swasta terakreditasi, pemodal teroka, dan pelabur korporat serta institusi. Ini merupakan pertemuan presiden Keiretsu teramai dari seluruh dunia termasuk dari AS, Israel, Turki, China, India dan Singapura.

Discovery juga telah menempah lebih 50 pelabur Kanada untuk mengambil bahagian dalam sesi Tanya Pakar, yang bakal menampilkan wakil tujuh daripada 10 firma Modal Teroka paling aktif di Kanada pada 2014.

PANEL, PAMERAN, DAN PERTANDINGAN

Sekali lagi, lantai pameran Discovery padat dengan pempamer, panel, dan sesi interaktif.

Panel istimewa termasuklah topik seperti penjagaan kesihatan, teknologi pertanian, cabaran dan inovasi aeroangkasa, kemudahan air bersih, pengkomputeran berprestasi tinggi, serta teknologi terkini.

Bagi para pelajar, pencari kerja, serta usahawan muda dan syarikat baharu yang ingin mencari pelaburan, terdapat peluang untuk berinteraksi dengan para pakar serta pelabur dalam lebih daripada satu cara.

Discovery juga merupakan tempat untuk melihat pertandingan akhir pelajar kami yang terkenal yang direka bagi mencetus ilham dan memberi ganjaran kepada usahawan muda daripada sekolah menengah sehinggalah ke pascaijazah.

Discovery ada segala-galanya. Pameran itu memudahkan pertukaran idea dan menggalakkan cara baharu untuk berkolaborasi dan melangkaui sempadan penyelidikan serta inovasi ke arah demonstrasi dan pembangunan. Ia tempat terbaik untuk melihat secerah mana masa hadapan komuniti inovasi Ontario yang sebenarnya.

Diiktiraf sebagai Pameran Perdagangan Terbaik Kanada tahun 2010 serta 2011 dan kini dalam tahunnya yang kesepuluh, Discovery OCE merupakan pameran inovasi terunggul Kanada. Ia menghimpunkan bersama minda terbaik dan terpintar dalam industri, bidang akademik, pelaburan, dan kerajaan bagi mempamerkan teknologi termaju, amalan terbaik, serta penyelidikan dalam bidang tenaga, alam sekitar, kesihatan lanjutan, media digital, teknologi maklumat dan komunikasi, serta pengeluaran canggih. Persidangan dan pameran tahunan itu menarik lebih 2,600 pengunjung dan 450 pempamer.

Untuk maklumat lanjut tentang Discovery, lawati www.ocediscovery.com

Nota: Untuk akreditasi media, sila hubungi Stuart Green di stuart.green@oce-ontario.org

Latar Belakang Ontario Centres of Excellence (OCE) Inc.

Ontario Centres of Excellence (OCE) memacu pengkomersilan penyelidikan termaju merentasi sektor pasaran utama bagi membina ekonomi masa depan dan mengukuhkan daya saing sedunia Ontario. Dengan ini, OCE menggalakkan latihan dan pembangunan penginovasi serta usahawan generasi seterusnya dan juga merupakan rakan kongsi penting bersama industri, universiti, kolej, hospital penyelidikan, pelabur, dan kementerian kerajaan Ontario. Sebagai pejuang teknologi termaju, amalan terbaik dan penyelidikan, OCE melabur dalam sektor-sektor seperti kesihatan lanjutan, teknologi maklumat dan komunikasi, media digital, bahan dan proses pengeluaran canggih, makanan pertanian, aeroangkasa, pengangkutan, tenaga serta alam sekitar seperti air dan juga perlombongan. OCE merupakan rakan kongsi penting bagi menyediakan Agenda Inovasi Ontario sebagai ahli Rangkaian Usahawan Ontario (ONE) daerah itu. Dibiayai oleh Kerajaan Ontario, ONE terdiri daripada organisasi yang berfokuskan rantau dan sektor serta membantu usahawan dan juga industri di Ontario agar syarikat mereka boleh berkembang pesat dan menyediakan peluang kerja. Untuk maklumat lanjut lawati www.onebusiness.ca

Discovery 2015 - Sorotan Pameran

Cloud DX
www.clouddx.com

Cloud DX merupakan antara 10 Peserta Akhir Terbaik dalam pertandingan Qualcomm Tricorder XPRISE bernilai $10 juta dan merupakan satu-satunya peserta akhir dari Kanada. Cloud DX merevolusikan penjagaan kesihatan dengan peranti yang direka untuk mendiagnosis 15 penyakit berbeza dan memantau tanda penting tubuh sehingga 72 jam. Dengan sambutan hangat yang diberikan kepada projek yang bercita-cita tinggi ini, kami menjangkakan Cloud DX akan mendedahkan dan membuat demonstrasi trikorder perubatan ini buat kali pertama semasa Discovery OCE.

teaBOT
http://myteabot.com

Industri teh kian mendapat sambutan hangat dan dengan bantuan kiosk automatik teaBOT, kita tidak akan memandang sebelah mata pada teh lagi. teaBOT membenarkan pelanggan menyuai khusus pengalaman teh mereka dengan hanya mendekati mesin, memilih daun teh kegemaran mereka, lihat teh mereka dituang, dan pergi dengan membawa secawan teh yang dibuat khusus untuk mereka, semuanya dalam masa kurang 30 saat. Penggemar teh teruja kerana mereka boleh menjadi kreatif dalam mencampurkan adunan, mencuba rasa kegemaran rakan mereka, dan memesan satu bungkus untuk dibawa pulang.

PizzaPizza/Universiti McMaster
http://www.oce-ontario.org/our-companies/success-story/2014/10/22/pizza-pizza

Merevolusikan piza? Dibiayai pemimpin makanan segera, Pizza Pizza, pelajar Universiti McMaster memperkenalkan HARvEST, sistem Pengumpulan Tenaga Sisa Ketuhar Piza (POWER), yang mengguna semula haba sisa daripada ketuhar piza konvensional untuk tujuan yang lebih berguna: seperti pencahayaan, air panas, dan pemanasan ruang. Teknologi terasnya, yang dikenali sebagai penjana elektrik terma membolehkan sistem POWER dikuasakan sendiri, walaupun semasa ketiadaan bekalan elektrik. Pizza Pizza dan HARvEST bakal mempamerkan sistem baharu ini di Discovery.

Applied Brain Research
http://appliedbrainresearch.com

ABR membawakan model otak berasaskan komputer berfungsi yang terbesar dunia ke Discovery. Program itu, yang dikenali sebagai Spaun, mampu belajar dan membuat keputusan berasaskan maklumat yang diterima. Ini merupakan langkah pertama ke arah pendemokrasian kepintaran buatan.

Voovo
https://voovo.co/

Voovo menghubungkan mereka yang tidak mempunyai pencetak 3D kepada mereka yang memilikinya. Platform itu membenarkan pelanggan yang memerlukan model cetakan 3D menyumber awam sebut harga kerja daripada komuniti pemilik dan penggemar pencetak 3D. Sesiapa yang memiliki pencetak 3D kini boleh membuka studio pencetakan 3D khidmat penuh yang boleh menyuai khusus, mencetak dan menghantar model ke seluruh dunia.

Mosaic Manufacturing
www.mosaicmanufacturing.com

Mosaic Manufacturing telah mencipta teknologi pencetakan 3D yang membolehkan hampir mana-mana pencetak 3D di pasaran memperluaskan kemampuan dan kualitinya. Produk awal Mosaic, The Palette, membenarkan pengguna melangkah maju daripada sekadar mencetak objek plastik satu warna yang ringkas kepada objek dengan litar sedia terbenam di dalamnya serta objek yang terdiri daripada pelbagai warna.

Nectro Inc.
www.nectro.com

Nectro Inc. kini mencipta bahan nano baharu dan membawakannya ke dalam kehidupan orang ramai melalui produk seperti Nectro Conductive Pen. Dengan pen ini, anda boleh melukis litar elektrik berfungsi secara pantas dan mudah. Ia juga mempunyai hujung pemadam yang membenarkan anda membetulkan sebarang kesilapan. Nantikan lebih banyak produk inovatif yang bakal dikeluarkan.

Pawly Corp.
Pawly.co

Pemenang pertandingan syarikat baharu Global Start-up Battle 2013 – Diperkasakan oleh Google untuk Usahawan, Pawly Corp. telah membangunkan mainan elektronik yang disambungkan pada aplikasi mudah alih, membenarkan pemelihara haiwan peliharaan memantau dan berinteraksi dengan haiwan peliharaan mereka apabila mereka tiada di rumah. Daripada tempat pengeluaran makanan dan pelancar bola, sehinggalah mikrofon fideliti tinggi, Pawly menawarkan ketenangan minda tanpa rasa bersalah serta kemampuan untuk melihat, bercakap dan bermain dengan haiwan peliharaan anda dari mana-mana saja.

HEALX
www.healxinnovation.com

HEALX merupakan syarikat baharu yang ditubuhkan di Toronto yang telah membangunkan cara baharu untuk mendakap dan menyembuhkan retak tulang serta kecederaan otot dan tulang, membenarkan tubuh membaiki sendiri dengan lebih cekap. Dengan pengimbasan 3D dan pencetakan 3D, HEALX telah mencipta kaedah penyembuhan yang lebih murah, selesa, dan boleh suai khusus yang jauh lebih maju daripada sarung simen tradisional yang kita gunakan hari ini.

Institut Kajian Aeroangkasa Universiti Toronto (UTIAS)
http://utias-sfl.net

Makmal Penerbangan Angkasa Universiti Toronto (SFL) terus melangkaui batasan prestasi dan memecah kebiasaan paradigma kos tradisional dengan satelit yang membawa spektrometer untuk pemantauan gas rumah hijau. Mereka akan menyediakan contoh kemampuan pembangunan mereka yang bertaraf dunia serta menayangkan animasi misi satelit yang sangat berjaya itu yang baru-baru ini menunjukkan penerbangan dalam angkasa yang jitu serta pembentukan berautonomi.

Makmal Teknologi dan Sistem Bantu Pintar (IATSL)
www.ot.utoronto.ca/iatsl

IATSL membangunkan teknologi termaju bagi menyokong warga emas dan mereka yang mempunyai ketidakupayaan agar dapat membantu mereka untuk berfungsi dengan lebih selamat dalam masyarakat dan kediaman mereka sendiri. Daripada robot meja bagi membantu mereka yang sedang pulih daripada angin ahmar, kepada kerusi roda berkuasa pintar yang membantu mereka dengan ketidakupayaan kognitif untuk memandu dengan lebih selamat, penggunaan kepintaran buatan serta teknologi pengesanan canggih sedang pesat berkembang dalam bidang ini.

Envision SQ Inc.
http://envisionsq.com

Envision SQ kini sedang menangani tugas besar untuk membangunkan teknologi bagi mengurangkan kabut akibat kenderaan bagi mencipta kualiti udara yang lebih baik dalam kawasan bandar. Setiap tahun, kereta, trak, dan kenderaan lain seluruh dunia membebaskan jutaan tan pencemar, mendedahkan penduduk bandar kepada risiko sebarang penyakit daripada lelah dan penyakit pernafasan sehinggalah kepada angin ahmar dan barah. Dikenali sebagai "Penghalang SmogStop," rekaan itu melibatkan campuran pembebasan pencemar dengan udara bersih, sementara satu salutan milik khas menguraikan pencemar menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya. Hasilnya: tahap pencemaran udara di kawasan sekeliling turun sebanyak 50 peratus.

Makmal Kejuruteraan Kognitif Maju (ACE)
http://carleton.ca/ace

Makmal Kejuruteraan Kognitif Maju (ACE) Universiti Carleton merupakan pusat penyelidikan terkemuka Kanada bagi kelakuan juruterbang dengan empat platform simulator pesawat. Teknologi simulasi dan Realiti Maya generasi seterusnya ini sangat penting bagi latihan dan penilaian industri aeroangkasa. Dengan kerjasama Pusat Pemayaan dan Simulasi universiti itu, ACE berusaha untuk menemui prinsip asas tanggapan dan kognisi manusia dan menggunakan prinsip ini dalam rekaan, pelaksanaan serta penilaian sistem manusia-mesin yang canggih.

Intravision
www.intravision.ca

Intravision Light Systems Inc. telah mencipta sistem Lumigreen yang unik untuk pertumbuhan rumput atas kepingan tanah bagi padang rumput semula jadi seperti dalam stadium sukan dan padang golf. Teknologi Lumigreen yang terpaten itu terdiri daripada tarpaulin tersepadu lampu LED, digabungkan dengan kawalan suhu udara dan aliran udara. Baru-baru ini, produk ini telah dilancarkan semasa pameran Industri Golf 2015 di Texas.

Structur3D
www.structur3d.io

Syarikat baharu pencetakan 3D Structur3D telah mencipta penambahan pencetak 3D yang dinamakan Discov3ry, yang boleh digambarkan sebagai penyemperit pes semesta. Penyemperit ini memberi pencipta seluruh dunia kemampuan untuk mencetak rekaan yang rumit dan terperinci dengan pelbagai bahan lembut seperti silikon, likatan kayu, cat elektrik, malahan dengan Nutella.

Pond Biofuels
http://pondbiofuels.com

Seperti yang kita semua tahu, industri berat mengeluarkan jumlah karbon dioksida yang sangat banyak, sejenis gas rumah hijau yang rata-rata dilihat sebagai mempunyai impak negatif kepada alam semula jadi. Namun begitu, pembebasan gas ini juga turut merupakan stok suapan proses Pond. Pond Biofuels menggunakan teknologi milikan untuk menyingkirkan gas karbon dioksida nitrogen dan sulfur dalam pembebasan cerobong asap, menukarkan sebatian ini menjadi biojisim alga. Demonstrasi ini akan menunjukkan bagaimana sistem penuaian berterusan lengkung rapat ini menggunakan pembebasan asap mentah dan menukarkannya menjadi biojisim alga bernilai tinggi.

CrossWing Inc.
www.crosswing.com

CrossWing mengalu-alukan virtualME, platform robotik pasaran luas bermodulasi yang membolehkan segala-galanya, daripada melawat rakan-rakan negara lain secara maya, kepada telekomunikasi, pendidikan maya, penjagaan kesihatan, dan banyak lagi. CrossWing berpegang kepada kepercayaan yang Robotik Persendirian Interaktif jenis ini akan pantas menjadi sama berkembang luas seperti perkakas biasa dan platform pengkomputeran pintar. Demonstrasi di Discovery ini akan turut memberi peluang untuk mengalami sendiri peranti maya ini.

Revel Cider Company
www.revelcider.ca

Revel Cider Company menghasilkan sider buah kebun dengan 100% epal yang ditanam di Ontario, bunga hop dan jenis yis asli. Secara asasnya, satu hibrid bir dan sider, Revel telah mencipta perisa unik yang menzahirkan perisa tanah kawasan Ontario tempat mereka menanam epal dan bunga hop mereka. Sider mereka yang dinamakan 'Hop X' distabil kering hop dengan jenis hop Ontario yang baharu yang memberikannya perisa oren, strawberi, dan laici. Sementara perisa yang diberi nama 'Liquid Gold' pula ditapai dengan yis liar Ontario dan diperam selama 4 bulan, lalu memberikan sider kering itu perisa jambu batu dan limau.

Nanoleaf
http://nanoleaf.me

Syarikat baharu teknologi hijau, Nanoleaf mempersembahkan Nanoleaf Bloom, mentol boleh malap pertama dunia yang tidak memerlukan suis pemalap. Mentol inovatif ini boleh digunakan dengan mana-mana suis pasang/mati yang biasa, lalu membenarkan sebarang rumah atau ruang menyuai khusus kemampuan pemalapannya. Bersamaan dengan lampu pijar 75 watt, Nanoleaf Bloom menggunakan hanya 10 watt tenaga untuk menghasilkan 1200 lumen.

PUSH Strength Inc.
www.trainwithpush.com

PUSH bukan peranti boleh pakai yang biasa. Ia sudah digunakan pasukan terkenal dunia dalam liga NFL, NHL dan NBA, PUSH sedang mengubah cara atlet berlatih. PUSH bakal mempamerkan penjejak aktiviti bergred profesional untuk melihat Metrik Senaman Sebenar. Ini termasuklah rutin angkat berat Olimpik sebenar yang didemonstrasikan secara langsung dengan suap balik masa sebenar kepada aplikasi mudah alih/atas skrin.

GestureLogic Inc.
www.gesturelogic.com

Syarikat baharu yang berpusat di Ottawa, GestureLogic telah mencipta teknologi kecergasan boleh pakai yang pintar yang menggunakan pemantauan langsung otot serta aktiviti anatomi lain untuk mengukur output otot sebenar. Semasa di Discovery, pasukan itu akan mendemonstrasikan aplikasi kecergasan kayuh mereka dengan basikal pegun, lalu membenarkan pengunjung melihat biometrik sebenar seorang penunggang basikal yang sedang berkayuh. Silalah tunggang basikal itu untuk mencubanya sendiri.

PTX Performance Products Inc.
http://stable26.com

Bukan sekadar stoking biasa, Stable 26 memberi atlet dan orang biasa dengan kelebihan tambahan dalam prestasi dan keselesaan. Stoking Stable 26 membenarkan kasut sukan anda yang paling muat elok untuk menjadi lebih baik lagi. Pendekatan yang baharu sepenuhnya bagi mendapat padanan yang sempurna ini menggunakan pad silikon dalam lokasi yang disasarkan secara anatomi untuk menyediakan sokongan tambahan, hubungan dipertingkat, dan prestasi keseluruhan yang lebih baik. Pameran ini akan turut menunjukkan sampel produk untuk hoki, ski, larian dan golf.

BioSensive
http://earosmart.com

Sebagai teknologi masa hadapan yang muncul hari ini, BioSensive Technologies memperkenalkan segmen yang baharu sepenuhnya dalam pasaran alat elektronik boleh pakai: anting-anting pintar yang pertama. Ear-O-Smart disambungkan kepada telefon pintar anda dengan teknologi wayarles Bluetooth 4.0 dan membenarkan anda memantau pelbagai data kecergasan seperti kalori, kadar degupan jantung, dan tahap aktiviti, semuanya daripada sebutir anting-anting sahaja. Didatangkan dalam pelbagai gaya, Ear-O-Smart membenarkan anda mengikuti tahap kecergasan anda dengan penuh bergaya.

InteraXon Inc.
www.choosemuse.com

Pertingkat kecergasan mental anda, tanpa sebarang keahlian gim pun. Muse, oleh InteraXon, merupakan gelung kepala pengesan otak yang membantu anda melatih otak anda untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan tumpuan, dan membentuk tabiat yang positif. Muse berkata mereka boleh membantu anda melakukan lebih banyak lagi dengan minda anda, dan dengan kehidupan anda, hanya 3 minit setiap hari.

Myant & Co
http://myantandco.ca

Objek pintar merupakan masa hadapan semua industri dan dengan menyepadukan teknologi secara lancar dengan persekitaran kita, kita memasuki alam baharu nilai produk dan perkhidmatan. Di barisan hadapan alat boleh pakai dan teknologi terbenam, Myant & Co akan mempamerkan teknologi boleh pakai digital baharu termasuklah: jaket keselamatan bercahaya serta teknologi fabrik terbenam pengesan yang canggih.

GestSure Technologies Inc.
http://www.gestsure.com

Ditampilkan dalam iklan Microsoft Super Bowl tahun lepas, GestSure memberi pakar bedah kemampuan untuk mengemudi data digital penting terus daripada meja bedah, melalui gerak tangan yang ringkas. Ini memberi para profesional penjagaan kesihatan kemampuan untuk mengakses item penting seperti imbasan MRI pesakit tanpa perlu menyentuh papan kekunci yang tidak bersih, atau terpaksa keluar daripada dewan bedan untuk prosedur pembersihan menyeluruh.

AMD
http://www.amd.com

Memperkasa hari ini. Menginspirasi Hari Esok. Penaja Discovery dan peneraju semikonduktor global, AMD akan mempertunjukkan kuasa pemproses grafik baharu mereka melalui demonstrasi Realiti Maya Oculus mereka untuk peserta Discovery.

Sulon Technologies Inc.
http://sulontechnologies.com

Sulon Technologies memperkenalkan Sulon Cortex, yang diharapkan bakal mengubah cara manusia berinteraksi dengan dunia, dengan membawakan bahan maya ke dalam persekitaran fizikal kita. Sulon akan mempamerkan prototaip awal Sulon Cortex, alat kepala yang menggabungkan realiti diperluas serta realiti maya bagi merasai pengalaman yang benar-benar luar biasa.

Quantum Capture
www.quantumcapture.com

Quantum Capture merupakan studio pengimbasan 3D yang berpusat di Toronto yang menghasilkan pengalaman 3D yang sangat realistik, menawan, dan benar-benar mengasyikkan dalam realiti maya. Dengan berlatarbelakangkan industri permainan video, demonstrasi mereka di Discovery akan turut melibatkan imbasan tubuh separa bagi menyampaikan interaksi 3D peserta, yang dipertunjukkan pada Samsung Gear.

Rangkaian Kesihatan Universiti (UHN)
www.uhn.ca/TorontoRehab

Toronto Rehab menempatkan antara kemudahan penyelidikan pemulihan yang paling berteknologi canggih di dunia. Pusat Penyelidikan Pemulihan iDAPT membawa bersama minda penyelidikan terpintar serta teknologi yang termaju. Pameran di Discovery akan mempamerkan teknologi tercanggih yang dicipta bagi membantu keadaan kesihatan berkaitan usia lanjut.

Stuart Green, Pengurus, Perhubungan Media, 416-861-1092 x 1022, stuart.green@oce-ontario.org

Source: Ontario Centres of Excellence Inc.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Trade show news